Dalam mencari jodoh, selalunya kita akan berjumpa dengan yang salah dulu sebelum jumpa yang betul-betul sesuai. Selalunya la. Tak semua macam tu. Ada yang sekali jumpa dah boleh go on terus. Dah memang jodoh dia tertulis macam tu. Setiap orang mempunyai pandangan yang lain-lain tentang jodoh. Sebagai contoh ada yang menyatakan seperti ni:
I'm agree with statement above, but I have different perceptions towards it. Memangla semua orang, especially perempuan nak yang terbaik, yang boleh jadi pembimbing diorang kelak. Jadi tugas kita sebagai hamba Allah untuk solat, berdoa dan memohon yang terbaik daripada Allah kan. But what if kalau satu hari nanti lelaki yang datang pada korang adalah seseorang yang tidak seperti yang korang harapkan? Seseorang yang mempunyai masa silam yang korang tak boleh terima? Seseorang yang korang rasa jijik untuk hidup bersama? Patutkah korang salahkan takdir? Patutkah korang rebel dan melakukan sesuatu di luar jangkaan (bad things) ?
Let me tell you one story. Ini kisah benar. Original, takde yang tipu punye woo. Zailan (bukan nama sebenar) dilahirkan dalam keluarga yang tersangat miskin. Adik beradik ramai, 10 orang. Zailan anak sulung. Jadi daripada kecik lagi Zailan dah bekerja untuk sara adik-adik. Kemudian ayah dia kahwin lain, dan ibu tirinya tersangatlah tidak baik. Zailan selalu kena pukul, tak dikasi makan, terpaksa bekerja keras untuk cari duit. Sampai satu tahap seorang nenek yang dapat tau kisah Zailan bawa dia pergi untuk dijadikan anak angkat. Tapi dia tak pernah miss hantar duit kat adik-adik dia setiap bulan. Kehidupan dia semakin ok, tetapi hanya sementara sebab nenek angkat tu meninggal semasa dia di sekolah menengah. Lepas tu dia terpaksa belajar dan bekerja untuk menyara diri sendiri dan adik-adik di kampung. Alhamdulillah Zailan berjaya masuk maktab. Duit elaun semua digunakan untuk menyekolahkan adik-adik. Dia hanya ikat perut dan membuat kerja sampingan untuk isi perut sendiri. Satu je kurang dalam hidup Zailan. Dia tak pandai mengaji, dia tahu solat tetapi tidak sepenuhnya, pendek kata dia jahil bab agama. Hidup pun sosial. Sebabnye takde orang nak bimbing, takde orang nak ajar daripada kecik.
Satu hari semasa nak balik kampung, Zailan dan kawan-kawan menolong satu kelompok perempuan yang hendak balik ke negeri yang sama. Masa tu Zailan terpandang seorang gadis yang pendiam dan pemalu, Aisyah (bukan nama sebenar). Balik umah tu memang tak tido lena lah. Mandi basah, makan kenyang tapi setiap masa dok teringat kat Aisyah. Padahal Zailan dah ade girfriend. Tunggu masa nak tunang je. Perempuan pun keliling pinggang. Disebabkan perasaannya makin parah, last2 dia amik keputusan untuk bagitau kat kawan dia. Maka bermulalah pencarian tempat tinggal si Aisyah. At last, diorang dapat tau rumah Aisyah kat mane dan dia terus datang jumpa family Aisyah. Si Aisyah ni jenis ikut pilihan keluarga. Parents dia dah berkenan kat Zailan dan menerimanya sebagai menantu.
|
taken from Google |
Hari pertama bergelar suami isteri. Aisyah menunggu Zailan untuk solat bersama tetapi Zailan hanya diam membisu. Rupanya Zailan tak tahu jadi imam. Baca Alfatihah pun tergagap, apatah lagi baca surah lain. Mengalir air mata Aisyah pada permulaan pertama kehidupannya sebagai isteri. Namun Aisyah kuatkan hati, setiap pagi Aisyah kejutkan Zailan untuk solat subuh bersama. Aisyah ajar hukum tajwib, lafaz AlQuran, doa-doa dan semua yang berkaitan dengan agama. Walaupun agak susah kerana Zailan jenis yang mudah naik angin dan pantang ditegur, tapi Aisyah sabar dan teruskan usaha. Segala tohmahan, maki hamun, tekanan diterima oleh Aisyah dengan sabar.
Aisyah tidak pernah putus berdoa supaya Allah permudahkan segalanya dan buka pintu hati Zailan untuk mendalami ilmu agama dengan lebih baik. Berkat doa seorang isteri, Zailan semakin berubah dan mula menghampirkan diri kepada Allah. Malah Zailan akan bangun lebih awal dari Aisyah untuk solat hajat beserta solat taubat atas dosa-dosa yang lalu. Alhamdulillah selepas sekian lama, setelah pelbagai dugaan terpaksa dihadapi, mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang bernama Izatil Aqmar.
Cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, sekadar berkongsi pengalaman dan apa yang diketahui kepada korang. Kadang-kadang kita rasa kita dapat jodoh yang salah, sampai kita rasa hidup kita menuju kemusnahan. Tetapi kita tidak tahu bahawa ketentuan Allah itu ada hikmahnya. It's good if your jodoh is with ustaz or someone who can take your hand to jannah. But kalau dapat yang 'teruk', yang sosial gile, sume jenis perempuan dia dah try, macam mane? So you will commit suicide? Tak pasal-pasal cium bau neraka pulak nanti. Mungkin itu adalah dugaan dan ujian untuk kita. Takde benda kat dunia ni yang Allah beri or tentukan untuk kita tanpa sebab. Mesti ada something behind it that you have to discover.
Mesti korang cakap, "Ceh ko takpe la sebab ko tak kena, ko tak rasa. Senangla ko nak cakap camtu. Cuba ko di tempat diorang baru ko taw." Kan?
|
taken from Google |
Huhu. For me, jika ditakdirkan jodoh aku seorang yang bukan teruna, atau seorang yang teruk dari segi akhlak, ilmu agama, dll, or seorang yang dah pernah tido ngan berapa ramai pompuan pun tak taw, aku takkan salahkan Allah kerana pilihan-Nya untukku. Aku akan belajar menerima masa silam dia, mempercayai masa depannya dan sedia menerimanya dalam apa jua keadaan sekalipun. Tapi dengan syarat, asalkan dalam diri dia ade niat nak berubah. Ye lah kalau dapat yang dah murtad, sape pun tak nak kan. Aku bukanlah ma'sum (bebas dari dosa). Im just an ordinary girl. Kelam kabut, kasar, degil and bla bla bla. So sama-samalah belajar menerima dan menuju ke arah kebaikan. People changed. No matter how were you in the past, it will never be same as you are now.
I still believe, in spite of everything, that people are really good at heart. Well Im not saying that Im against your opinions or I'm against any hukum hakam. Kalau dapat macam Ustaz Don Danial tu takkan nak tolak kan. Wahaa~ I just want you to believe in fate, believe with our path of life, which is given by God. Don't easily judge people just because of their mistakes. We are all sinners (except Rasulullah s.a.w.). So one day if you have to marry the one that you never hope/want for, don't regret it. Try to handle it, try to accept him/her with all of your heart. Redha. Syukur. Insha Allah, God will show you the way. Baarakallahufikum fiiamaanillah, Allah Ya Kareem.
|
cinta sampai syurga ;-) |
p/s: A note for unknown future husband:
We will walk together to jannah. Insha Allah...
Ameennnnn =)