Wednesday, October 27, 2010

Cukuplah..

Tergerak hati untuk menulis entry kali ini berkaitan dengan Fida Aishah, nama yang tidak asing lagi dalam dunia blogger masa kini. Ku bukanlah peminat tegar mahupun pengkomen atau blogger yang tersohor yang inginkan publisiti. Ku cuma ingin berkongsi rahsia hati. Aku mengagumi karyanya seperti kamu yang lain, bezanya aku tidak meninggalkan jejak atau mengorak langkah untuk mendekati.

Di sini bukanku mahu menambahkan konspirasi atau memihak kepada sesiapa. Ingin ku membuat sejuta kesimpulan namun masa tidak mengizini. Ku tahu silapnya dia kerana mengaburi, mendustai mereka ini. Tidak dinafikan aku pun sedikit terasa apabila mengetahui kebenaran yang tersembunyi di sebalik identiti. Terasa diri seperti khianati, diselubungi kabus yang menutupi kebenaran tersembunyi selama ini. Namun ku maafi jua kerna ku yakin dia punyai sebabnya tersendiri..

Gadis itu punyai bakat, punyai langkah hidupnya sendiri. . Kesusasteraannya menyentuh hati, malah kamu juga tidak menafi. Sayangilah dia kerana bakat dan kelebihan yang dimiliki, bukan kerana identiti dia yang wujud dalam impian kamu selama ini. Gadis itu juga khalifah di bumi barakah ini, berilah peluang dan ruang untuknya perbaiki diri.Tidak salah untuk kamu menasihati, namun janganlah kamu mengeji..

Maafkanlah dia, berikan sedikit ruang untuknya berkarya, nescaya kamu juga akan tenang melihatnya.Sedangkan Rasulullah s.a.w pun memaafkan ummatnya, apatah lagi kita yang hanya beriman taqliq, iman yang mudah lupus ditelan masa..


p/s : We're human being, we made mistakes. Same goes to her. At least she admits her mistakes. Thus, who are we to judge people right?

Dear friends, remember that forgiveness is the best cure of heart.. :)





Like tanda Sayang

2 comments:

  1. yup..
    at the first place..mmg rasa agak marah n sgt2 kecewa terkilan semua..coz mati2 ingat tu die..
    then talked about morality..then at last..tgok ape yg die dah buat..so bit sakit ati jugak..

    but then difikir2kn..die dah admit kesalahan die..so wajarlah maafkan die..:)
    everybody make mistakes..hope die, me, you n sesiapa saje to take a lesson from this issue:)

    ReplyDelete
  2. yep..
    She had been punished for her mistakes,
    yet she suffer enough..
    So let us forgive her and give her a new hope.
    Memaafkan itu lebih mudah dari membenci :)

    ReplyDelete