Friday, November 23, 2012

Persoalan Untuk Satu Jawapan


Cuti sekolah ni aku asyik ke hulur ke hilir survey kereta. Hampir semua car centre di Kelantan ni termasuk Toyota, Proton dan lain lain aku jelajah. Secara keseluruhannya aku masih belum dapat decide mahu beli kereta apa nanti. Ye lah setiap kali ke sana mesti promoter dok pung pang pung pang promote kereta-kereta keluaran company mereka. Semua macam perfect. Mana ada yang nak beritahu kelemahan or masalah yang biasa pengguna hadapi. Nak tak nak aku kena tanya kepada rakan-rakan atau saudara yang menggunakan model kereta tersebut baru aku boleh decide sama ada wajar atau tidak aku memilikinya. Cewahh gaya macam nak pilih calon suami padahal kereta je pun (-__-)

Kalau diikutnya sebenarnya aku malas nak pakai kereta lagi. Motor sebijik pun dah cukup. Tapi memandangkan aku ditugaskan di sebuah tempat di mana hanya kereta kenderaan yang selamat untuk aku berulang alik selain daripada Hilux dan pacuan 4 roda yang lain, maka terpaksalah aku memilih jalan untuk menghabiskan separuh gaji aku untuk kepentingan sendiri. Haihhhh...


Kereta idaman zaman muda mudi dahulu

Dulu hanya sebuah kereta ini je yang menjadi idaman aku. Tiap kali aku bergerak ke sana ke mari dalam uia dengan motor buruk aku, pasti aku akan terserempak dengan beberapa orang students lelaki yang menaiki kereta tersebut memotong laluan aku. Pergh. Memang rare ah. Tak kisahlah si pemiliknya, student2 lelaki itu bermuka nerd macam nak kena pelempang dan bergaya sempoi tapi aku rasa diorang macho gile apabila memandu Classic Mini Cooper tu walaupun air cond keretanya kelihatan tak berapa nak berfungsi. Fuhhh sumpah aku jeles sama mereka.

nyawa aku ni

Namun sekarang feel untuk memiliki kereta itu makin kurang. Bukan aku demand atau taste aku berubah menjadi materialistik. Aku masih gadis yang sama. Cuma bila difikirkan aku mahu sebuah kereta yang digunakan untuk jangka masa yang panjang. Dengan erti kata lain aku tidak mahu menukar atau membeli kereta baru lagi selepas ini. Biarlah harganya mungkin lebih sedikit tetapi untuk jangka masa yang lama ianya berbaloi-baloi. Aku budget kereta yang akan dibeli nanti akan terus menjadi kereta family apabila aku berkahwin nanti. Kalau aku ambil kereta kecil yang bonet pun kecik nanti lepas 10 tahun kelak aku terpaksa beli yang baru lagi. Sampai ke sudah tak habis-habis wat loan kereta.


Permintaan tinggi di pasaran Malaysia. Sesuai untuk perempuan. Tapi kalau yang full spec harga sama dengan Swift dan dekat dengan harga VIOS sebijik kot. Boleh tahan harga. Baik angkut VIOS terus kalau camtu
Boleh tahan. Sesuai untuk kereta family. Tapi tak tahulah ok ke tak untuk jangka masa panjang


Yang ni macam okay jugak tapi ramai yang pesan kat aku kalau nak amik kereta jangan pilih Proton sebab cepat rosak. Ye  ke?

Yang ni kalau takde 75k ke atas jangan mimpi boleh dapat

Yang ni takde info sangat. Baru kan

Ni hot market jugak dengar khabar. Harga aku tak sure 


Not bad
Pergh kaler die. Tak menahan. Harga pun memang meletopss


Memandangkan aku anak sulung yang berdikari dan bertanggungjawab (perasan siot), jadi aku perlu membuat keputusan yang betul. Aku memerlukan pendapat dan pandangan orang lain sebelum aku betul-betul nekad membuat pilihan yang tepat. Mengikut perkiraan aku, biasanya tempoh bayaran untuk kereta itu lebih kurang 9 tahun. Kalau aku start beli masa umur 25 tahun, jadi dalam lingkungan umur aku 34 tahun aku dah habis bayar. Jadi gaji aku yang biasanya dipotong untuk bayaran kereta boleh aku spend untuk buat rumah ke, simpanan tetap masa depan anak-anak ke dan sebagainya. Lagipun selagi masih berstatus unmarried ni Insha Allah aku mampu untuk selesaikan ansuran itu tiap-tiap bulan. rm700-rm800 tiap-tiap bulan tu kira pelaburan yang agak tinggi sebenarnya tetapi untuk sesuatu yang elok dalam jangka masa yang panjang sangat worth aku rasa. Ye dak? Melainkan kalau ada anak menteri or anak dato yang masuk meminang aku dengan hantaran sebiji kereta Mitsubishi Mirage, aku rela bawak motor kapcai naik turun bukit sehinggalah tiba hari yang dinantikan itu.

Aiyayai pening pening. Oh bercakap pasal kereta ni, beberapa hari lepas aku baru sedar yang lesen memandu aku dah tamat bulan Julai lagi. Haha. Gile lama seh. Dah nak masuk 6 bulan dah. Jadi selama ini aku ke sana ke mari dengan lesen yang dah expired. Nasib baik sedar jugak. Kalau taun depan baru alert boleh masuk lokap aku jawabnya. Jadi dengan sepantas mungkin aku bergegas ke pejabat JPJ untuk perbaharui lesen. Taraaaa;


Haah hamek ko. Valid untuk 5 tahun terus. Siap kena denda lagi sebab dah lebih 5 bulan tak renew. Melayang seratus lebih jugak duit aku. Tapi takpe. Pasni tak payah nak fikir lagi pasal lesen ni sehingga tahun 2018. Hoyeah~

Eh eh dah kol 2.30 a.m. rupanya. Got to go. Good night all!


p/s: What do you think? Suggestion please. Aku berharap korang dapat share pendapat dan pandangan korang beserta cadangan yang bernas untuk membantu aku. Seriously aku agak confuse jugak. Yelah kalau silap beli kang merana aku, bukan sekejap tau. Lama jugak tuuuu....
Segala support dan komen korang sangatlah dihargai.
Please...please... -99x



Like tanda Sayang

6 comments:

  1. Myvi not bad..minyak jimat..ruang pun besar..

    ReplyDelete
  2. persona pun ok, besar dan harga mampu milik.... Ramai je kawan2 pakai Proton, ok je. Diaorg tak cakap pun yg Proton ni selalu rosak. Kawan kawan awak yg kata Proton selalu rosak tu pernah pakai kereta Proton ke? Atau diaorg pun copy paste benda yg diaorg dgr dr mulut org lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang yang cakap tu pakai proton saga biasa. yang sorang lagi pakai myvi rasenye. hehe tak taulah diorang copy paste ke ape.. tp bila diorang cakap camtu cuak jugak jadi izma. bro rasa camne? kalau rata-rata cakap proton ok izma go on dgn proton je sebab harga dia mmg worth..

      Delete
  3. fl la..hiikk jue pun pakai motor je skrg

    ReplyDelete