Sedar tak sedar we already reached the age of 24. Ramai ouh schoolmates yang dah kahwin. Yang dapat baby pun dah ada 3-4 orang. Rasa macam dah makin tua. Haihhhhh. Kalau boleh saya tak mahu jadi dewasa. Sobss ..
Dalam semua wedding schoolmates, satu pun tak dapat pergi sebab selalu timing tu clash ngan benda lain. Tengah final exam la, practical la, tak dapat balik kampung la, la la la dan la. Very frustrated! Huuuu T.T
Tapi takpe lah. Hopefully nanti dapat pergi wedding yang next. Insha Allah. Disebabkan tak dapat pergi wedding diorang yang lepas, so entry kali ni special untuk kawan-kawan yang tersayang. Dapat tengok dan simpan gambar diorang pun jadi la kan. =)
Khairatul Farah - classmate mase form 4. Farah ni jenis yang kelakar, kuat gelak jugak dalam kelas. Sekarang dia ngan husband dia kat Mesir kalau tak silap. Bakal menjadi ibu tak lama lagi *wink*
Iman - Orangnye kecik comel je. Suka tengok muka die, so sweet. Wedding die simple but nice. Suka tengok. Iman ni antara best students batch kitorang. Daripada keluarga doktor dan bakal menjadi seorang doktor jugak.
Hani Ajrina - yang paling latest kahwin. Sedih gile tak dapat pegi sebab dah janji nak pegi. Sobsss.. Tapi nak wat camne, time tu memang nazak gile takleh balik Kelantan. Sorry Hani! Huhu.. Hani ni salah seorang kawan yang muka macam chinese look, putih melepak. Agaknye memang ade mix ngan chinese kot. Wedding die pun simple, but she look gorgeous in dark green! Sesuai dengan diorang. *smile*
Sa'adah - classmates masa form 5. Presiden Badan Dakwah dan Rohani. Masa sekolah dulu selalu mintak tunjuk ajar dan nasihat dari Adah lagi-lagi kalau bab agama. Lembut je orangnye, sopan dan sejuk mata memandang. Oh seriously rindu zaman sekolah, zaman yang selalu dengar tazkirah dan hal-hal agama... :'(
Yarn - Antara gadis cantik yang aku pernah jumpa. Yarn ni tinggi, kurus dan sweet sangat. Dulu die ni jenis sempoi macam yang lain jugak. Tapi sekarang Yarn dah berubah, melangkah ke jalan muslimah sejati. Alhamdulillah... Syukur.. Oh Yarn pun bakal menjadi seorang ibu tak lama lagi. Tak sabar nak tengok, mesti sweet macam ummi die jugak ;-)
Zie - ni kawan yang agak rapat jugak la. Satu kelas masa form 5, lepas sekolah pun still contact lagi. Siap dia datang tido kat maktab lagi time foundation dulu. Huhu. Zie ni jenis rilek and cool je sepanjang masa. Agak sporting dan gila-gila. Suka pakai tudung bawal hitam. Haha. Takleh blah. Rindu kat ko ah Zie, tak sangka kejap je masa berlalu. Tup-tup dah jadi isteri orang. Hee~
Dila - kawan yang mature dan baik. Antara yang paling awal kahwin, kira wakil batch kami la ni. Dah dapat cahaya mata dah seorang. Seronok je tengok si ibu ni upload gambar baby die. Huhu. Bahagialah mereka yang berkahwin awal kan =P
Kak Fae- Classmate Form 5 yang pendiam dan pemalu. Huhu. Selalu yang pendiam dan pemalu nila yang sampai seru awal dari kami yang bising ni. Haha. Kak Fae ni sopan je orangnya, kalau dalam kelas tiap masa dok wat kerja, jarang tengok dia berjalan sana sini macam aku. Kehkeh. Ehs baru perasan muka kak Fae ngan husband macam ada iras je. Phewwwittt~
Inoue- Pengawas yang agak tinggi dan putih, agak chinese look . Inoue ni budak pandai, kalau tak silap spm pun 12A. Seorang yang tak kedekut ilmu, kalau tak paham ape-ape tanya je die, mesti die akan ajar punye. Inoue ngan husband sama padan kan, bagai pinang dibelah empat. Eheh.
Dibah- seorang yang cinonet je, tapi suara die kuat lagi-lagi time gelak. Terkejut jugak bila dapat tau Dibah dah kahwin. Bertambah la sorang lagi ke kelab tidak menjadi single. Ahaa. Wedding die pun comel jugak macam tuannye.
Along Hafizah - Ni sorang lagi gadis kecil molek yang dah berkahwin. Haihh orang comel-comel ni ramai peminat rupanya. Laju je sampai seru diorang. Hehe. Husbang along pun comel macam dia jugak. Kan?
Actually ramai lagi batch aku yang dah kahwin, tapi ni je gambar yang aku ade. Tu pun cilok dari fb diorang. Haha. Ampun ya ampun!. So kepada kawan-kawan yang tiada dalam entry ini jangan terasa ek. Nanti akan di update entry lain pulak untuk geng-geng yang akan berkahwin tak lama lagi. Wuhuu~
Oh ada 2 orang lagi yang akan melangsungkan perkahwinan bulan 3 ni, pada hari yang sama pulak tu. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameeennnn.
Asilah
Syuhada
Plz government tolong bgi cuti lama sket, nak kahwin. Ehs silap. Nak balikkkkkkk!!~