Sepanjang persahabatan kita, Aku selalu:
- psycho ko tahap dewa.
- marah dan gaduh dengan ko tak kira masa tempat dan keadaan.
- berebut milo tabur dengan ko.
- paksa ko makan banyak-banyak walaupun ko asyik cakap ko makin gemok
- kutuk kening ko macam The Rock hero smack down. (betul hape)
- menjerit sampai nak pekak telinga bila ko tak nak panggil aku kakak dan cakap aku macam budak walhal aku lagi tua dari ko.
- bercakap dan gelak kuat-kuat bila dengan ko walaupun semua orang pandang dengan muka-apa-hal-budak-ni.
- membebel sampai kering air liur kasi nasihat macam nenek kebayan tapi ko buat derk jek.
- buli ko tapi ko turut je macam budak nerd.
- buat lawak bodoh macam harem walhal ko tengah mengadu masalah.
- paksa ko ikut aku pegi mane-mane walaupun time tu kita sama-sama ada money problem.
- ugut ko suh teman aku karaoke berjam-jam walhal suara ko macam bruno mars dan suara aku macam toad.
Dan ko selalu:
- buat muka seposen bila kena marah
- cakap aku huduh walaupun aku cun. (perasan)
- mengalah dan lembut hati walhal aku keras kepala dan degil gile babem.
- kasi tips bodoh cara nak tackle lelaki. Sumpah satu pun tak menjadik. Haha
- berlagak macam JPJ kalau aku yang drive walhal aku lagi terror drift dari ko
- back up aku kalau aku jatuh cinta dengan org yang salah
- dengar je aku cerita pape walaupun ko tengah busy
- sokong aku walaupun kadang-kadang aku yang salah
- makan nasi goreng belacan dan cilok kailan ikan masin aku. lol
- kutuk gigi aku jongang
- ketawakan aku bila ade orang cakap muka aku macam bini no 4 Salleh Yaakob
- panggil aku andartu banyak mulut
- cakap aku orang kampung sebab tak reti pakai Blackberry (mmg tak reti pun)
- ikut aku ke hulu ke hilir pegi photoshoot dengan barang-barang bersepah kiri kanan ko kena bawak.
- apa-apa hal mesti cakap 'mung kan model'. sumpah rasa macam nak terajang jek
- habaq muka aku pucat macam mayat kalau tak pakai make up. grrrr
- respect dan tak pernah smoking depan aku
- lebihkan kawan daripada makwe ko sendiri. adei..
- mintak maaf lebih-lebih padahal bukan salah ko pun
Mungkin aku ini adalah beban dalam hidup ko. Adanya aku membuat keadaan menjadi lebih teruk. Tetapi aku mahu ko tahu yang aku :
- tak boleh tengok ko sedih.
- tak boleh tengok orang lain buli or cari pasal dengan ko.
- tak sanggup biarkan ko pegi makan durian sorang-sorang walaupun durian kat KL mahal nak mati
- tak senang duduk kalau ko kebuluq tak makan walaupun ko asyik bagitau ko diet.
- agak kecewa sebab tak mampu buat apa-apa walaupun tahu ko dalam masalah
- selalu fikir macam mana la ko kat uia tanpa aku. Makan ke tak? sihat ke tak? ok ke tak?
- sanggup ponteng kelas sebab nak temankan ko tengok movie. (takleh blah)
- tak sanggup nak tinggal ko sorang-sorang dan dok jauh dengan ko. sob sob sob.. T.T
Sekarang ko tengah down dan aku tak mampu untuk buat apa-apa. Maafkan aku.. Bagi aku sedikit masa, akan aku tebus balik sesalan yang pernah aku rasa. Aku menyusun sepuluh jari menutup muka untuk mengucapkan:
- Terima kasih sebab tolong hantar motor aku pegi workshop walhal time tu kita semua tengah final exam. Dahla panas terik, tapi ko sanggup tolong aku tanpa fikir penat susah lelah.
- Terima kasih sebab selalu tersenyum dan ketawa walaupun kena marah.
- Terima kasih sebab sanggup nak datang amik aku kat airport walaupun ticket aku kena burn.
- Terima kasih sebab ada bersama aku masa aku down time arwah hakim pergi..
- Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup aku walaupun aku banyak susahkan ko.
- Terima kasih kerana tak jemu bagi sokongan walaupun aku tak layak untuk itu.
- Terima kasih kerana buat aku rasa tidak kekok dan menjadi diri aku sendiri bila berada dengan ko.
- Terima kasih kerana tak pernah merungut atau mengeluh walaupun ko penat yang amat.
- Terima kasih kerana buat aku ketawa walaupun aku tengah menangis.
- Terima kasih kerana buat aku rasa aku bernyawa dan berharga.
- Terima kasih kerana menjadi antara sahabat dan anugerah terbaik yang pernah aku miliki.
Aku tahu aku bukan seorang sahabat yang baik. Jadi aku ikhlas berterima kasih dan aku mahu ko tahu. Kau, aku dan insan lain adalah sebahagian dari cerita yang telah ditulis oleh Yang Esa. Kalau aku menutup mata lebih awal, aku bersyukur kepada Allah kerana pinjamkan aku dan beri aku peluang mengenali ko walaupun untuk masa yang singkat.
Semoga berkat dan rahmat Allah sentiasa bersama kau. Terima kasih sahabat.
p/s: Tuhan, tolong jaga dia...
erk, apsal aku terasa bila hang cakap pasal org cakap muka hang macam isteri ke 4 salleh yaakub tu haha {=_=}
ReplyDeletekadea2 kito wat gini ko saem..lagi suwitt pade dok guno ayat bungo
ReplyDeleteaffan : mmg hang patut terasa pun. hahahaha
ReplyDeletejiji: suwitt ko? mcm harem jah. hahaha
wah..sayu btol baca.. :)
ReplyDeletemst si otomen nangis baca ni..
haha. otomen mesti gelak guling2 =P
ReplyDeletespesel utk otomen ek? :)teringat masa kita webcam aritu..izma asek puji die n ckp die innocent...keke:D
ReplyDeleteyup. ye ke puji? rase mcm kutuk je byk. haha
ReplyDeleteuntung lahh mejah . hehe ;D
ReplyDeletemejah la antara manusia malang atas dunia ni. haha
ReplyDelete