Saturday, December 29, 2012

Rezeki


Dah lewat malam. Tapi aku masih tak dapat tidur. Memang selalu macam ni kalau banyak benda bermain dalam fikiran mesti tidur aku tak akan menjadi punya. Bila luangkan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga akan membuatkan aku kerap berfikir dan muhasabah diri. Ye lah bila di tempat orang, sorang-sorang pulak tu, kadang-kadang tidak sedar kesilapan yang telah dilakukan sendiri.

takde kaitan

Tadi selepas Isyak aku mengisi barang dalam luggage. Secara tidak sedar aku mengeluh tentang nasib aku yang tercampak nun jauh di seberang. Kelihatan seperti mempersoalkan takdir yang telah ditentukan-Nya. Kemudian mak aku cakap, ada hikmah dan ada sebab kenapa Allah jadikannya begitu. Dia mahu aku berfikir dan berhenti menyalahkan qada dan qadar.

Sambung mak aku lagi, rezeki masing-masing tidak sama. Ada yang rezekinya lebih mudah untuk dia perolehi. Ada yang susah gila sampai tahap berhempas pulas untuk jangka masa yang lama barulah dia peroleh kesenangan. Ada yang susah hingga hujung nyawa. Yang sebenarnya rezeki bukan dari segi wang dan kesenangan je. Contoh masa dulu time belajar kita pulun gila babem tiap kali exam. Then kita dapat dean list setiap sem. Itu juga rezeki namanya kerana Allah memenuhi apa yang kita mintak, kita mahu walaupun ia bukan dalam bentuk harta benda.

Ada orang selalu tidak berjaya dalam pelajaran walaupun berusaha keras, tetapi Allah bagi rezeki kepada dia melalui perniagaan yang maju. Ada orang dapat the best student dan score the highest, tetapi belum ada rezeki untuk mendapat pekerjaan yang tetap. Ada orang mempunyai rumah yang besar, berjawatan tinggi, baik rupa paras tapi hidup sebatang kara. Ada orang rezeki dia tidak semewah orang lain, tapi Allah mengurniakan jodoh yang paling sempurna untuk dia dan anak-anak yang soleh. Itu juga dikira sebahagian rezeki kurniaan-Nya.

pic taken from Google

Tapi kenapa rezeki itu berbeza? Kenapa jalan untuk mendapatkannya tidak sama? Kenapa kadang-kadang tidak semua kita dapat rasa? Kenapa masih ada yang terkapai-kapai ditengah arus dunia?

Ada sebabnya. Bila kita dalam kemewahan dan kesenangan, semua perkara menjadi mudah, dan kita makin hanyut dengan kegembiraan yang ada. Sampai suatu masa rezeki itu akan ditarik balik. Ingat. Allah Maha Adil. Allah juga mahu kita sentiasa ingat dan bersyukur kepada-Nya. Justeru rezeki itu tidak akan datang sekelip mata. Tatkala kita susah, buangkan ego, mengadu dan kembali kepada Dia.

Mendengar kata-kata mak aku membuatkan aku terdiam seketika.

Bila diingat kembali, selama ini Allah sentiasa murahkan rezeki aku. Dari kecik aku dibesarkan dalam keadaan sederhana dan masih dapat merasa hidup senang, lepas upsr dapat masuk sekolah asrama sampai abis spm, then dapat offer utk masuk ipg, result pun ok, dapat scholarship penuh sampai tamat pengajian untuk ijazah, keluar universiti terus confirm dapat kerja jadi cikgu, confirm kerja under government dengan gaji yang ok untuk survive. Jadi jalan hidup aku telah dipermudahkan oleh Allah sebaik mungkin. Tapi aku tidak berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang ada. Allah mahu aku sedar, mungkin sebab itu satu demi satu kesusahan aku rasa sekarang. Kalau tak aku takkan sedar sampai bila-bila.

Dan Allah juga mahu aku belajar bersabar, menghargai, menyayangi dan menerima kelemahan serta kekurangan orang lain. Mungkin sebab itu jalan rezeki untuk jodoh itu agak berliku dan amat sukar bagi aku. Supaya suatu masa  betapa aku akan berterima kasih dan bersyukur di atas zauj pilihan Dia bagi melengkapi hidupku. Supaya aku merasai betapa indahnya segala pengorbanan dan kesukaran yang ditempuhi selama ini.



Kenapa selama ni aku tak terfikir semua ni ek?


Hmm... a wake up call.



Ape-ape pun, aku harap semua urusan dipermudahkan oleh Allah dan semoga hidup ini menjadi lebih berkat. Secebis doa untuk diri dan kamu semua juga.






p/s: Tak suka perasaan ini. Kecelaruan dan kesedihan yang melampau... :(




Like tanda Sayang

11 comments:

  1. salam dear..selamat pagi..semoga segalanya dipermudahkan..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sbt. selamat malam! hehe.. thanks for the doa :)

      Delete
  2. itulah bahagian memasing kan Izma..

    ada yg bermula susah tetepi di beri kemudahan di pertengahan jalan.. masing-masing ada bahagian mereka.. termasuk kau dan aku :)

    tabahlah ye.. nanti free2 biar akak jenguk ko di KB tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah.. doakan yang baik2 utk saya ye kak. dan akak mesti datang sini tau! rumah saya dekat je dgn pekan kota belud tu :)

      Delete
  3. aku yg baca entry ni, rasa macam termuhasabah sekali..innsaf pun ada..banyak kot persoalan yang sebenarnya kita boleh tujukan kat diri sendiri..

    ehtah..aku harap rezeki aku dipermudah untuk tahun depan dan tahun2 seterusnya, insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalau bermuhasabah ni mesti akan nampak segala kelebihan yang Allah telah bagi, tapi sebelum ni kita tak pernah sedar akannya, kan?

      semoga semoga dan semoga :)

      Delete
  4. haa.betul tu ckp mak awk. org lain, susah betul nak dapat kerja. jadi, kita yg dipermudahkan ni kena bersyukur..
    tentang rasa jauh tu, awk kena cari org semenanjung cepat2, baru boleh apply pindah semenanjung.. hihi.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu part cari tu la yg susah. mana nak cari org semenanjung kalau saya masih kat sana.. lain lah kalau jumpa hari2 kan..huuuuu T.T

      whatever it is, harap2 dapat balik semenanjung secepat mungkin...

      Delete
  5. Kadang2 kita mmg selalu pandang pada segala keburukan walaupun hanya keburukan kecil tpi kita selalu lupa tentang kebaikan disebalik keburukan tu. Memang segala Qada Qadar kita Allah dah tentukan untuk kita. setiap orang punya jalan cerita yang berbeza2. Baik kita didunia dan mohon kita mendapat kebaikan akhirat juga :)

    ReplyDelete