Hari Bapa. Aku sedang 'lunch' dengan ayah aku (baba) semasa mama call dan bagitau yang nenek masuk hospital. Dalam kereta:
Baba: Baba ni makin lama makin tua.. Dah tak larat dah.. Tunggu masa je. Iza dan adik-adik pun dah besar, dah boleh hidup, buat keputusan sendiri. Dah jumpa yang berkenan?
Aku: Hurm.. belum.. tak nak ah fikir pasal tu, takkan nak tinggal baba. Iza nak dok ngan baba.
Baba: Ish budak ni.. Satu masa nanti kena ada family sendiri jugak. Takkan nak berseorangan sampai ke tua. Tak elok kahwin lewat sangat, Iza tu pompuan. Tak manis orang pandang nanti.
Aku: Ye la ye la.
Baba: Kita ni orang ada ilmu.. ada pelajaran.. ada agama.. Nak cari teman hidup ni bukan boleh main-main, bukan boleh amik tepi jalan je.. Pilih orang yang cukup ilmu agama, tahu hukum hakam, tahu bacaan quran, yang boleh jd imam, baru tenang hidup. Nak harapkan duit dan rupa je mana cukup.
Aku : Tapi sekarang susah ah nak cari lelaki macam tu. Macam tak dak je. Dalam mimpi je kot.
Baba: Iza.. Iza.. Walau tinggi mana pun ilmu kita, walau kuat mana pun iman kita, walau cantik mana pun rupa kita, satu masa mesti kita akan buat silap jugak..Walau teruk mana pun salah kita, pintu taubat tu sentiasa terbuka asalkan kita ikhlas dan betul-betul nak bertaubat. Nak dapatkan yang terbaik, kita sendiri kena jadi yang terbaik.. Masa silam tu tinggal ke belakang, untuk masa depan kita yang kena bersedia dan ubah diri kita jadi lebih elok. Allah itu adil. Rajin-rajinlah berdoa dan sembahyang sunat, insha allah jumpa la tu yang macam kita nak...
Aku: Umm.. (sigh)
Baba: Lagipun baba dah tua. Dah tak larat nak marah-marah, Iza pun dah besar, dah tau mane baik buruk. Selagi Iza belum kahwin, selagi tu la Iza dalam jagaan baba. Sekali Iza buat dosa, baba pun kena tanggung sama, sebab Iza tanggungjawab baba. Iza nak ke tengok baba kena seksa nanti sebab perbuatan Iza? Iza nak ke baba dapat balasan sebab Iza langgar hukum? Apa baba nak jawab kalau kena soal 'di mana kamu semasa anak kamu buat itu, ini? Apa peranan kamu sebagai ayah?' Iza sanggup ke? Iza tak kasihan kat baba? Iza tak sayang baba?
Menitis air mata.
Aku... takkan kembali ke jalan itu lagi...
p/s: Once I go, I'll never turn back...!
baba2..ni pak imam ade ni..
ReplyDeletehaha. mane pak imamnye?
ReplyDeletesedih la..
ReplyDeleteaku penah buat jht dlu tp lepas baca kt mana ntah yg time akhirat kita akn salahkan mak bapak kita atas dosa kita..
kita akn menuding mne2 org utk selamatkan diri.aku xnk tuding ayah aku sbb salah aku dan salah dia klo x tgur aku...
ermmmm...
cepat2 la cari, ehehe~
ReplyDeleteyuyu : masih ada masa, love and appreciate him before he goes.. :)
ReplyDeleteemiey: malaih eh. sabaq ar dulu. haha
tacings la!
ReplyDelete'perempuan yg baik utk lelaki yg baik'..
and hopefully we are among them.
aminn.
betol ckp jiji..tuh na ade sorg yg mcm baba ckp..hik..:P
ReplyDeleteAllah itu sgt penyayang,slagi nyawa tak sampai halkum,..selagi itu kita ade berpeluang bertaubat tp smuanya terpulang pd kita...jalan mana yg kita nak :)