8-6 bulan sebelum
1.
Berbincang
hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah
pihak bakal pengantin.
2.
Menentukan
perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk
majlis perkahwinan tersebut.
3.
Tentukan
lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu.
4.
Rujuk
direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin,
bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau
melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
5.
Tempah
jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. Lebih bagus survey
terus bridal mana yang dipilih.
6.
Mencari
rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.(bg yg akan tinggal bersama slps
kahwin. pjj hold on dulu)
7.
Kenalpasti
Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta)
yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
8.
Menentukan
tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan
lain-lain hiasan) yang anda ingini.
9.
Mengenalpasti
baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi
yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan
pakaiannya).
10. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika
berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari
pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. (Pengantin
Lelaki)
5-4 bulan sebelum
1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau
badan-badan Islam swasta.Menempah videografi dan jurufoto untuk merakamkan
detik-detik indah majlis perkahwinan anda
- Membeli cincin nikah perempuan, gelang (klu ada), cincin lelaki.
- Tempah caterer
& menu/ tukang masak dan pekerja jika masak sendiri
- Menyediakan
senarai tetamu yang akan dijemput
- Tempah
pelamin.
- Tempah DJ &
karaoke (klu ada)
- Pilih lagu untuk
resepsi & bertandang.
- Tempah kompang.
- Jika ingin
berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet
untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah
orang lain.
- Beli/tempah baju
family.
- Beli bunga
telur/bunga pahar.
- Beli
bunga manggar.
- Tempah
kek.
- Beli/tempah
doorgift. – vip, kwn2, tetamu biasa
- Tempah
henna/inai
- Sediakan
aturcara majlis.
- Sediakan
pembahagian tugas utk hari majlis
- Menempah tok
kadi untuk majlis pernikahan anda.
- Facial/body
treatment
3 bulan sebelum
1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
2. Tempah banner/bunting.
3. Tempah signage
4. Tempah poster kalau ada
5. Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di klinik atau
hospital.
- Hantar/sediakan
legal documents:
- Kursus kahwin
- HIV test
- Borang
kebenaran nikah (antara negeri)
7. Maklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis
pernikahan anda.
8. Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran)
yang akan menyertai rombongan pernikahan anda.
9. Facial/body treatment
10. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan
anda. (Pengantin perempuan)
11. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah
anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari
mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
12. Beli cadar bilik pengantin & deco
13. Beli button badge/bunga croset untuk family/ tshirt khas utk
pekerja hari majlis
2-1 bulan sebelum
1. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian
untuk pengapit anda.
- Menghantar kad
jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
- Merujuk kepada
Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar
pernikahan anda.
3 Minggu sebelum
1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian
tersebut jika anda telah berpuashati.
2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda
semasa majlis perkahwinan berlangsung.
3. Sediakan guestbook corner dan tempah guestbook or diy.
- Pastikan gaya
tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti bg pengantin
perempuan.
2 minggu sebelum
1. Normal facial
- Hias bilik tidur
pengantin
- Dental treatment
1 minggu sebelum
1. Pasang pelamin.
2. Membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran
3. Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang,
bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
4. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda
melalui telefon.
5. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan
sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
6. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis
tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang
yang tertinggal.
7. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
8. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
9. Pedicure/manicure/ pakai henna/inai
10.
Tentukan siapa yang akan
menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis
pernikahan.
11.
Kenalpasti siapakah yang
akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga
bagi majlis di pihak lelaki)
Pada
hari perkahwinan
1. Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar,
mengantuk dan tidak bermaya.
2. Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan
sentiasa senyum.
3. Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah
dirancangkan.
4. Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya
sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan (pengantin lelaki)
5. Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
(pengantin lelaki)
6. Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum
pengantin lelaki sampai ke rumah anda. (pengantin perempuan)
3 Hari
selepas perkahwinan
1. Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
2. Selesaikan mana-mana payment yang masih belum selesai
·
sekarang ni tak membantu lagi. boleh rujuk tahun2 depan. haha
ReplyDeletegood info..nnti boleh guna ..hehe
ReplyDeletesy dpt da dr email hehe
ReplyDeleteizmaaaa pls weeding da lepas hahaha update sikit pasal lepas kahwin :DD
http://iium-blogger.blogspot.com/ ingat lagi x ?
ReplyDelete