Tuesday, April 1, 2014

Take My Hand To Jannah - Our Story


Tinggal 2 bulan lebih je lagi. Sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah makin hampir. Yang peliknya setakat ni aku tak ada rasa nervous langsung lagi. Haha.

Well bercakap pasal kahwin ni, ada la a few kawan-kawan datang jumpa dan tanya pasal story kami. Ada yang cakap untunglah sebab mudah je dapat kahwin. Tak ada masalah. Hehe. Alhamdulillah  dah nak sampai jugak waktu tu..cuma aku rasa aku patut share sedikit sebanyak tentang pengalaman aku sendiri dalam menuju ke arah perkahwinan ni. Just sebagai panduan dan pedoman buat mereka yang lain, mana yang baik korang ikutlah. Mana yang tak bagus tu jangan pandai-pandai tiru ye!


From the beginning, banyak simpang siur sebenarnya. Sebelum ni aku rasa nak lempang je bila orang cakap bila nak kahwin ni semua jadi mudah, sebab aku rasa jalan perkahwinan aku susah giler. Haha. Terus terang aku cakap beberapa bulan yang lepas aku pun tak ada idea yang aku akan menamatkan zaman single aku pada tahun ni. Masa tu memang hidup terumbang ambing, entah ke mana. Masa tu aku memang dah kenal rapat dengan tunang aku yang cuma kawan je time tu,(x couple pn, tp dua2 dah mengaku suka dan setia since 2008 lg), tapi aku ada rasa ragu-ragu. Tak nampak jalan pun ke mana sudahnya perhubungan kami. Macam tak yakin yang dia lah orang yang Allah pilih untuk bersama aku sampai hujung nyawa. Ye lah masa tu dua-dua kerja tak berapa stabil, aku kat Sabah, dia pun kat tempat lain. Gaji pun tak berapa konsisten. Banyaklah masalah kami sendiri hadapi. Konflik dalaman betul. Cuma banyak kali terdetik jugak dalam hati aku yang aku tak nak hidup single macam ni untuk jangka masa lama. Rasa kosong. Sampai lah satu malam tu aku nekad nak buat istikharah. Banyak malam, berturut-turut aku solat. Berminggu-minggu. Tapi still aku tak nampak apa-apa petunjuk, tak ada mimpi ke, tak ada apa-apalah senang cerita. Lama aku amalkan, dengan baca surah itu ini dan dengar sharing kawan-kawan pasal jodoh ni. Tapi aku still bingung. Kelu tanpa bicara.

Until one time, aku rasa dah tak tahan sebab aku tidak nampak 'jalan' ke arah perkahwinan tu, tak nampak plan masa depan aku ni. Susah nak describe. Terlampau banyak dugaan dan masalah. Pernah satu malam aku call mama dan menangis bagitau yang aku tak tahu kenapa jodoh aku ni susah sangat, macam Allah tak nak bagi lagi, still tak nampak yang dia tu adalah jodoh aku yang betul. Mama aku bagi bermacam nasihat untuk tenangkan aku. Then hujung tahun lepas, tergerak hati aku nak ikut program Dr Azizan Osman (IMKK). Entah kenapa aku ikut mende tu, seriously first time aku pergi tanpa motif. Dahla kena bayar kan, tapi aku ikut kata hati. Aku register tunang aku sekali masa tu. Bila pergi sana (4 hari 3 malam) barulah aku rasa lain. Aku rasa banyak sangat negatif dalam diri aku dan sekeliling aku sehingga aku tak nampak yang positif tu. Tak nampak benda elok, asyik nampak salah dan masalah je. Jujurnya daripada program itu banyak aku ubah tentang diri aku sendiri, termasuk perjalanan hidup aku. Totally changed 360 darjah.

Nak dipendekkan cerita, masa program tu, ada satu slot di mana kita kena tulis wish kita lengkap dengan segala tarikh bagai. Lepas slot tu, aku tergerak hati nak buka buku tunang aku dan baca wish dia (masa tu dia pergi tandas). Then aku nampak dia tulis, " Pada 15/6/2014 - berkahwin dengan Izatil Aqmar ..bla bla bla". Zapppp... Terus berdesap menusuk ke hati. Time tu lah baru aku sedar yang dia betul-betul serius untuk teruskan hidup dengan aku. Nasib tak menangis terharu masa tu. Haha. After tu, ada satu slot yang kami berdoa ramai-ramai, kami minta dengan Allah makbulkan segala hajat kami. Salah satu hajat aku minta ialah percepatkan dan permudahkan jodohku, dan segala benda.


Dan bermula dari hari itu, aku rasa lain. Aku rasa semua hal yang aku nampak sebelum ni susah jadi makin senang. Tak tau nak cakap macam mana tapi hebatnya kuasa Tuhan segala yang rasa payah, mustahil makin menjadi kenyataan. Salah satunya, balik dari program tu parents dia datang rumah untuk kenal family. Lebih kurang merisik la walaupun tak bincang tentang kahwin langsung waktu tu. Dugaan datang lagi bila aunty2 aku, uncle, semua family lain dok push tanya bila nak datang bincang hal kahwin. Masa tu aku dah start push tunang aku. Timbul banyak problems sampai bergaduh-gaduh, tinggi suara (aku la tu), mengamuk tak tentu pasal (aku lagi), dan sebagainya. Giler rumit keadaan time tu. Tapi aku tak putus berdoa minta Allah bantu dan permudahkan jalan yang aku rasa sangat payah ni. Lawaknya satu kali tu aku nak beli tiket flight cuti sekolah 21/3, lepas tu Allah kaburkan mata aku, tak tau lah kenapa aku pergi tekan 21/2 dan proceed payment. Sedar-sedar lepas bayar tu menjerit aku tengok salah tarikh. Walaupun tiket promo rm69.90 bagi aku yang golongan biasa ni agak terasa sesaknya wei. Sedih giler dengan poket dah hampir kering time tu. Tiket bulan 3 tak terbeli lagi.Then beberapa hari lepas tu guru besar sekolah bagitau kemungkinan aku kena pergi kursus cuti bulan 3 tu. Dalam masa sama ayah aku call bagitau family belah sana nak datang bincang hal kahwin cuti bulan 3. Aku dah sakit kepala dah, macam mana ni. Habislah.. Makin rumit dah keadaan.

Betapa indahnya jalan yang Allah susun, masa tu aku teringat tiket flight yang aku tersalah beli tu (dari kk ke kl) Aku cepat-cepat chek tiket dari kl to k.bharu dan balik ke kota kinabalu hari ahad. Pergh. RM 47.00 je one way, so total pergi balik campur tiket salah beli tu dalam rm200 camtu je. Kira murahlah berbanding tiket aku balik sebelum ni. Terus aku beli, then aku call bakal mak mertua bagitau yang aku tak dapat balik bulan 3 tapi balik weekend bulan 2 tu. Senang cerita family belah lelaki datang weekend tu, lebih awal dari plan dan settle kan tarikh semua tu on that day. Paling terkejut diorang siap bawa cincin tanpa pengetahuan aku dan sarungkan. Tak ada hantaran pape, hanya makanan sedikit dan sebentuk cincin. Dah jadi tunang orang free2.  Kan dah cakap, Allah mesti tolong =)

Lepas tu, hari-hari aku doa, aku set minda aku, aku jadi positif, aku set keyakinan yang jalan perkahwinan ini pasti jadi lagi mudah. Ternyata Allah makbul doa aku, lepas tu satu persatu jadi mudah. Contoh kad kahwin aku, aku search online kejap je, jumpa satu page ni, terus berkenan, call owner dia dan bagitau yang aku nak kad tu siap sebelum cuti. Alhamdulillah dalam masa 3 hari diorang siapkan kad aku dan alhamdulillah kawan aku tolong ambil dan bagi kat tangan aku sebelum aku pulang kelantan. Memang sangat mudah, dahla murah. Bunting pun kawan aku offer dia dapat siapkan dengan harga yang sangat murah, siap delivery lagi, terus sampai kat tangan aku dalam masa cuti lepas. Ada aku share pasal kad dan bunting ni kat entry ni.

Dari segi hantaran, masa tu aku ngan tunang ada masalah kewangan. Ye lah barang hantaran kan beli pakai duit. Pernah gaji sebulan kami tu hampir kosong terus sebab kami beli barang hantaran 3-4 par serentak, sebab promosi masa tu. Barang-barang kami tak mahal pun, bukan yang branded macam Coach, Bonia ke apa. Sangat simple. Sekadar ada je. Cuma beli serentak sebab aku dah budget gaji bulan seterusnya aku nak guna untuk jamuan kenduri nanti. Duit hantaran + mas kahwin tu aku tak nak guna untuk kenduri, aku nak simpan sebab kami plan nak buat umrah Insha Allah hujung tahun ni sambil honeymoon. Nanti en.suami kena tambah la kalau tak cukup. Hihi. Tu yang sakit sikit tu. Masa aku tengah survey jam untuk salah satu hantaran, aku berkenan la satu jam ni. Citizen, original yang kawan kepada kawan aku jual online. Bila minta tolong kawan aku tanya harga pada kawan dia tu, terus aku senyap sebab harga jam tu aku tak mampu time tu. Dengan sedih aku bagitau kawan baik aku, sorry tak dapat nak proceed sebab tak cukup duit... Selang seminggu lepas tu, kawan aku datang jumpa aku dengan bawa kotak jam. Ada 2 jam citizen kat dalam, satu untuk man dan satu for woman. Dia cakap, ni hadiah kahwin dari dia untuk kami. Ya Allah, sumpah terharu giler seh! Aku menolak tak nak terima, tapi dia desak suruh ambil sebab dia ikhlas nak tolong. 2 jam tu, aku tau harga dia mesti lebih dari 1k. Syukur alhamdulillah, Allah hantar orang lain untuk tolong aku.  I have most amazing best best friend ever!

Kalau nak cerita satu persatu, memang tak habislah sebab terlampau banyak Allah tolong kami dan permudahkan urusan kami. Sekarang baru aku sedar, memang betullah orang cakap, kita kalau nak bina 'masjid' ni memang Allah akan senangkan dari segenap sudut sebab perkahwinan itukan ibadah, dapat pahala. Ibaratnya macam ni, perkahwinan ni umpama masjid. Jadi masa nak bina masjid tu (rumah Allah), datanglah syaitan nak runtuhkan tiang, pecahkan tembok dan macam-macam. Dalam realitinya syaitan ganggu perhubungan kita dengan hasut orang ketiga datang kacau, timbulkan masalah dalam keluarga, hasad dengki, naikkan sifat amarah berlebihan dan macam-macam lagilah. Hanya orang yang betul-betul kuat yang dapat bertahan untuk terus membina masjid tu, bila dah terbina merekalah yang paling bahagia sebab mereka telah menyempurnakan apa yang diimpikan dan melepasi segala rintangan sebelumnya. Faham tak? Kalau tak faham sila buat-buat faham. Wahaa~

my confession. eheh.

Pointnya aku cerita semua ni, aku nak bagitau yang memang kalau nak kahwin ni kita akan rasa susah bagai. Banyak betul halangan, dugaan, masalah dan sebagainya. Tapi percayalah, yakin dengan Allah, yakin dengan diri yang kalau betul dia jodoh kita, insha Allah mudahlah segala urusan nanti. Keep on praying, hoping, then you will see it some day. Mungkin mula-mula tak nampak lagi 'kesenangan' tu. Tapi makin dekat hari perkahwinan tu makin kita rasa doa kita dimakbulkan. Korang alamilah sendiri nanti, baru korang tahu. Hehe.

Sedikit nasihat aku di sini;

  • Jangan lupa Allah. Macam mana nak bina hubungan teguh dengan suami/isteri kalau hubungan dengan Allah sendiri tak terjaga?
  • Nak bina hubungan halal ni kita sendiri kena berubah sepenuhnya kepada yang lebih baik. Kalau dulu kita banyak perangai tak elok, tak apa, let gone be by gone. Yang penting sekarang dan masa depan. Contoh macam aku, aku mengaku dulu aku memang jenis bad tempered jugak. Tak penyabar langsung. Berbeza gile perangan dengan tunang aku. Tapi lama-lama aku cuba berubah dan hadapi apa-apa dengan tenang. Alhamdulillah nampak kesan kita sabar ni sangat bermakna, sangat best!
  • Jangan berhenti berdoa dan meminta kepada-Nya walaupun sesenang dan sesusah mana pun keadaan kita. Allah rindu kita mengadu pada-Nya, sebab tu dia bagi bermacam ujian supaya bila sampai hari yang ditunggu kita akan menghargai betapa bermakna dan berharganya jodoh kita tu tau. 
  • Always think positive and stay positive even though the whole world put the negative on you. Walaupun orang lain cakap negatif, kutuk bagai, tak setuju itu ini, walaupun semua sekeliling pandang rendah kat korang, tapi jika apa yang korang buat tu betul di sisi Allah, dari segi agama, teruskan. Fikir positif je, jangan negatif. Insha Allah ada hikmahnya nanti yang kita belum nampak. Korang nak tau tak? Sifu aku pernah cakap, ikut kajian Islam sendiri, sekeliling kita ni ada ion-ion (cas-cas) positif dan negatif. Contoh kalau ko asyik negatif je, asyik fikir negatif memanjang, automatik ko akan tarik cas-cas negatif di sekeliling ko datang kat ko sendiri. Kalau positif, otomatik akan tarik yang positif. Sebab tu lah bila kita marah (banyak cas negatif), masa tu lah semua benda tak jadi. Masa tu lah kereta wat hal lah, duit hilang lah, macam-macam hal tak elok berlaku serentak. So apa-apa pun tenang je, nanti akan settle slowly dengan baik. Orang lain pun senang hati tengok kita. Iye dak?
  • Jangan membazir dalam membina perkahwinan. Kurangkan belanja benda yang tak patut, lebihkan apa yang patut. Rendahkan mahar, sesungguhnya itulah yang paling baik. Terus terang aku cakap, aku sendiri tak nak letakkan mahar yang tinggi walaupun aku tahun dia mampu. Paling rendah aku letak walaupun ramai tak setuju. Pedulikanlah, parents aku okay je. Mcm dari segi persiapan sendiri, aku planning dan budget betul-betul, parents aku pun dah pesan awal-awal. Kami lebihkan belanja untuk jamuan sebab niat sedekah dan jamu orang makan. Lagipun orang kampung aku masih ramai orang susah, jadi ayah aku sengaja buat majlis kesyukuran, jamu semua makan sedap-sedap supaya murah lagi rezeki kami lepas ni. Aku dah banyak kali tengok murid aku, orang susah hanya makan sisa makanan untuk isi perut. So kalau bab makan ni memang aku sensitif sikit. Aku tak kisah habiskan banyak duit untuk bagi orang makan. Tu lebih baik dari habis beribu untuk pelamin bagai tapi tak ada manfaat pun untuk orang lain.
  • Be patient. PATIENCE. Tu lah kunci ujian iman kita yang sebenar. Kalau kurang sabar, memang boleh hancur semua benda. Nak tau rahsia tak? Dalam banyak-banyak pendapat orang aku tanya, masing-masing mengaku yang orang lelaki ni kalau nak jadi suami memang diorang akan berubah jadi penyabar gile. Seriously, kebanyakannya macam tu lah walaupun bukan semua. Entah kenapa. Mungkin dah ditakdirkan macam tu, sebab jenis perangai pompuan ni cepat gelabah, kelam kabut dan serabut bagai. Sebab tu lah Allah jadikan lelaki ni tenang, penyabar je, paling bersabar dengan perangai bakal isteri/ isteri. Kalau nak harapkan cinta je, mana cukup. Adanya sabar lah cinta tu kekal. Hehe. Dari pengalaman sendiri, sebelah pihak sana yang sabar gile. Kalau ikutkan aku sorang ni, banyak masalah sikit je  terus mintak putus la, tak nak kahwin la, tak jadi kahwin la, macam-macam benda nonsense aku buat + cakap. Nasiblah dapat lelaki paling penyabar di dunia, dapat kahwin jugak last-last. Haha. Kalau dengan perangai aku dulu tu, sumpah tak layak jadi bini orang langsung. Adoyaiii...
  • Buat kerja dengan ikhlas. Ni lari topik sikit tapi agak berkait sebenarnya. Tak kira apa pun profession korang, buat dengan sepenuh hati dan ikhlas. Macam aku, aku cikgu kan, aku mengaku yang kadang-kadang ada rasa tak senang, tak suka sebab aku dapat sekolah jauhhhh di sini. Murid nakal, macam2. Lepas tu aku set diri aku, ajar betul-betul, seikhlas hati. Cuba tegas tapi berlembut dalam masa yang sama. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan lain. Sebelum ni urusan lain pun terabur, kerja sekolah pun terabur. Sekarang makin ok. Senang cerita, kalau kita bantu orang lain, beri manfaat pada orang lain, kita akan dapat berganda-ganda lepas tu. Mungkin berkat doa murid aku jugak. Huhu. So korang praktik la macam tu sekali ye! Biarlah kerja ofis pun, kalau kerja bersungguh, tak merungut, nanti dapat ganjaran lain Allah bagi selain wang. 
  • Sentiasa bersedekah dan memberi walaupun hanya secebis roti. Ketahuilah jika kita memberi walaupun kita takde pape, insha Allah, Allah akan balas dengan rezeki yang berlipat ganda. Mula-mula aku tak praktik pun mende ni, tapi bila aku start praktik, bagi makan kat murid susah, belanja kawan-kawan, bagi sedekah kat fakir dan semua, memang automatik aku rasa rezeki mudah masuk. Macam dapat cabutan bertuah tiba-tiba je. Huhu. Memberi tak semestinya dengan wang. Ilmu, barang-barang dan lain-lain pun dikira pemberian jugak. Tak caya ce praktik sendiri nanti. Hee~

Okay setakat tu je sedikit perkongsian aku. Nanti aku akan cerita lagi hal kahwin pada entry akan datang, insha Allah. Till then, good night. Salam =)

Artikel ni ditulis special untuk penyertaan give away by Buasir Otak. Click here to join us too! =)



Like tanda Sayang

18 comments:

  1. izmaa.. thank you banyak share pasal majlis and thank you juga hari ni share pasal perasaan and jalan yang dipermudahkan tu..... bagi yang tengah kusut sal kahwin boleh fikir positif lepas baca entri nii.. :D

    ReplyDelete
  2. yeah you are most welcome dear! hanya share sedikit sebanyak je.hihi.. mmg kusut masai kan kalau prepare kawen ni, tp lpas kawen pergh heavennn dah selesai semua rasa! can't wait for that! haha.. ima punya weds bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan dalam bulan 9. Sekarang tengah kusut fikir itu ini belum lagi fikir cakap2 orang haha thats why setiap entri izma saya baca sebab kita ada pada situasi serupaaaa hehe btw boleh rasa happy dan eksited bila baca entri2 izma.... So pelase buat entri bebanyak share untuk kita :) semoga majlis izma berjalan lancar...........................

      Delete
    2. thank you so much! haha klu cerita psl khwin ni memang tak habis ima. banyak gile nak story, cuma tak sempat nak taip je. hewhewhew. but i'll try my best to share with u, k? mjlis 7/6 ni kat pasir mas, kelantan. ima cuti x time tu? dtg tau! ^^

      Delete
    3. hehe ur welcome izma :) heee insyaAllah kalau takde pape boleh dtg memeriahkan majlis izma hehehe tak lama dah tuuuuuuuuuuuu.....

      Delete
    4. yup..rasa mcm lama la pulak 2 bln ni..hihi

      Delete
  3. Nice article jemma
    Rinduu mg! Hrp dpt cuti time majlis mg. Huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! rindu mu jgk!! kelik la weiiiiii bekwoh aku..bilo lg nk kelih aku comey2 aritu. haha

      Delete
  4. best cite awak.. :') alhamdulillah.. Allah sayang awak.. Jaga diri n keluarga selalu.. daa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much babe! semoga awak pun dipermudahkan segala urusan jugak! :)

      Delete
  5. join dari contest yang sama je.. saya pun alhamdulillah segala majlis dipermudahkan.. cumanya kad kahwin je bermasalah sehingga terpaksa tukar ke kedai lain. huhu. good luck ye!

    saya pun join, meh la baca artikel saya pulak
    http://masyghulonline.blogspot.com/2014/02/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html

    -admin-

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke..takpe, yg penting majlis tu selesai dgn jayanya..kad semua tu tolak ke tepi la..hehe..okes! nti saya blogwalking ye :)

      Delete
  6. Assalammualaikum. .hai dear, mjlis kite selang shari jek..sy 8june 2014..setuju 200% cerita awk ni..mmg sgt2 payah pd awal cerita nye..nak2 plak bab bajet..tp alhamdulillah smpai ke hari ni n tggal bpe mggu jek lg..pjalanan yg sukar semakin mudah..kekuatanku hanya ALLAH..n I wish kite dapt jadi isteri yg solehah penyejuk mata penawar hati penajam fikiran utk suami masing2..jangan persiakn segala kepayahan yg dah kite lalui.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. hai hai ;)
      wahh ada geng kawen time cuti sekolah! haha. insha Allah kita akn menjadi seperti yang kita doa, yg penting never stop praying and believing in God. setiap kepayahan ada kemanisan dan hikmah, yang hanya mereka alami je akan rasai, kan? semoga rumah tangga awak nanti pun hingga ke syurga. even though i dont know you (sbb xde nama.hehe) but hopefully our ukhuwah will remain till the end, thanks for reading jugak! :)

      Delete
  7. this entry pun as good as part 2 punya..sebab dok kusyuk baca part 2 punya dulu smpai lupa yang ada part 1..hehehe..anyway, congratulation in advance for your wedding...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha entry panjang mencecah lantai kan? hik3.. thanks luangkan masa utk baca yang ni jugak! thanks a lot! ^^

      Delete
  8. Subhanallah.. betul la kan, kalau kita nak membina hubungan yg baik pasti Allah akan bantu..
    tahniah ye.. and all the best!! :)

    husna dari segmen yg sama..

    ReplyDelete
  9. baca entri ni dari blog buasir otak...terus tekan link jenguk ke sini...tahniah ye dear akhirnya segalanya dipermudahkan...cerita kita lebih kurang sama...sy kawin masa cuti sekolah tengah tahun lepas...redah dan berserah je walaupun bajet kawin cukup2 je time tu...Alhamdulillah dekat2 nak kawin segala urusan jadi mudah dan rezeki pun murah...lepas kawin lagi murah rezeki :)

    ReplyDelete