Wednesday, November 3, 2010

Cinta anak anjing

Puppy love. Aku rase semua org penah alami. Kalau tak penah sile chek bawah. Anda mungkin tidak normal. Puppy love ni selalunye cinta kanak-kanak. Kenape diberi name puppy love? Aku pun tak taw. Agaknye species puppy ni suka bercinta berbanding dengan haiwan lain atau mungkin kerana mereka makhluk paling ramai di uia. Okay tinggalkan hanjem ini dan berbalik kepada cerita cinta. Dulu time aku kecik aku suke gaduh ngan budak lelaki sebab aku pn dah macam lelaki. Paling teruk aku gaduh ngan budak kelas aku. Siap bersilat, karate, taekwando, semua aku bedal.

Aku masih ingat ade sorang budak lelaki ni slalu kena buli ngan aku. Kiteorg panggil die "Long" sebab die anak sulung. Long ni lemah lembut berbudi bahasa orangnye. Chinese look, mata sepet, kening tebal, kurus cam lidi. Tapi si Long ni suke korek hidung. Lepas tu die sapu kt meja die. Time die menulis air liur menitis-nitis. Time membaca plak lidah sampai terkeluar. Nak dipendekkan cerita, budak2 kelas aku selalu 'matchkan' aku dengan si Long ni. Dah yang pompuan perangai cam hantu, si lelaki pulak manja lebih pada hantu. Bile budak lelaki kacau aku, Long mesti menjerit bagi warning. Walhal takde sorang pn yg takut. Last2 mesti Long yang menangis dulu.

Penah sekali tu budak nakal kelas sebelah, si Ayub ejek aku sampai aku kejar die satu sekolah. Long marah Ayub tapi Ayub tak hirau. Long korek tahi hidung die, kumpul banyak2 pastu dengan sekali jentik je 'bola sfera' itu masuk ke dalam mulut Ayub. Satu kelas gelakkan Ayub cam nak mati. Sejak hari tu aku jatuh cinta dgn Long. Buku teks saje tak bawak pegi sekolah sebab nk share dgn Long. Keje sekolah pun buat2 tak reti sebab nak tanya Long. Siap beli komik banyak2 lagi sebab nak tukar dengan Long kat sekolah nanti. Komik aku dah melekat peta air liur basi Long pun takpe. Tak sampai hati nk marah. Walhal kalau orang laen dah lame aku terajang.

Waktu darjah 6 Long pindah sekolah lain. Nak tepon no takde. Apatah lagi nak ber'sms'. Aku dengan Long lost contact camtu je. Yang aku tahu die dpt masuk sbp lepas dapat 5A dalam UPSR. Itu kisah lama. Sekarang dunia dah moden. Senang je nk cari balik kawan-kawan lama dlm facebuk, friendster,myspace,ym.skype bla3. Bile aku search Long, aku tengok Long dah lain gile dari dulu. Hampir2 aku tak cam. Jauh beza rupa kanak-kanak dengan rupa sekarang. Tinggi, masih putih, mata sepet, kening tebal dan ade style. Yang takleh blah Long skrg kt oversea, amik medic siot~ Dh nak jadi doctor dah. Tak sangka si comot pengorek hidung dulu bakal berbakti dan berjasa kepada anak bangsa.

Bila dipikir balik rasa nak tergelak pun ade. Thanks Long sebab pernah jadi cinta anak anjing aku waktu aku masih tidak tahu cinta itu apa. Dan terima kasih jugak sebab pernah mewarnai hidup aku.



Like tanda Sayang

8 comments:

  1. akak, kte tak penah pun rse..alaaa...tak normal ke..huhu :'(

    ReplyDelete
  2. Haa! sile pegi jumpe doctor ye! Hahahaha =P
    Puppy love x penah rase, cinta monyet penah? ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha tang korek idun n kumpol bnyk2 tu taleyh blah..nak ushar jugak puppy love kamu tu..siapa babe??hahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha tu la psl. i pn penah kena kt baju. tp tahan je la sbb da jatuh cinta kan. ngeh33x
    hohoho boley2.. nti i share gmba die yg skunk punye. fb die ssh sket, private sume ;)

    ReplyDelete
  5. wokeyh. bertambah2 la peminat die pasni.hahahaha

    ReplyDelete