Sunday, August 7, 2011

Sastera itu Indah.

Form 5 dulu masa belajar subjek Bahasa Inggeris bahagian literature mesti ada satu buku yang wajib kitorang khatam. Buku ni pelajar tingkatan 5 satu Malaysia wajib baca. Gua tak sure la sekarang budak form 5 guna lagi tak buku ni atau dah ganti buku baru. Tapi bagi mereka yang sezaman dengan gua confirm senasib kena hafal sinopsis, characters and bla-bla.



The Pearl by John Steinbeck. Pergh. Sampai sekarang gua ingat lu. Bagi mereka yang tak tahu buku The Pearl ni mengisahkan tentang Kino, seorang yang miskin terjumpa mutiara di mana mutiara tersebut mengubah keseluruhan hidup mereka. Satu kampung datang tengok mutiara tu dekat rumah Kino sampaikan penjual mutiara dan doktor pun tipu mereka sebab nak dapatkan mutiara tersebut. Okay nak dipendekkan cerita anak si Kino dan Juana iaitu Coyotito sakit tenat. Bila jumpa doktor, doktor tu bagi ubat yang salah sebab dia tamak nak cilok mutiara tu dari Kino. Akhirnya Coyotito menghadapi maut dan Kino mencampak mutiara itu ke dalam laut kerana terlalu kecewa di atas kehilangan anak kesayangan dan ketidak tenangan kehidupan yang dihadapi mereka selepas kehadiran mutiara itu di dalam hidup mereka. Oh maafkan gua ayat bm gua memang skema macam harem. (Pedehal lu nak sibuk).

Pada satu hari semasa pelajaran literature (kesusasteraan), teacher gua kasi satu soalan essay yang dijangka keluar dalam trial SPM nanti. Soalannya seperti berikut:

"If you are the writer of The Pearl, how would you want the ending be?"

Jadi gua dan rakan sekelas semua memang goreng habis ah. Jadah budget penulis hebat macam John Grisham. Padahal hampir semua budak kelas gua tulis ending dia Kino jual mutiara tu dengan harga tinggi, Coyotito dapat diselamatkan dan mereka hidup bahagia sampai bila-bila. Jenis perempuan semua benda nak happy ending. (Gua sekolah semua pompuan a.k.a girls school).

Keesokan harinya cikgu English gua baca essay sorang-sorang kat depan. Sampai essay yang last ditulis oleh seorang member baik gua.

After Coyotito had died, Kino and Juana sell the pearl at the town. After that they become rich and they get a new baby named Coyotiti. They live happily ever after with Coyotiti.

Coyotiti. Gua pun tak tau kenapa gua dan member lain gelak sampai bawah kerusi. Yang pasti gua memang ingat nama Coyotiti sampai sekarang.

Coyotiti. Pergh~

Like tanda Sayang

4 comments:

  1. baca gak novel ni time SPM.
    hahaha, coyotiti, mne dpt name tu? imagination. XD

    ReplyDelete
  2. coyotitto..bakpo kawe po ajim ngaji jgk ni

    ReplyDelete
  3. nama baby nk bajet cute je.. hahaha. xleh blah

    ReplyDelete
  4. hahaha..coyotiti..what a name! u made me laugh out loud!

    ReplyDelete