Friday, May 11, 2012

Mama


Akhir-akhir ni aku perasan mama selalu membebel. Semua benda tak kena. Tiap-tiap hari mesti ada je benda yang tak kena. Agak pelik sebab mama sebenarnya seorang yang pendiam. Berbeza dengan baba. Bila kami semua dah dewasa ni memang dah jadi tabiat dia kot membebel. Kadang-kadang aku blur jugak. Macam semua yang aku buat salah. Bila mama balik dari kerja, mulalah dia start aktiviti hariannya. Lama-lama aku rasa macam rimas. So aku diam dan buat derk je kalau die merepek pape. Tapi bila diam lagi teruk kena bebel. Haihhhhhh...

from Google
Agaknya sebab tu kot Tuhan nak uji aku dan bagi aku sedar. Last week adik aku, parents aku, semua demam panas. Aku je bernasib baik yang sihat walafiat. Tetapi adik aku yang bongsu tu demam panas yang agak teruk. Sampai kena tahan ward sebab temperature yang agak tinggi. Memandangkan hanya aku je yang berkeadaan normal masa tu, jadi aku la yang kena jaga dia kat wad dan ulang alik ke rumah dan menyelesaikan segala kerja rumah. Sumpah buat pertama kali dalam hidup aku rasa penat yang teramat. Pagi kemas satu rumah, lap kipas, sapu dan mop lantai, basuh dan lipat kain, masak semua hidangan, then pergi hospital dan jaga adik sampai esok hari. Bila dok hospital confirm takleh tido. Macam mana nak tido. Adik aku asyik merengek meracau menangis tak henti. Kesian sangat tengok keadaan dan kesakitan dia.

Lepas tu aku terfikir. Ni baru beberapa hari aku rasa 'terbeban' dengan segala tanggungjawab yang aku terpaksa buat. Walhal mama dah bertahun buat benda yang sama. Dan bukan seorang je yang dia kena jaga. Satu family she has to take care. Dari kecik sampai besar, dari tak sihat sampai ke sihat, mama yang 'handle' kami 7 beradik. Dan dia tak pernah merungut betapa penat dan letihnya dengan segala 'beban' yang terpaksa dia tanggung. Tu tak termasuk lagi masalah lain seperti masalah tempat kerja dan sebagainya. Tapi aku? Baru kena sikit dah rasa perit cam nak mati (-_-)

from Google
Mulai dari situ, aku belajar memahami. Setiap kali seorang ibu itu membuka mulut (membebel) tentang apa-apa, kita mungkin rasa sangat annoying dan ignore je, padahal kita tak pernah mengerti apa yang dia rasa. Mungkin keadaan dia penat ketika itu. Mungkin dia perlukan perhatian, mungkin dia hanya perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang dia rasa. Mungkin dia ada masalah lain yang dia mahu lupakan. Mungkin, mungkin dan mungkin... Kenapa aku perlu marah, tak suka atau buat tak endah dengan segala tutur kata dan perbuatannya? Walhal tiap kali aku final exam mama yang akan call tiap hari dan bangun malam hari semata-mata untuk solat hajat agar aku dapat jawab exam dengan baik. Tiap kali aku ada masalah atau sakit mama yang akan runsing lebih, mama yang sanggup tinggalkan segala kesenangan demi kebahagiaan anaknya. Betullah orang cakap. Mother knows best. She is always right, even if you disagree with her yesterday, tomorrow you will realize that she was actually saying right.

from Wardina Official Page (Fb)
Sekarang aku faham kenapa syurga layak berada di telapak kaki seorang ibu..Mama carried me for nine months, she felt sick for those months with nausea, then she watched her feet swell and her skin stretch. She teared. She struggled to climb stairs, got breathless quickly and she even suffered many sleepless nights. She then went through excruciating pain to bring me into this world. Then she became my nurse, my chef, my maid, my chauffeur, my biggest fan, my teacher and my best friend. She struggled for me, cried over me, hoped the best for me and prayed for me. Now she's 50++. Masa semakin singkat. Bila-bila masa je macam-macam hal boleh berlaku. Mungkin ajalnya lebih awal dari kami semua. We never know what will be happened tomorrow. So think of something we never do, should we just wait until that day? Biarlah mama nak marah, membebel atau melepaskan geram atau meluahkan apa sahaja. I'll be with her until the end. If not, sampai mati akan menyesal kerana masa yang tak pernah diluangkan untuknya, masa yang tak pernah ada untuk mendengar keluhannya, masa yang tidak dihargai sepenuhnya. Most of us take our mom for granted. Please, please appreciate your mom before it's too late. Go and hug her, tell her how much u love her =)


A box of chocolate (homemade) for Mama. And I made it by myself! =D

Happy Mother's Day!
XOXO

Like tanda Sayang

2 comments: