Saturday, March 15, 2014

Take My Hand to Jannah #Part 3 - Wedding Card dan Bunting

Hi back!

Baru ada peluang nak publish entry ni. Daripada minggu lepas lagi jadi draft. Huhu. Okay untuk kali ni, nak cerita pasal kad kahwin. Kad dah siap dah, cuma ada kat kawan. Mintak dia tolong ambilkan sebab aku masih kat Sabah. Nanti balik cuti next week, baru aku poskan. Hehe.

Mula-mula nak buat kad kahwin ni pening jugak la sebab memandangkan aku jauhhh kat borneo, tak dapat nak survey kat kampung. Kat sini punyalah mahal. Huhu. So aku godek-godek dalam on9 mana yang jual kad kahwin lawa. Family aku decide nak panggil ramai orang, so total kad yang nak kena ditempah tu lebih kurang 1200 pcs jugak. Banyak tu. Elok-elok pulak gaji bulan ni aku nak bayar bridal. Memang budget tu totally lost la. Kalau nak tunggu bulan depan, tak sempat dowh. Bising parents aku nanti kalau lambat2 hebahkan pada orang terutama orang kampung. Haha. Biasalah orang tua kan. Cute betul mama baba aku ni.

Dipendekkan cerita, masa aku Google tu terjumpalah satu Fb page ni. Terus aku terjah. Pergh! Design dia banyak lawa beb! Harga pun boleh tahan, agak murahlah bagi aku yang nak tempah banyak ni kan. Kalau yang single kad (macam poskad tu), dengan harga 0.19 sen satu pun dah boleh dapat. Kelassss kau! Hihi..

Well, ni facebook dia: https://www.facebook.com/SBSKadKahwin

Fyi, kedai ni kat Kulim, Kedah. Tapi jangan bimbang. Walaupun korang berada di serata Malaysia, korang masih boleh tempah ngan diorang ni, nanti kad itu akan dihantar melalui pos. As simple as that. Bila aku tengok album-album yang ada, aku lebih berkenan yang 2 fold (jenis lipat dua macam kad biasa tu). Design dia pun punyalah banyak, sampai berpusing mata aku nak pilih satu-satu. Dahlah kena pilih satu je kan, kalau boleh pilih banyak confirm semua aku amik. Haha. Antara design yang ada:


























Lawa-lawa kan? Ni baru sikit tau. Tak sampai separuh pun aku kongsi kat sini. Kalau nak tengok yang selebihnya, kena pergi lawat page dia. Confirm pengsan banyak sangat tak tau mana nak pilih! Haha.
Selain itu, diorang pun ada buat giftbox, vbox, buku doa termasuk kad kahwin sekali tau. All in pakej! Senang beb, tak payah pikir banyak dah, order je, tak perlu susah ke hulu ke hilir cari semua mende. Semua dihujung jari. Fuyyooo~

antara contoh pakej kad, vbox, buku doa amalan harian



Nasib lah doorgift semua tu aku dah beli siap. Kalau tak, confirm aku serbu dan tempah ngan diorang jugak.Nak jadikan cerita punyalah susah aku nak pilih tu, aku whatsapp semua kawan-kawan rapat, pm kat fb, mintak diorg tolong pilih. Mana choice yang paling banyak, tu lah yang akan jadi aku punya kad. At last dapat jugak pilih satu yang sesuai. Reason pilih kad ni oleh kawan-kawan dan aku sendiri:
1. simple
2. cute
3. tak serabut sangat
4. sesuai untuk semua golongan umur- kawan-kawan, cikgu2, orang kampung
5. kena dengan jiwa aku yang simple and sweet ni. wahaaaa!

Nak tau yang mana aku punya?

Nak tak?

Nak?



Nak?



Ok. Share satu gambar je ek =P



harga kad aku yang ni rm 0.25 sen (kad simili) termasuk free sampul putih
so total up 1200 kad = rm300
Haa. Kan dah cakap. Paling simple je. Hehe. Ni wa kasitau lu, diorang punya service memang 100% tip top woo! Masa jumpa page diorang ni, aku terus kol no yang tertera. X de email2 dah. Biasalah tak penyabar kan. Haha. Terus masa owner tu jawab kol, aku bla-bla cite yang aku ni kat Sabah la, nak kad dengan kadar segera sebelum cuti sekolah ni sebab nak pos terus. Lepas ni takde cuti dah, tinggal balik untuk kahwin je lagi. Abg tu memang terbaikkkkk lahh! Dia suh fill in borang yang disediakan kat page, then 5 minit lepas aku email terus diorang reply cakap dah received. Esok tengahari aku bank in payment, then confirmkan design mana aku nak. Petang tu jugak diorang design kad aku siap dengan maklumat yang aku nak ditulis di dalam. Esoknya lepas chek email dan design diorang hantar (as draft), aku mintak buat correction dan tambahan sket. Lepas tu diorang email balik yang dah diedit. Aku tengok sekali, terus proceed. Dah tak cakap banyak dah, memang perfect habis dh bagi aku. Paling best sebab setiap kali diorang hantar email dan edit kad, mesti abg tu sms bagitau yang email sudah disend. Hebat kan? Sangat bagus dengan customer. Lepas aku buat confirmation, directly diorang cetak kad aku. Memang sekejap gile. Dalam masa tak sampai seminggu kad aku dah siap! Can you believe that?? Memang tidur pun tersengih sorang dah aku ni. Haha.

Actually diorang nak poskan terus kad aku, (postage ke Kelantan utk 1200 kad dlm rm50) tapi elok-elok kawan aku kat Kedah nak tolong ambilkan sebab minggu depan nanti kitorang jumpa kat wedding dia. Pagi tadi kedai bukak je, terus kawan aku ambil. Abg owner tu pun siap sms lagi bagitau yang kad sudah kawan aku amik (aku kat luar masa tu, tak on9). Thumbs up 99x!

Next, cerita pasal bunting pulak. Yang bunting ni satu hal jugak, memang aku tak sabar. Haha. Nak jugak secepat mungkin. Macam tak boleh tunggu, padahal wedding bulan 6 nanti. Bila aku google, macam-macam page yang aku jumpa tapi tetap tak berkenan. Ada yang design lawa, harga terlampau mahal, yang murah, design tak bape lawa pulak. Hehe. Last-last aku post status kat facebook. Then ada kawan aku kat uia pm, rupanya dia pun ada buat job untuk bunting, banner dan etc. So aku pun apalagi, tempah ngan dia terus. Harga pun tak mahal, dalam rm25 untuk satu bunting 2X5. Siap dia tolong hantar kat uia lagi, bagi kat cousin aku untuk cousin aku bawa balik kelantan.

Ni facebook dia: https://www.facebook.com/zhafri.zamil

Ni draft untuk bunting aku, belum siap sepenuhnya lagi. Kawan aku ni pun laju je buat kerja, hari ni bagitau nak tempah, lusa tu terus siap design, tunggu nak print je.

tinggal nak letak nama je lagi kat ruang kosong tu
Bunting ni aku tempah satu je, sekadar nak letak kat depan rumah. Cukup syarat je. Huhu. Lagipun nak guna hari kahwin tu je kan, banyak-banyak takut membazir la pulak. So far aku memang berpuas hati dengan khidmat mereka. *tepuk tangan 99x*

Okayh itu je nak share for tonight. Insha Allah nanti aku share more tentang wedding preparation aku dalam entry seterusnya. Minggu depan budak exam, tengah pening siapkan soalan exam ni.Huwaargh~

Babai uols!






Like tanda Sayang