Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Aku dan Hostel #3 : Gelaran

Masa tahun 2001, budak lelaki ngan perempuan tak bercampur. Kelas pun asing-asing dari form 1 sampai form 5. Setiap form ada 3 kelas untuk student pompuan dan 3 kelas untuk student lelaki. Tapi bila naik form 2, Abuya (Pengetua) start sistem baru. Dah takde sistem bilik darjah asing-asing ikut gender, semua kena bercampur. Aku kena masuk kelas 2 PE 3, kawan baik aku Ajah dapat masuk kelas lain. Nasib baik kelas form 2 tingkat paling atas dan setiap kelas bersebelahan. So takde la jauh sangat. Senang nak berjalan ke kelas lain jumpa member bergossip.

Permulaan aku di kelas baru tak begitu baik. Aku dah biasa belajar dalam kelas yang semua perempuan. Time prep nak landing ke, nak meniarap ke, nak berguling-guling ke takde sape kisah. Tapi lepas combine kelas tu sumpah rasa terkongkong dan tak bebas langsung. Semua benda nak kena jaga. Pergi prep tak pakai sarung kaki pun kena sound. Bising sket pun kena tegur suara tu aurat. Dah la time tu aku jenis anti lelaki. Haremm takde sorang pun budak laki kelas aku yang aku tegur. Tiap kali pandang diorang secara automatik aku terbayang muka diorang macam Undertaker.

Kedudukan kelas 2 PE 3

Ketua kelas aku, Naqiuddin seorang yang berdedikasi, perasan hensem dan selalu tido dalam kelas. Hisyham, pengawas berlesung pipit, selalu makan gula-gula dan suka pakai T-shirt hitam dan baju Melayu merah gelap. Raymi a.k.a Raymeow muka cute macam kucing. Tasha dan Nadia kawan baik dari form 1 lagi. Wani Bulat dan Jaa dua-dua kecik cinonet comel je. Hadri, seorang yang agak warak, pendiam dan sopan. Fathy, Ayu dan Aza gadis yang bejurus, lawa dan ayu, stok pilihan mak mertua untuk dibuat menantu. Perghh. Naim, si tinggi, putih, ramai peminat sebab die hensem macam Johnny Depp tapi mulut laser nak mampuih macam Maggi kari berapi letup. Sehari tak gaduh ngan aku memang tak sah. Ceit. Redha, seorang budak baik, bijak, innocent, memiliki hidung tinggi macam KLCC dan satu-satunya kawan baik lelaki aku time tu. Redha tak pernah gaduh, marah or melawan bila aku buli dia. Tiap kali dapat buku teks baru Redha la tukang balut semua buku teks aku. Bila homework aku tak siap, aku tiru Redha. Kalau aku bosan dalam kelas, Redha la mangsa yang kena kacau ngan aku. Paling tak leh blah aku selalu tanya; "Wei, mung rase aku comey macam Karishma Kapoor dop? Baik mu oyak comey, kalu dok siak mum!"  Si Redha ni plak layan jee aku, cakap aku sebijik sejiban macam artis hindustan tu. Macam siot. Haha.

Sorang lagi, Faisyal, manusia yang paling suka cari pasal ngan aku. Kitorang panggil dia Pesa. Pesa ni selalu pedajal aku. Time aku lambat datang kelas, die ketuk 'duster' yang penuh dengan habuk kapur kat atas meja ngan kerusi aku. Habis melekat kat situ. Kadang-kadang dia letak chewing gum kt bawah meja aku. Buku-buku aku pun selalu kena sorok. Pendek kata hampir tiap masa aku naik hangin ngan mamat buncit sorang ni. Dahlah time aku siapkan homework ke, dok menulis ke, dia selalu pusing belakang dan pandang kat aku macam aku buat salah. Stok roti yang aku simpan dalam loker belakang pun selalu kena kebas ngan dia. Buku lyric lagu Backstreet Boys yang aku sorok pun habis dia conteng, wat lukis orang lidi.

Satu petang tu aku datang prep lewat. Aku tak perasan Pesa ada kat belakang aku. Masa aku nak duduk atas kerusi aku si Pesa tarik kerusi aku senyap-senyap. Tiba-tiba..

Bammmmm...

Tak pasal-pasal aku jatuh terduduk atas lantai. Syiokk je bontot aku cium lantai. Satu kelas gelakkan aku. Harem jadah aku mana la nak pandang belakang time nak duduk. Aku pun apalagi. Dengan muka merah padam aku bangun dan pandang dia. Kononnye nak kasi penumbuk ah. Dalam keadaan marah tu kening aku terangkat sebelah luar kesedaran kenormalan aku. Si Pesa ni yang tadinya muka cuak tiba-tiba gelak macam nak mati sambil cakap; 'Woi Kening ko terangkat macam The Rock (ahli gusti) woo, hahahahaha.'

Lagi kuat aku kena gelak ngan budak kelas aku. Pastu aku blah pi study kat kelas lain. Malas nak layan. Selepas itu tiap kali aku pegi mane-mane ade je orang buat sound 'If you smell...', pastu satu geng sambung 'What The Rock is cookingg!!' sambil ketawakan aku kuat-kuat. Siyesly aku rasa macam shit. Ni semua keje si Pesa. Pfffttt. Tapi lama-lama aku jadi biasa ngan ejekan diorang. Sampaikan ustaz B. Arab kelas aku pun panggil aku The Rock. Sejak hari tu nama aku bertukar dari Izma jadi The Rock, panggilan tu macam dah sebati ngan diorang. Even sekarang pun kalau time reunion kalau ada yang tanya mana Izma, sume pakat wat muka blurr. Bila sebut nama The Rock baru diorang ingat aku. Haha aisehmemm~

Paling tak tahan masa dapat majalah sekolah sebelum akhir tahun semua pakat sign autograph kat dalam majalah aku dengan ucapan If you smell what The Rock is cookinggg!~

budak lelaki batch aku

p/s: Aku teruja gile babem bile tengok video Faradyable alih suara The Rock. Hebat ouh! *tepuk tangan*


Klik untuk baca entry:

Aku dan Hostel #1
Aku dan Hostel #2

Like tanda Sayang

Saturday, January 7, 2012

Aku dan Hostel #2 : Satu Malam

Dulu aku memang suka tengok movie. Sanggup kumpul duit sebab nak beli video tape yang besaq kaler hitam macam beg nenek. Time tu mane ade cd lagi beb. Tapi bila masuk alam persekolahan mood nak bermovie makin kurang sebab aku ke sekolah berasrama. TV pun ada sebijik je diorang letak kat kantin. Jangankan movie, telenovela pun tak lepas tengok. Ada la jugak time prep petang aku ngan member aku, Ajah pi curi-curi tengok citer Rosalinda. Tu pun tak pernah dapat tengok lebih 5 minit sebab kena kejar dek warden kitorang, Cikgu Juka.

Ada sekali tu angin Cikgu Juka agak baik. Dia kasi permission kat budak-budak lelaki untuk tengok tayangan cerita Blok 404 dengan syarat kena tengok pada malam hujung minggu sebab takde prep. Masa tu memang femes pun cite tu sebab budak-budak yang dok kat rumah cakap best. Ape yang best pun aku tak taw. Aku la manusia paling excited bila taw pasal tayangan ni tapi aku tak puas hati sebab budak pompuan diorang tak kasi tengok. Budak lelaki je yang lepas. Aku pun apalagi. Start plan A ah. Aku ngan Ajah pegi jumpa abg Fazna dan Shahiru, ketua library kitorang yang incharge pasal tayangan ni. Setelah setengah jam pujuk rayu menangis meleleh depan diorang, baru abg-abg tu bagi kitorang join dengan syarat kitorang kena dok belakang sekali sebab kitorang je pelajar pompuan. Belakang pun belakang la bang. Asal dapat tengok.

Sebelum start tayangan tu, semua budak lelaki pandang kitorang semacam. Mcm kitorang kesah, wat derk je la. Jenis muka tak tau malu. Tapi diorang saje je nak kenakan kitorang. Budak-budak lelaki yang dok kat belakang saje je bangun dari kerusi dan tengok sambil berdiri sebab diorang tak nak bagi kitorang nampak. Jenis berlagak macam dinding plak nak halang pandangan kitorang. Dahla sorang sorang tinggi nak mampuih. Aku masa tu cinonet je, memang tak lepas ah nak tengok. Last-last aku ngan Ajah blah dari situ dengan perasaan bengang bercampur bangang.

Masa on the way nak balik hostel, kitorang kena lalu tangga hujung. Tepi tangga tu ada kabel a.k.a suis utama yang menyambungkan semua plak-plak dan wayar lampu di sekolah kitorang termasuk la plak TV yang tengah tayang cite tu. Dengan muka innocent dan idea bernas Ajah suruh aku tutup suis utama tu. Bila dah blackout tak yah mimpi ah diorang nak tengok cerita tu. Confirm meraung punye. Tiba-tiba..

Papppppppppp....

Aaaaaaaaaaaaaaaa...

Riuh suara budak-budak lelaki menjerit. Aku ngan Ajah lari pecut wo0 balik hostel sebelum diorang terserempak dengan kami. Nasib aku tak berapa baik sebab sorang budak form 4 ternampak aku pastu die menjerit bagitau kat semua orang. Ajah sempat lepas masuk hostel tapi aku kena kepung ngan semua budak aspura. Depa buat muka gangster mengalahkan taiko. Mana tak bengang. Cerita tu tinggal 15 minit lagi nak habis. Kalau 'on' suis elektrik tu balik, cd driver tu takleh rewind or forward sebab button die rosak. So nak tak nak diorang kena start tengok dari mula balik. Segala maki hamun sumpah seranah keluar dari mulut diorang. Ada senior form 5 yang bawak kayu lagi, kononnya nak gertak aku supaya takut. Aku tak nampak hape dah time tu, aku terbayang roti kismis kat bilik aku je sebab perut aku lapa gile seh. Dengan muka cute aku cakap kat diorang aku tak tau ape pun, kononnya aku baru je lalu kat situ. Haram jadah sape nak percaya statement genius aku. Dah terang-terang takde orang lain yang lalu kat kabel tu. Haha.

Suasana makin tegang bile sorang senior form 4 ni nak tampar aku tapi budak laki kelas aku sempat halang. Nasib baik abg Fazna dan abg Shahiru datang menteteramkan keadaan. Pastu diorang yang lepaskan aku pegi. Sampai kat hostel semua kawan pompuan aku dok tunggu dalam bilik. Ni mesti keje si Ajah bagitau kat diorang. Muka diorang 99x lagi cuak daripada aku. Walaweh. Aku slumber je masuk bilik minum Milo makan roti dan tido dengan tenang. Haha. Haha lagi -_-

Keesokannya aku kena panggil ke bilik Pengetua sebab hal semalam. Cikgu Juka pun ada sama dok tunggu dalam bilik Pengetua. Warden aku yang sorang ni memang dah lama suspek aku dalam kes naik aspura (klik utk rujuk entry naik aspura) tapi aku tak dapat dikenakan tindakan pape sebab takde bukti. Bila naik kes ni, dia la orang first pegi report kat Pengetua. Diorang contact parents aku suruh datang sekolah. Actually dah banyak kali Pengetua (kitorang panggil dia Abuya) kol parents aku sebab aku memang agak nakal kat sekolah. Kali ni ayah aku nekad nak datang dan tukarkan aku ke sekolah lain. Abuya tak kasi sebab Abuya memang baik ngan aku. Abuya cakap selagi aku tak lepas PMR, dia takkan bagi aku pindah sekolah, lagi satu dia cakap dia yakin aku akan score dlm PMR. Then dia bagitau kat semua kalau result PMR aku cemerlang dia akan buat jamuan besar-besaran untuk semua cikgu. Macam bernazar pulak. Wuhuu~

Dekat nak exam PMR tu aku kurangkan kenakalan aku dan struggle gile babem sebab aku dah janji ngan Abuya nak buktikan aku boleh. Nasib aku baik sebab aku dapat straight A kecuali subjek Bahasa Arab sebab ustazah tu garang. Haha memandai je. Ayah aku orang paling happy kot time tu. Mane tak nye. 3 tahun aku kat asrama, aku tak taw la berapa juta kali cikgu-cikgu kol mengadu pasal aku. Lepas tu ayah aku isi borang pertukaran aku ke sekolah lain. Abuya tak nak lepas aku, berulang kali dia pujuk ayah aku tak nak kasi aku pegi sekolah lain. Tapi ayah aku nekad, dia tak kasi dah aku stay jauh2. Dia nak aku sekolah kat area Kota Bharu, dekat sket dengan rumah aku.

Aku ingat aku dah free sebab lepas keluar dari penjara tu tapi rupa-rupanya hujan di tengah jalan. Mati-mati aku ingat ayah aku tukarkan aku ke sekolah harian biasa, so dah takde subjek B. Arab dah pasni. Rupanya aku kena masuk SMKA jugak, tapi girl school. No no boys anymore. Nak tak nak dengan berat hati aku pegi la jugak sekolah tu. Dah la kena dok hostel jugak. Alahai..

Lepas keluar sekolah lama seriously aku rindu gile sekolah tu. Dulu masa kat sana memberontak macam harem, bila dah keluar baru taw betapa bestnye kat situ. Sekolah baru best jugak, tapi tak sebest sekolah lama sebab takde aspura nak kena panjat. Haha. Yang paling takleh blah dulu aku rasa semua budak lelaki sekolah lama aku tak suka aku. Hari-hari kot dok kutuk aku. Tapi masa aku ngan Ajah nak pindah sekolah banyak la pulak dapat surat request nak jadi abg angkat kitorang. Perghhh perghhhh pergghhhh.



ni rakan-rakan sekolah baru
Siapa berjaya teka mane satu aku, dia bijak macam Farady. Eheh ;-)

clue : yang paling sopan. awwww

Sekian sahaja. Aku rasa penulisan entry kali ni agak skema, macam bukan aku. Mungkin kerana hormon untuk menjadi seorang guru semakin bertambah. Atau mungkin aku terkena sumpahan cikgu aku dulu supaya menjadi seorang skema. Wahaa~ Lantak pi la.



p/s: Zaman remaja adalah zaman paling memberontak dan paling banyak buat silap. That's normal. Tak semestinya remaja yang dulunya teruk akan selamanya menjadi teruk. People changed. Mungkin dulu kau yang paling nakal, paling dibenci tapi mungkin in future kau yang paling dihormati dan disayangi. Satu masa nanti kau akan tergelak sendiri bila teringat kisah silam kau. At least you have those memories which others don't have, as it's also means that you are the lucky one. Just be who you are  =)
Hoyeah, hidup mesti skema bhai! ( tak pasal2 ) -_-

Like tanda Sayang

Sunday, August 7, 2011

Sastera itu Indah.

Form 5 dulu masa belajar subjek Bahasa Inggeris bahagian literature mesti ada satu buku yang wajib kitorang khatam. Buku ni pelajar tingkatan 5 satu Malaysia wajib baca. Gua tak sure la sekarang budak form 5 guna lagi tak buku ni atau dah ganti buku baru. Tapi bagi mereka yang sezaman dengan gua confirm senasib kena hafal sinopsis, characters and bla-bla.



The Pearl by John Steinbeck. Pergh. Sampai sekarang gua ingat lu. Bagi mereka yang tak tahu buku The Pearl ni mengisahkan tentang Kino, seorang yang miskin terjumpa mutiara di mana mutiara tersebut mengubah keseluruhan hidup mereka. Satu kampung datang tengok mutiara tu dekat rumah Kino sampaikan penjual mutiara dan doktor pun tipu mereka sebab nak dapatkan mutiara tersebut. Okay nak dipendekkan cerita anak si Kino dan Juana iaitu Coyotito sakit tenat. Bila jumpa doktor, doktor tu bagi ubat yang salah sebab dia tamak nak cilok mutiara tu dari Kino. Akhirnya Coyotito menghadapi maut dan Kino mencampak mutiara itu ke dalam laut kerana terlalu kecewa di atas kehilangan anak kesayangan dan ketidak tenangan kehidupan yang dihadapi mereka selepas kehadiran mutiara itu di dalam hidup mereka. Oh maafkan gua ayat bm gua memang skema macam harem. (Pedehal lu nak sibuk).

Pada satu hari semasa pelajaran literature (kesusasteraan), teacher gua kasi satu soalan essay yang dijangka keluar dalam trial SPM nanti. Soalannya seperti berikut:

"If you are the writer of The Pearl, how would you want the ending be?"

Jadi gua dan rakan sekelas semua memang goreng habis ah. Jadah budget penulis hebat macam John Grisham. Padahal hampir semua budak kelas gua tulis ending dia Kino jual mutiara tu dengan harga tinggi, Coyotito dapat diselamatkan dan mereka hidup bahagia sampai bila-bila. Jenis perempuan semua benda nak happy ending. (Gua sekolah semua pompuan a.k.a girls school).

Keesokan harinya cikgu English gua baca essay sorang-sorang kat depan. Sampai essay yang last ditulis oleh seorang member baik gua.

After Coyotito had died, Kino and Juana sell the pearl at the town. After that they become rich and they get a new baby named Coyotiti. They live happily ever after with Coyotiti.

Coyotiti. Gua pun tak tau kenapa gua dan member lain gelak sampai bawah kerusi. Yang pasti gua memang ingat nama Coyotiti sampai sekarang.

Coyotiti. Pergh~

Like tanda Sayang

Sunday, November 7, 2010

Kehadirannya

2005. Mama pregnant (adik bongsu kami). Masa tu baba ditukarkan ke pedalaman, di sebuah kampung dalam daerah Gua Musang. Aku ada 5 orang adik, 4 orang lelaki. Semuanya nakal yang teramat sampai aku rasa serik kot kalau keluar satu family ke tempat awam. Penat nak jaga sorang-sorang. Dahla time tu semua kecil-kecil. Tapi sekarang semua dah besar =) Adik aku fadhli dan fahmi selalu demam sebab teringatkan baba. Baba terpaksa balik setiap hujung minggu je sebab sekolah baru tu sangat jauh dengan Kota Bharu. Mama selalu tak sihat, mama terpaksa hantar adik-adik pergi sekolah tiap2 pagi. Aku dan adik no.2, Faiz stay kat hostel. Kitorang jarang sangat balik apatah lagi untuk tolong mama. Masa tu family mama dan baba semua jauh2.. So mama terpaksa survive sendiri hantar adik-adik pergi klinik atau tuition class.

Baba selalu cakap, anak itu rezeki keluarga. Tidak dinafikan selepas adik bongsu aku lahir, hidup keluarga kami bertambah okay. Baba pun dah ditukarkan mengajar berdekatan degan rumah kami. Baba cakap Allah bagi keluarga kita kesenangan dan rezeki yang lebih terutama untuk ahli baru family kita, Ilyana Humaira nama diberi.

Masa Humaira lahir, aku tengah hadapi monthly exam. Sebulan selepas exam baru aku berpeluang tengok adik baru aku. Sampai je di rumah aku terus cari mama dan baby, aku betul-betul teringin nak tengok dia dari dekat.. MasyAllah indahnya ciptaan tuhan.. Walaupun si baby tidur nyenyak tapi aku dapat rasakan ketenangan bila melihatnya.. Perasaan sayang itu hadir tanpa diduga. Tak semena-mena aku ucapkan kalimah syukur kerana kehadirannya dalam hidup kami.

Mungkin kehadiran ahli baru dalam keluarga adalah perkara biasa bagi orang lain, tetapi ia adalah suatu anugerah bagi kami kerana Ilyana Humaira hadir ketika kami ditimpa segala dugaan dan kesusahan. Hadirnya menerangi hidup kami yang semakin suram. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku sebuah keluarga yang tersayang dan yang terbaik dalam hidup aku. Amiinnn...


baby Ilyana Humaira dalam buaian.



Semasa berusia beberapa bulan.



Humaira dan Fadhli



The first and the last of siblings



Ilyana Humaira semasa berumur 1 tahun lebih.



Dimasukkan dalam wad sebab demam panas.. Tapi masih boleh tersenyum..



Pagi raya 2008. Sempat lagi budak ni tengok kartun seh!



Raya 2008


Dah besar pun hisap susu botol lagi =P

Latest Ilyana Humaira : 5 tahun. Ye die memang comel ;)




Si kecil ini suka melalak. Kalau tak percaya jom tengok video ni, special untuk all beloved readers and followers from Maira bucuk =P




p/s : Love your family as well as they are because they are the one that will be with you until your last breathe..

Oh under adversity I miss my family so much..

Mood : homesick *_*



Like tanda Sayang

Wednesday, November 3, 2010

Cinta anak anjing

Puppy love. Aku rase semua org penah alami. Kalau tak penah sile chek bawah. Anda mungkin tidak normal. Puppy love ni selalunye cinta kanak-kanak. Kenape diberi name puppy love? Aku pun tak taw. Agaknye species puppy ni suka bercinta berbanding dengan haiwan lain atau mungkin kerana mereka makhluk paling ramai di uia. Okay tinggalkan hanjem ini dan berbalik kepada cerita cinta. Dulu time aku kecik aku suke gaduh ngan budak lelaki sebab aku pn dah macam lelaki. Paling teruk aku gaduh ngan budak kelas aku. Siap bersilat, karate, taekwando, semua aku bedal.

Aku masih ingat ade sorang budak lelaki ni slalu kena buli ngan aku. Kiteorg panggil die "Long" sebab die anak sulung. Long ni lemah lembut berbudi bahasa orangnye. Chinese look, mata sepet, kening tebal, kurus cam lidi. Tapi si Long ni suke korek hidung. Lepas tu die sapu kt meja die. Time die menulis air liur menitis-nitis. Time membaca plak lidah sampai terkeluar. Nak dipendekkan cerita, budak2 kelas aku selalu 'matchkan' aku dengan si Long ni. Dah yang pompuan perangai cam hantu, si lelaki pulak manja lebih pada hantu. Bile budak lelaki kacau aku, Long mesti menjerit bagi warning. Walhal takde sorang pn yg takut. Last2 mesti Long yang menangis dulu.

Penah sekali tu budak nakal kelas sebelah, si Ayub ejek aku sampai aku kejar die satu sekolah. Long marah Ayub tapi Ayub tak hirau. Long korek tahi hidung die, kumpul banyak2 pastu dengan sekali jentik je 'bola sfera' itu masuk ke dalam mulut Ayub. Satu kelas gelakkan Ayub cam nak mati. Sejak hari tu aku jatuh cinta dgn Long. Buku teks saje tak bawak pegi sekolah sebab nk share dgn Long. Keje sekolah pun buat2 tak reti sebab nak tanya Long. Siap beli komik banyak2 lagi sebab nak tukar dengan Long kat sekolah nanti. Komik aku dah melekat peta air liur basi Long pun takpe. Tak sampai hati nk marah. Walhal kalau orang laen dah lame aku terajang.

Waktu darjah 6 Long pindah sekolah lain. Nak tepon no takde. Apatah lagi nak ber'sms'. Aku dengan Long lost contact camtu je. Yang aku tahu die dpt masuk sbp lepas dapat 5A dalam UPSR. Itu kisah lama. Sekarang dunia dah moden. Senang je nk cari balik kawan-kawan lama dlm facebuk, friendster,myspace,ym.skype bla3. Bile aku search Long, aku tengok Long dah lain gile dari dulu. Hampir2 aku tak cam. Jauh beza rupa kanak-kanak dengan rupa sekarang. Tinggi, masih putih, mata sepet, kening tebal dan ade style. Yang takleh blah Long skrg kt oversea, amik medic siot~ Dh nak jadi doctor dah. Tak sangka si comot pengorek hidung dulu bakal berbakti dan berjasa kepada anak bangsa.

Bila dipikir balik rasa nak tergelak pun ade. Thanks Long sebab pernah jadi cinta anak anjing aku waktu aku masih tidak tahu cinta itu apa. Dan terima kasih jugak sebab pernah mewarnai hidup aku.



Like tanda Sayang

Monday, March 1, 2010

Hari itu

Oww da lame daku x meraban kt blog. Lately byk gle assignments + presentations + reports + keje2 x berfaedah. Amatlah tension dan hanye memikirkn utk berjoli. Haish ape nk jadik~
Da la final xm around d corner. Aiyayai T.T

Smlm kitorg blk dr mkn tghr. Then moon menjerit pnggil name aya. Terkejut beruk kitorg tgk beruk yg terkejut kt atas tingkap blik aya. Aya pn ape lagi. Psg siren dan menjerit skuat ati. Wew00wew00wew00. Nk dipendekkan cite aku trus naek ke blik sbb aku lupe nk tutup tgkap b4 g mkn td. Then skali lg aku terkejut godzilla sbb hp aku kt ats meja da xde. Bile aku tnye roomates, diowg sume ckp tataw plus xde org lua pn yg msk blik kami.

Aku pn kua nk pi toilet sat. Tgk2 si jahat td tgh bertenggek kt atas ampaian dpn toilet. Bile die nmpak aku, die trus tnjuk gigi and kejar aku. Melalak aku lari dek kne kejar kt monyet cilakak tu. Da la pkai kain. Phm2 la kn. Pastu aku lari trun pi blik aya n ngadu kt diowg ckp hp aku ilang.

After that kitorg pi blkg blok nk chek kot2 si monyet tu curi. Yg plg xley blah time ak tgk hs aku berkecai atas simen blkg. Hancur kne campak oleh my dear monyet dr tingkat 3. Mcm sial. Aku da nangis2 daa. Then membe2 aku kutip blk accessories hp aku yg terabur tu. Aku try psg bateri n test. Nsib baek still bley on lg walhal casing da hancus truk. Siot tol.
Nasib baik ko monyet bkn babi. Klu x ko mmg babi. Igt aku byk duit ke nk bli hp baru. Pi mati.
Wtv it is, syukur la still dpt gune. Hebat w0o SE. Mmg thn lame wa ckp lu~ X rugi pkai model ni ;) Okay stop the iklan.. Mlm tu ayah aku kol.

" Dgr kate ade monyet pecah msk bilik?"
"Cmne baba taw? Haish.."
"Monyet tu kol baba td.Die marah sbb iza x reply msg die .Dhla iza gayut ngn org len dpn die. Patut la die jeles.hahaha"

...........................

Like tanda Sayang

Wednesday, October 14, 2009

Sayangku Mr Savy

Smlm membe aku si etiey gtaw yg abg die da anta kete. So ari ni kitorg x pyh pi klas jln kaki lg. Apatah lg nk nek bus.haha. Lupe dunie siot~ Si etiey ni plak tkut nk drive sbb katenye die cm x biase lg. Lgpn jln kt uia ni berbukit2 dgn bonggolnye yg melampau2. Disebabkn x smpi hati dengaq bkl spupu ipa aku ni merayu2, at last aku pn drive jgk. Even aku da bese ngn kete manual, malangnye mr savy ni rupenye len sket dr kete biase. Signal belah kiri, wiper belah kanan.reverse plak tepi gear 1. Ades. X lame dh kot ajal si savy ni dok nga aku.Amiinn..

First bwk tu aku merempit thp impak maksima.Walhal kete org. Saje je nk try msk lokap free. Waniey n nini kompem celik mata luas x berkelip + dup dap dup dap. Tkt kna anta assgmnt dlm hospital gamaknye. Nsib bek sume slmt. Time nk parking pnye la bergaya. Mane x nye. 2 inci lg nk naek ats divider. Budget terror cam sial. Hampeh.

Ptg tu after class kitowg plan nk pi psr mlm kt tepi jln. So aku parking la dkt ngn gate yg mengadap psr mlm tu. Time kitowg nk blk tu ade la skumpulan mamat2 uia yg on d way nk pi naek kete diowg. Mr savy tu kitorg parking dpn proton diorg. Yg plg x leh blah kitorg siap blagak poyo lg. Mntg2 mamat2 tu dok pndang2 jek. Jual mhl beb. Market seh pompuan bwk black savy. X maen r proton2 neh.

"Uit jemma, pesal lampu blkg on? ko x ttup lmpu ke?"

"Eh x de la.bile mse plak aku on. br kol 6. haram jadah pe nk psg lampu."

" Wes msk la dlm kete lue! aku x saba nk blk mkn ne."

.........................................

Dlm kete.

Tap! Tap!

Air memancut. Wiper dpn blkg bergerak. Cuci cermin smpai berkilat.

" Wuargh! Wes cne nk ttup wiper ni? mane satu lmpu, mane satu wiper neh?"


Kompen mamat2 kt blkg gelak cm nk mati. Ceit.

Like tanda Sayang

Saturday, September 12, 2009

first date

Cite ni bermula after SPM. Time tu membe aku juwe n chua dok bodek ampu aku suh join IT & English nyer class. Mulanye aku x nk.tp bile dpkir drpd aku dok buang mse n membuncitkn prut kt umah jek, bek aku bwt keje yg munasabah sket. So aku pn ikt la diorg. First day nyer class tu dh ade sorg mamat ni dok pekenakn aku jek keje die. Kerek gle kot.Da la aku x suke die. Pstu ntah dr mne ntah die dpt num aku. Dlm register nye list gamaknye. Aku pn ape lg.Siap kutuk maki hamun die lg dlm sms.Da name pn x suke.X kn nk gedik siot.

After a week aku kt situ, one day mamat ni sms aku tgh mlm.Knonnye dok luah prasaan yg die suke kt aku. Mcm sial. Aku x ckp pape pn.just gtaw kasik aku mse nk pkir. Then after tu die ajak aku kua. Nk ajak date la knonnye. Cilakak. Tp disebabkn dpt mkn free, so aku pn kua la jgk pdhal sumpah hati x ikhlas gile. Then kitorg jnji nk jmpe kt kbmol, satu-satunye tmpt date plg feymes kt klntn. Sbb x de org nk cekup.haha. Aku smpai 2 jam lwt. Dhla serabai br bgn tido.Nseb baek smpt mndi. Pstu die ckp nk blnje kfc, tp aku nk mkn mcd.Nk tak nk tpksa la msk mcd jgk bile tgk muncung aku da pjg 18 depa. Disebabkn blum brekfas lg, aku order large set of big mac + double cheeseburger sbg tanda penghargaan perasaan die thdap aku. Walhal die cume mkn nudget 4 ketul jek.2 ketul lg aku rembat.

Satu bnda yg aku x puas ati psl mcd ni. Sos kne amek sndiri, xde dlm botol lak tu.Pstu kna letak dlm bekas kcik tu. Punye la byk aku amek sos. Tgh syok dok ngap encik burger tibe2 aku trlanggar piring plastik sos tu.Pek! Sbijik tumpah atas kain aku. Dhla kain kaler ijau.Mmg nmpk gle ah. Dgn muke geram aku pi cuci kt toilet. Bdk2 kt meja sbelah aku siap gelak sakan lg. Bdget cm aku nervous time date la.Ntah pape. Nseb baek slera mkn aku x kurg. Last2 aku abiskn sume mknn yg tggl n blk umah dgn jayanye. Walhal dlm ati aku pkir klu mamat tu dh x nk kt aku psni, aku redho je la.Da nasib..

3 bln after date keramat tu, aku dpt taw yg si mamat cilakak ni rupenye buaya tembaga. Aku dpt taw tu pn sbb membe aku yg jd mngsa.Naseb baek bkn aku. Btol la org kte qada qadar ni ketentuan-Nya. Agaknye time tu God mmg da bg hint kt aku yg kitorg x mgkin bersatu. Haish~ Wut a moment.

Like tanda Sayang

Friday, May 8, 2009

We must be crazy


5.30 pg. beep..beep..
“Jemma, aku blk klntn.dh nk smpi ni – Danny”
8.30 pg.ring!ring!ring! jam loceng gilak menjerit.siot. test motor ari ne.dsbbkn lwt sejam aku mendrift kete dgn jayanye wlupn hampir2 melanggar si basikal tua yg tgh park kt jln.damned.dan yg plg bengang.kna test motor tgh pns gile babem di mane matahari berada lbh kurg 20 marhalah dr bumi.time kaseh kpd cikgu memanduku yg comel bergaya bersame topi Hawaii yg bsr di dpn senget di blkg.
Tghri. Danny- si weng weng blk jgk akhirnye stlh stahun lbih bermastautin di kl wlupun berniat utk berade di klntn selama 5760 minit 43200 saat. Dan sbgai permulaannye kami bertiga ber enjoy di kbmol yg sgt menarik di mane kami berjaye melepaskn bom atom evolution 347 yg menyebabkn pin-pin bowling tumbang terbalik 3x berturut-turut walhal pin tersebut dimiliki oleh jiran sblh line kami.terima kaseh juga diucapkan kpd amoi apek dr seberang.
Akibat mengalami kemenangan yg gilang gemilang, danny membuat kptusan utk membeli kperluan harian dan kami mengatur langkah menembusi butik levi’s & reject shop. Kerana terlalu mampu, mereka (danny & peja) bercadang utk meng offer perkhidmatan gay sementara di mane pendapatan itu dipercayai sama harge dgn sehelai baju butik terkenal itu. Terima kasih sekali lagi kepada inflasi sifar.
Tanpa berfikir pjg aku membawa mereka ke sebuah kedai di tgh bndr. Dan ternyata mereka bercucuran air mata kerana terlampau culture shock apabila melihat harga t-shirt2 di situ di bwh lingkungn rm 10 bersamaan 1000 rupiah.erk.1000 ke?hentam je la. Sbg hasilnye mereka berjaya mengosongkan dompet sebanyak rm209 mewakili 3 guni brg. Terima kasih yg teristimewa kpd ‘made in thailand’ utk keluaran yang bermutu tinggi itu.
Sbg penutup kami ke kfc di kk utk melepaskan angin taufan dlm abdomen melalui snake plate twister n cheesy wedges disediakan oleh server kfc yg garangnye mengalahkan Simba the white lion king . Dan aku melangkah pulang ke rumah di temani oleh sunset yg indah =)


Like tanda Sayang

Wednesday, May 6, 2009

Mr. helmet

Pada suatu subuh yang hening bening di mana matahari baru memancarkan sinar suria nye yang kuning ke orengan. Seorg kanak-kanak yang degil lg saksama sdg berperang dgn kakaknye yg gile lawa melecun kerna die x mau mkn ubat. Dek prngainye yg mengada itu, si kakak terpaksa mmnggil ayah mereka untuk memberi arahan army skuad baris sedia kpd bdk itu. Stlh meronta-ronta ala2 Scofield dlm prison break, si ayah mengangkat anaknye itu dan mltkkn kedlm kereta si kakak utk dhntar ke nursery.

On d way to school, si kakak memandu dgn laju smbil membunyikn hon phewwiitt kpd siti nurhaliza(mak nyah kg sebelah) yg sedang berlenggang lenggok ke warung mak jah. Tiba-tiba… terdengar bunyi ‘BANG’ yg amat kuat shingga si kakak tersentak dan menekan pedal minyak 3x gnda. Apabila si kakak menoleh ke blkg, tiada ape2 pn yg mncurigakn so die trus memandu dgn girang nye.

Smpai di sekolah.

SE w660i berbunyi. Si ayah membebel mngamuk dek helmet yg die letak ats kete si kakak dibawa usung pergi tanpa si kakak sedari bhwa benda tu terpamer di atas bumbung kete comel ksyangnnye. Mau x mau si kakak tpksa patah blk ke jln yg dilalui 20 mnit td di mane jrknye lbh kurg 22km dr skolah tersebut.

Stlh hamper stgh jam mncari, akhirnye si kakak nmpak helmet a.k.a topi keledar kaler hitam yg dh bercalar balar kt tgh bodynye dimane si topi tu trgantung di tiang buluh sebijik warung di tepi jln.

“Mak cik, tumpang tnye. Ni topi sape?”

“Entahla dik. Td ade org buang tgh jalan ni. Dh kaye ben0r gamaknye. Makcik tukang kutip jek.”

Ceit.

………………………………………………………


Like tanda Sayang

Sunday, May 3, 2009

why me?

benarkah artis malaysia x berbakat? benarkah artis ni hidup berpura-rupa? as a teenager, we tend to get involve with all those nonsense thing n gossip2.. biase ar pompuan.bile dok rmai2 msti dok merapu kutuk artis ni, kutuk artis tu.xde keje kurang pahala. slalunye aku dgr jek ape yg diowg ckp coz aku xtaw nk ckp hape.lgpn aku x bace majalah, akhbar pn jrg2.nk bce academic nyer bukz pn berguling-guling dibuatnye.apatah lg article mencarut2 ni.haiseh.. tp klu aku taw aku pn same naek je join.lol.

tp aku msih igt.aku plg x suke sorg artis yg berasal dr tmpt aku sndiri iaitu kelantan jiran siam. so ble smpai part die aku msti komen abis-abisan la..mntg2 la si artis tu byk kes gak.syiok ar dok tumpang menyibuk. wlupn artis laki yg sorang ni ensem mengalahkan tom cruise n agak sweet spt gula melaka ttp aku ttp x suke die sbb... ntah la.lantak ar.asal bkn laki aku sudah.

hari ini.4 ptg.aku sdg mensurfing internet dgn bengangnye dek line streamyx asyik ptus2 myebabkn redial bribu kali. tiba2 ade org bg slm kt dpn pgr umah. adek aku bukak pintu.then mak aku kua. pstu ade sorang makcik n pakcik ni msk umah aku.then ayah aku kua n spt biase adat mlayu bersalam-salaman berpeluk-pelukan bertangis-tangisan spt drama mlayu yg x kurang hebatnye dgn drama african. then parents aku gtaw yg ni sedara kitorg.pakcik tu ngn ayah aku spupu. so aku ngn anak die msti la dua pupu.yer ek?hentam je la. pstu aku msk bilik..

after diowg blk, mak aku tnye aku knl x diorg tu sape?kompem2 aku jwb aku x knl.then mak ckp tu la parents artis ksyngn si kembang pyung yg aku pnh kutuk dlu2. dan rupenye aku dan die adalah sedara rpt.kaum kerabat.ahli keluarga. sedarah sedaging.saudara seislam.

...................................................

terima kasih malaysia.

Like tanda Sayang

Thursday, April 30, 2009

kb drift

hari ini kna pi jpj coz nk renew lesen. adei.pnat..dh la jauh gile nk mampus.pns plak tu. then tetibe si adam kol nk ajak aku mkn kt rstoren di kb bsma aweknye.

so aku pn drive on d way ke kdai mkn trsbut.tgh jln tu br aku prasan.aku xtaw kt mne rstoren tu. adam plak bg sebijik hint jek. dkt ngn Milan Optical n Pntai Timur. siot. siyesly aku lupe jln2 di bndr Kota Bharu yg bsr nye mngalahkn padang golf kt Atlantis benua yg hilang wlupun aku sdh bermastautin di KB ini slame 20 thun. at last aku main redah jek. stlh 2 jam adam & yue mnunggu, akhirnye aku smpi dgn nafas yg kemerahan krna trkjut dek sorg pak cik tua yg mlintas tnpa bg signal bazooka yg mnyebabkn aku tpksa menekan brek emergency.nsib bek pkai seat belt.huyy0. apa mcm ini owang la.

then blk tu aku kna amik adek aku kt skolah. skali lg aku lupe short cut dr kb ke kubang kerian. dan tanpa aku sedari aku mngmbil jln mudah iaitu jln ke pengkalan chepa yg jauhnye lbih krg 50 km mnyebabkn kami tibe di rumah kol 8 mlm walhal jln nk pi kk tu dkt jek seh~ adei.nsib baek x smpai Golok.

hasil dr prjalanan aku hari ini, aku mnyedari 1 kelemahan & 1 kelebihan diri aku.

weakness : mudah lupe jln. siyesly it takes time for me to remember all those ways.
benefit : bley menghabiskan tangki minyak pnuh slame 4 jam. rekod baru 2009.

Like tanda Sayang

Saturday, April 25, 2009

Pada suatu hari...

Pada suatu hari di sebuah skolah yg agak terpencil di mana jln2 nye dipenuhi oleh bull shit yg dimiliki oleh lembu2 yang sedang bergembira riang di tepi sawah. Kedengaran suara murid-murid klas 3R(kls plg hujung) sdang bergurau senda sambil berlari-lari anak dan berkejaran seperti cicak. Tiba-tiba…

Tup..tap..tup..tap…

“Wes, cpt duduk! Teacher datang!”

Seorang guru yang berpakaian serba merah melangkah masuk ke kelas tersebut.Gaya rupenye x ubah sperti ala ala lady gaga yg sedang meningkat naek dgn lagu Just Dance itu.

“Semua bgn! Assalamualaikum cikgu.”

“Waalaikummussalam. Duduk.. For ur information, cikgu muzik awak sume x hadir sbb die cuti bersalin. So saye akn mnggntikan cikgu awk shingga die dtg mngajar blk. Awk sume bleh pggil sy Teacher Izma.Ok.”

Murid-murid 3R saling berpandangan. Masing-masing menunjukkan raut wajah yg pnuh dgn tanda tnye dimane mereka saling membuat andaian bahawa cikgu itu mungkin di kejar + ditanduk oleh lembu2 handalan kampung mereka kerana dressing serba merah yang boleh memukau mata sesiapa shj yang melihatnye.

“Murid – murid, hari ni kite akn blaja ttg not-not music. Sape taw bgaimanakah bentuk2 not-not music? Ade berapa not music kesemuanye?”

Salah sorg murid menangkat tgn dan berdiri.

“ Cikgu, cikgu kitorg dlu x aja pn bnda ni.”

“Abis tu, ape yg awk blaja?”

“Kami blaja menyanyi lagu.”

“ok ok. Skrg sy bg pluang kpd awk sume utk mnyanyi. Awk nk nyanyi lagu ape?”

“Cikgu, mane bleh. Slalunye cikgu yg kna nyanyi. Kami dgr je. Pastu br kami ikut.”

Aiyak… cmne ni.. lagu ape yg aku nk nyanyi? Stkt lagu rock ke, lagu metal ke, pop ke, bleh jek aku hentam. Klu lagu kanak2 haram jadah ape pn aku xtaw.Mane la khatam sume tu. Harapkan twinkle2 little star & old mcdonald bleh la aku tibai. But kompem2 dh diorg dh reti sume nursery rhymes tu.Huyyo..~

“Awk nk cikgu nyanyi lagu ape?”

“Lagu upin ipin.”

“lorr. Mane la cikgu reti lagu tu. Lgpun upin ipin mane ade dlm syllabus.”

“ Ala cikgu ni.. Klu cikgu x taw msti kepala cikgu pn botak mcm upin ipin kan? Btol tak kwn2?”

Satu kelas : “ btul btul btul (dgn gaya & nada si upin ipin). Ahahahahahahahahahahahah”

Ceit. Siot nyer bdak. Korang nk pekenakn aku yek. Xpe2. Ni hari korang punye. Saba je la.

“Dah dah. Ok. Lepas ni cikgu akn nyanyi satu lagu. Korang sume ikut. Ok? Jgn main2. Skunk salin lyric ni dlm buku tulis music awk.”

“ Cikgu, tulisan cikgu mcm cakar kambing.”

……………......

Hasil pengajaran aku hari itu.


Like tanda Sayang

Monday, March 23, 2009

The day that I got crushed..

One hot evening. Aku tgh drive on d way to meet my aunt smbil syioknye lyn lgu lady gaga~ just dance. Then smpi kt simpang 3 dpn blai polis kt bndr, aku pn stop coz nk cross jln pi sblh knn. Stlh bbrpe minit ku tunggu, at last jln clear. Ok.set. aku pn tekan pedal minyak nk racing. Suddenly, 1 white van dtg sblh knn n potong line aku.cinabeng toi nyer mamat tu.n yg plg x thn.nasib aku mmg x baek ari ni. Lepas van putih cilakak tu lepas, 1 kete buruk kaler biru yg dh tanggal cat nye kt blakang n menampakkan karat2 yg ade dtg dr arah straight. BANG! Kete aku n kete die saling bersentuhan. Romantic siot~ Fuh! Siot tol! Ni sume van putih tu nyer psl. Klu aku laju sket lg msti da x kna accident tu. Huyy0.. yg plg x thn, pakcik tua kuar dr lovely kete die n memekak maki hamun aku. Sume org kt stu brenti n menyaksikan adegan melampau itu. N ank pompuan die yg umo lbh kurg 30 lbih kua n merepek x tntu psl. Mcm mulut itik kena simen. N aku yg tgh blur lg ne kua dr kete smbil pening2 nyamuk n face to face ngn diowg.

Pak cik : Mcm mane ni! Sy x kire! Awk kna byr sume gnti rugi kete sy!
Aku : Nnti r pakcik. Kite sttle kt tepi jln. Ni kt tgh jln r. org xleh nk lalu ni. Kot yer pon nk memekak, consider r sket.

Then pakcik tu n aku drive kete kt tepi jln. Yg plg x thn nye, ank pompuan die yg bdget cun melecun tp buncit itu kol sume sdare mare die coz nk gtaw yg die n bapak die accdent. N bapak die plak dok tengking2 aku dpn org rmai n ngamuk2 suh aku byr. N aku plak rase cm aku skunk berada di hutan hujan tropika di mane si tarzan n si jane tgh meraung mncari monyet2 nye yg hilang. Pastu aku pndg pakcik tu, n said : pakcik, tggu ayah sy dtg.kite stlle hal ni kt balai. Then aku kol ayah aku n suh die dtg.
After that, ayah aku pn smpi n tnye nape ne. aku x smpt bukak mulut, si tarzan n jane tu dh memekak bukak cite n bising2 kate slh aku pi lnggr kete buruk harby die tu.ayah aku pn pndg aku n tnye, wut happen. Aku pn cite bla3.

Ayah: ok, beres. Kite sttle hal ni kt balai. Ok. Jom.
Pstu si tarzan tua tu pndg ayh aku n ckp : eh, xpe lah. Kite sttle kt sini dh r. sy cume nk sttle kete ni jek. Da kemek kt dpn.
Ayah : ye la. Dh tu dok bising2 jom kite wt report kt balai. Sy xde hal. Kete sy lg truk dr awk. Cermin dpn mmg dah pecah + hancur. Cermin yg kt dlm pn tercabut abis.lmpu dpn sblh knn pn pecah. Kete pn da calar, kemek.
Pakcik : Tu la. Pk cik bkn nye ape. Kire sttle byrn kete pkcik pn da ckup. X pyh pnjgkn cte ni lg.
Ayah : ye la. Kete sy ade insurans. Klu nk klaim, kna wt report dlu. Pak cik pn klaim same la.
Pakcik : emm x pe lah. Sikit je nk klaim2 ni. Kna baiki kt workshop je.
Aku : (dlm ati) pi mampus la. Dah klu kete tux de permit/insurans ckp je la. X pyh r nk berdalih2 plak. Td punye la nk mati dok maki aku dpn org rmai nk bwk aku jmpe polis. Tup2 die plak yg x nk.
Ayah : Bknnye mtk accident. Da mmg x sngje. So cmne pn kna wt report. Xpe la sy gi balai lue.

Si pakcik tu pn tggu kt lua balai. Si jane tu plak dok pot pet mende ntah. Aku pn x phm. Ckp siam kot. Dhla pkai sexy tp lemak berketul2. Pstu sdare2 diowg pn smpi. Dk pndg2 aku cm x pnh mkn 3 taun. Agknye diowg dh jd cannibal kot. Muke pn smcm je. Nsib baek x de calit cm org dayak ke hape. Klu x mau x nye aku kna tikam ngn lembing. Then ayah aku pn kua balai. Die ckp da beres. Dh buat report. Pkcik tu diam jek. Then die pndg ayah aku n said : pakcik bknnye ape. Malas r nk msk kt dlm blai sbb sume org kt sni knal pakcik. Malas nk bsrkn cite.
Aku : (dlm ati ) poodah cit~ pi mati la. Stkt ko sape2 pn x knal. Bleh nk blagak. Stkt kete yg dh nk msk kubor pn ko nk bising. Dh la kete pn xde insurans.mulut pn same naek ngn kete.klu ku taw aku lggr ngn mulut2 die skali.huh!
Ayah : ok. Ni contact num sy. Pkcik anta kete pk cik kt bengkel.nti kol sy. N suh mechanic tu kontek sy. Nti sy sttle la hal kete pk cik tu. K.
Then ayah aku suh blk. Tp aku da berair mate dh kata x nk drive! Mau x mau tpksa la ayah aku tgl motor die kt blai n anta aku blk. B4 aku blk, si pakcik tu dtg n bbisik kt ayah aku.

Atas kete.
Ayah : pakcik tu ckp, “anak awk kasar la. Sy marah die, die mrh sy blk.”
Aku : (dlm ati) siot punye owg tua. Smpt lg ko ktuk aku dpn ayah aku. Klu ikt ati aku nk jek lggr ko 3x lg.br puas ati aku! Huargh..!!!~
Smpi umah. Aku trus msk blik. Sume atok nenek uncle aunt aku dtg. Aisehmem.aku dok bkurung dlm blik men 0n9kn diri n x kua2. Mse aku bukak ank tudung.. ya rabbi! Darah dh lencun abis kt ank tudung aku kaler coklat tu. Rupenye I got injured sket kt kpale.mybe sbb trhntuk kt stereng or kt cermin dpn..adeii..
Yg plg utama salah aku : x pakai seat belt. cilakak tol. Nsb baek si abg polis x tnye. Klu x mampuih aku nk kelentong~ adei..

Moral of d story : be professional di jln rye. N bertimbang rse la sket. Kot yer kne lnggr, x yah r nk wk drama mlayu plak.lg2 klu kte dh berumur. buat malu diri sndiri jek~

pesanan JKR : BERHATI HATI DI JLN RAYA

Like tanda Sayang