Sunday, January 8, 2012

Aku dan Hostel #3 : Gelaran

Masa tahun 2001, budak lelaki ngan perempuan tak bercampur. Kelas pun asing-asing dari form 1 sampai form 5. Setiap form ada 3 kelas untuk student pompuan dan 3 kelas untuk student lelaki. Tapi bila naik form 2, Abuya (Pengetua) start sistem baru. Dah takde sistem bilik darjah asing-asing ikut gender, semua kena bercampur. Aku kena masuk kelas 2 PE 3, kawan baik aku Ajah dapat masuk kelas lain. Nasib baik kelas form 2 tingkat paling atas dan setiap kelas bersebelahan. So takde la jauh sangat. Senang nak berjalan ke kelas lain jumpa member bergossip.

Permulaan aku di kelas baru tak begitu baik. Aku dah biasa belajar dalam kelas yang semua perempuan. Time prep nak landing ke, nak meniarap ke, nak berguling-guling ke takde sape kisah. Tapi lepas combine kelas tu sumpah rasa terkongkong dan tak bebas langsung. Semua benda nak kena jaga. Pergi prep tak pakai sarung kaki pun kena sound. Bising sket pun kena tegur suara tu aurat. Dah la time tu aku jenis anti lelaki. Haremm takde sorang pun budak laki kelas aku yang aku tegur. Tiap kali pandang diorang secara automatik aku terbayang muka diorang macam Undertaker.

Kedudukan kelas 2 PE 3

Ketua kelas aku, Naqiuddin seorang yang berdedikasi, perasan hensem dan selalu tido dalam kelas. Hisyham, pengawas berlesung pipit, selalu makan gula-gula dan suka pakai T-shirt hitam dan baju Melayu merah gelap. Raymi a.k.a Raymeow muka cute macam kucing. Tasha dan Nadia kawan baik dari form 1 lagi. Wani Bulat dan Jaa dua-dua kecik cinonet comel je. Hadri, seorang yang agak warak, pendiam dan sopan. Fathy, Ayu dan Aza gadis yang bejurus, lawa dan ayu, stok pilihan mak mertua untuk dibuat menantu. Perghh. Naim, si tinggi, putih, ramai peminat sebab die hensem macam Johnny Depp tapi mulut laser nak mampuih macam Maggi kari berapi letup. Sehari tak gaduh ngan aku memang tak sah. Ceit. Redha, seorang budak baik, bijak, innocent, memiliki hidung tinggi macam KLCC dan satu-satunya kawan baik lelaki aku time tu. Redha tak pernah gaduh, marah or melawan bila aku buli dia. Tiap kali dapat buku teks baru Redha la tukang balut semua buku teks aku. Bila homework aku tak siap, aku tiru Redha. Kalau aku bosan dalam kelas, Redha la mangsa yang kena kacau ngan aku. Paling tak leh blah aku selalu tanya; "Wei, mung rase aku comey macam Karishma Kapoor dop? Baik mu oyak comey, kalu dok siak mum!"  Si Redha ni plak layan jee aku, cakap aku sebijik sejiban macam artis hindustan tu. Macam siot. Haha.

Sorang lagi, Faisyal, manusia yang paling suka cari pasal ngan aku. Kitorang panggil dia Pesa. Pesa ni selalu pedajal aku. Time aku lambat datang kelas, die ketuk 'duster' yang penuh dengan habuk kapur kat atas meja ngan kerusi aku. Habis melekat kat situ. Kadang-kadang dia letak chewing gum kt bawah meja aku. Buku-buku aku pun selalu kena sorok. Pendek kata hampir tiap masa aku naik hangin ngan mamat buncit sorang ni. Dahlah time aku siapkan homework ke, dok menulis ke, dia selalu pusing belakang dan pandang kat aku macam aku buat salah. Stok roti yang aku simpan dalam loker belakang pun selalu kena kebas ngan dia. Buku lyric lagu Backstreet Boys yang aku sorok pun habis dia conteng, wat lukis orang lidi.

Satu petang tu aku datang prep lewat. Aku tak perasan Pesa ada kat belakang aku. Masa aku nak duduk atas kerusi aku si Pesa tarik kerusi aku senyap-senyap. Tiba-tiba..

Bammmmm...

Tak pasal-pasal aku jatuh terduduk atas lantai. Syiokk je bontot aku cium lantai. Satu kelas gelakkan aku. Harem jadah aku mana la nak pandang belakang time nak duduk. Aku pun apalagi. Dengan muka merah padam aku bangun dan pandang dia. Kononnye nak kasi penumbuk ah. Dalam keadaan marah tu kening aku terangkat sebelah luar kesedaran kenormalan aku. Si Pesa ni yang tadinya muka cuak tiba-tiba gelak macam nak mati sambil cakap; 'Woi Kening ko terangkat macam The Rock (ahli gusti) woo, hahahahaha.'

Lagi kuat aku kena gelak ngan budak kelas aku. Pastu aku blah pi study kat kelas lain. Malas nak layan. Selepas itu tiap kali aku pegi mane-mane ade je orang buat sound 'If you smell...', pastu satu geng sambung 'What The Rock is cookingg!!' sambil ketawakan aku kuat-kuat. Siyesly aku rasa macam shit. Ni semua keje si Pesa. Pfffttt. Tapi lama-lama aku jadi biasa ngan ejekan diorang. Sampaikan ustaz B. Arab kelas aku pun panggil aku The Rock. Sejak hari tu nama aku bertukar dari Izma jadi The Rock, panggilan tu macam dah sebati ngan diorang. Even sekarang pun kalau time reunion kalau ada yang tanya mana Izma, sume pakat wat muka blurr. Bila sebut nama The Rock baru diorang ingat aku. Haha aisehmemm~

Paling tak tahan masa dapat majalah sekolah sebelum akhir tahun semua pakat sign autograph kat dalam majalah aku dengan ucapan If you smell what The Rock is cookinggg!~

budak lelaki batch aku

p/s: Aku teruja gile babem bile tengok video Faradyable alih suara The Rock. Hebat ouh! *tepuk tangan*


Klik untuk baca entry:

Aku dan Hostel #1
Aku dan Hostel #2

Like tanda Sayang

14 comments:

  1. Sekolah Menengah Agama Wataniah..dan saya la Pesa..hehehe...

    ReplyDelete
  2. aku tak pernah duduk hostel mase skola dulu. huahuahuaa

    ReplyDelete
  3. pesa: hahahaha jupo deh mu cari blog aku

    fairuz: hee best dok asrama! :)

    ReplyDelete
  4. jupo..kalu nop wat rumah,mai la jupo dgn I.R Wan Muhammad Faisyal yer..lagi 5 tahun la..hehehehe

    ReplyDelete
  5. haha malah ehs, nti mu wak kenak ko aku lagi. har har har

    ReplyDelete
  6. ak baik doh la..buke nyo budok2 lagi,,kijo pom engine-nyor..hahaha..nnti mai la majlis kawin ak deh..

    ReplyDelete
  7. haha beref pesa. majlis kawen mu nati aku nk seat vip tuw ;)

    ReplyDelete
  8. mn mejo aku owh???

    ReplyDelete
  9. doh mu panggil aku the rock??


    dengggg.. hahaha

    ReplyDelete
  10. hamzah: mmg muka mung mcm the rock pom. haha

    ReplyDelete
  11. ingtkn izma blaja kat naim lilbanat since form 1..da blur kejap,apsal naim mix school ke..hehe

    ReplyDelete