Monday, November 19, 2012

Mentaliti


Dialog common @ normal yang biasa aku dengar tiap kali balik sini:


#1

"Ehs dari mana ni?"

"Dari kenduri kahwin kawan tadi. Acik dah lama sampai?"

"Asyik ke hulu ke hilir pergi kenduri orang je. Yang kamu sendiri tu bila? Nak tunggu jadi andartu dulu?"



#2

"Rupa pun boleh tahan. Pelajaran ada. Kerja pun dah ada. Apa yang kamu nak lagi?"

"Maksud pakcik?"

" Ye lah sedarlah diri tu sikit. Kamu tu makin lama makin berumur. Kahwin2 la. Dah lebih masa dah ni."



#3

"Budak-budak zaman sekarang ni ramai yang kahwin muda."

"Dah nak buat macam mana. Jodoh diorang dah tertulis macam tu."

"Jodoh memang jodoh. Tapi kena ada usaha. Takkan nak dok terperap je kat rumah tunggu jodoh kamu jatuh dari langit."

*diam membisu*

"Yang lewat-lewat ni selalu bermasalah. Bukannya boleh harap sangat. Bila dah lewat baru terhegeh-hegeh nak ngorat laki orang. "



#4

"Anak tok penghulu yang sulung tu dah dapat cucu dah... Anak si Mail tu kahwin grand nak mampus. 3 hari 3 malam pun belum habis kenduri. Anak si polan tu polan ni.. Pot pet pot pet.."

" Haa samalah ngan anak si Gayah hujung kampung tu.. bla bla bla.."

"Anak cikgu Zam, si Izma yang mengajar kat Sabah tu bila nak langsung? Sepatah haram pun tak dengar khabar. Dah ada ke belum?"

"Rasanya macam belum. Tak ada nampak pulak orang datang merisik."

"Jual mahal sangat la tu. Mentang-mentang cikgu. Memilih la konon. Lepas tu dapat yang hidung senget menyesal tak sudah. Menangis air mata darah pun tak ada guna dah."



#5

"Hah ko ni dah berkenan orang sana ke? Nak bawak balik orang sana?"

"Ehs takde lah makcik. Saya kalau boleh nak orang semenanjung je. Kalau tak susah saya nak mintak tukar nanti. Saya pun tak plan nak dok sana lama-lama."

"Baru ko tahu. Dulu kalau kahwin awal-awal kan senang. Tak payah kena hantar mengajar jauh-jauh. Sekarang tak pasal-pasal jadi susah semua benda. Balasan la tu. Orang tua cakap tak nak dengar. "


*******************


Sejujurnya aku tak faham dengan mentaliti masyarakat kita. Kenapa kalau berkahwin pada usia yang lewat (zaman sekarang umur 25 tahun ke atas dah kira lewat) akan dipandang serong? Malah kalau kau cakap kau  bukan in a relationship dengan sesiapa, confirm ko kena cop macam-macam.



Teruk sangat ke? Parents aku lepak je kot. Tak ada la push sangat pasal ni. Sekadar bertanya mana yang patut. Tapi apsal orang luar yang lebih-lebih mengalahkan ibu bapa sendiri? Walhal bukan diorang yang tanggung makan minum aku selama ni. Tapi buzy body nye kemain. Kalah wartawan tv.

Bulan September tahun depan genap umur aku 25 tahun. Jadi sekarang aku masih consider as a young woman. Siapa cakap aku tua, aku terajang jauh-jauh satgi.

geng bas sekolah aku dah kahwin!

Lagi satu, kahwin ni bukan boleh main taram je. Ingat kalau tak suka, boleh campak jauh-jauh macam tu je? Once you get married, you'll spend the rest of your life with your partner. Sebab tu kena pastikan betul-betul pasangan yang kita mahu hidup bersama. Silap pilih, naya weh. Bukan boleh main cedok je dari facebook or google. Lebih baik kenal dulu dengan mendalam tentang dia, then baru decide. 

Bagi aku, (tak tahulah orang lain macam mana) aku memerlukan perancangan rapi untuk segala hal. Contoh macam sekarang aku dah memiliki kerjaya dan berjaya menamatkan pengajian. Jadi aku plan untuk kumpul duit dulu sedikit dan adalah beberapa hal yang aku mahu selesaikan sebelum menamatkan zaman bujang aku. Kalau boleh biarlah semuanya berjalan seperti yang aku rancang. Kalau ikut keadaan memang aku dah mampu untuk berumahtangga cuma aku tidak mahu terburu-buru dan berhutang sana sini. Aku kalau boleh tak nak menggunakan duit parents aku untuk majlis itu nanti. Slow and steady la. Bukankah itu lebih bagus? Kalau kahwin awal tapi amik loan sana sini parah jugak jadinya nanti. Nak kena bayar kereta rumah lagi. Hidup dengan hutang memang takkan tenang.

Btw, lantaklah orang nak cakap apa pun. Aku yang akan jadi pengantin nanti, bukannya mereka yang dok potpet tu. Apa-apa hal aku yang akan tanggung risiko. So why should I bother about others? Full stop. Peace~

Tengok lah tahun depan kalau diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki aku akan membawa pulang idaman hati aku. Bertahun dah aku tunggu si dia ni. Payah kemain nak dapatkan dia, siang malam aku dok termimpi tau. Harap-harap lepas ni aku boleh hidup dengan tenang. Amiinnnnnnn.










cinta idaman ♥ 



That's all. Sekadar bebelan di waktu cuti. Haha. Enjoy your holiday! Babai~


Like tanda Sayang

50 comments:

  1. terpikat kat org Minang, Indonesiala..habis cemana..? adoi, pening kepala. kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cepat2 tukar plan cari orang Malaysia. Jauhhh tuw~ susah nanti :)

      Delete
  2. Btl tuh :) pelan2, kawin awal x semestinya masa dpn kita bhagia tkt nti terhenti di tgh jalan kunk muda2 dah jadi ja***..mintak simpang la :)


    semoga awk bertemu pasangan yang baik tak kira cpt ke lambat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks utk doa awk dear!

      itulah.. kahwin awal mmg la syok tp lepas kawen tu byk lg kot hal yg perlu dititik beratkan. time tu jd pape pn atas kepala sndiri. jgn haraplah org lain nk tlg melainkan ahli keluarga sendiri. adei

      Delete
  3. Mentaliti orang masih tak berubah dari dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan mungkin takkan berubah sampai bila-bila.

      fel lawa dp hang. nasib aku pompuan. kalau dak aku ngorat dah

      Delete
  4. waa..nk beli vios jugak rupanya..jom geng ngan k.za

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.za pun pakai vios ek? Yay ade geng. byk nk tnya psl kete ni. runsing jgk takut x berbaloi beli. mahal kot nk kena byr bulan2.. huhu. tp kalau amik yg lekeh2 tkut nti byk prob. jenuh nak kena repair tiap2 masa kan. k.za rasa camne?

      Delete
  5. Hmm...sama lah yang oi. i pnat jwb tau i rse prinsip perkahwinan n percintaan kt adlh sam hahhaha krn kt masih single ktika usia 25 ini..huhu ok2 correction i 24! haha but still sume jiran makcek2 blah umh dok tanye lg2 ble dorg tau i xd BF! ek ele tau x jodoh tu Allah y tetapkan...sape plak y xmo kawin kn?!!! ">< haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. whoaaa agaknya gadis2 single pada usia kita mengalami nasib yang sama. kesian betul T.T

      bukannya tak nak kahwin. tp kena bersedia semua benda kot. lgpn rezeki dan nasib masing-masing berlainan. kenapa mesti nak samakan dengan org lain kan?

      selamat bertemu jodoh pretty! :D

      Delete
  6. aku 26.bujang forever alone.upsr pmr spm stpm 1st dgree 2nd degree.ptptn 22k yayasan 20k.bujang.masih mengharap duit keluarga.tiada harta walau seketul emas.

    orang : bila kau nak kawen?.Tua sangat dah kau ni.
    aku : aku tak mintak nasik org lain selain keluarga aku.Itu sudah baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi aku 26 tu masih muda lg. chill out! pedulikan mereka-mereka yang asyik menyindir. bukan ko tumpang periuk nasik diorang. jgn bimbang yang. aku yakin kita semua akan kahwin jugak, cuma masanya belum tiba lagi. Tiba waktunya nanti, jodoh itu akan datang dan segalanya akan dipermudahkan. In Shaa ALLAH!

      ;D

      Delete
  7. Sabar je lah. Cakap orang biasa lah. Kalau dah jodoh tak ke mana kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! kalau dah jodoh di hujung dunia pun akan tetap kahwin jugak. riwayat kita telah tersurat dan ditentukan oleh-Nya. keep praying for the best! :)

      Delete
  8. tu namanya lebih sudu dari kuahhh...kdg2 kt n family ok je, tp kdg2 org luar yg lebih2 plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan setakat sudu dah ni. macam senduk pun ada. huhu.

      biasalah realiti masyarakat kita. memang takleh lari dah.

      Delete
  9. aku rasa mcm nak follow blog ni. tapi entah. rasa mcm sbab aku follow blog ni adalah sebab pemilik blog ni cun semata. haih. haha. xpe nnt ikhlas dtg aku follow! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko kelakar. haha. hakikatnya kalau kau rasa aku cun sebab melihat gambar aku semata-mata, sebenarnya semua gambar aku dah photoshop. memang aku hebat dari segi editing. haha. realitinya aku sangat biasa, lebih biasa dari yang biasa. mungkin kalau kau tengok aku live, persepsi kau akan berubah serta merta :)

      p/s; jgn follow aku kecuali kau betul-betul suka penulisan aku.

      :)

      Delete
    2. Ahhh. tak kira. so kau kena tulis lg bagus2 sampai aku suka tulisan kau. cepat! haha. gurau2. hee ^^
      p/s : (nok p/s jugok nate nim!) hahaha

      Delete
  10. muda lagi je tuh.. biasa mulut org mmg bising sentiasa..

    bukan org sekarang ramai je kawen lambat ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. rasa macam ramai je yang belum kahwin. mungkin yang nampak terang-terang mereka yang sudah berkahwin. yang kahwin lambat ni tenggelam terus. haihh peliknya dunia ni kan

      Delete
    2. kena buat geng yg tak kawen bagi nampak sikit

      Delete
  11. da lama tak komen,hee~~ saya muncul kembali ^_^

    ReplyDelete
  12. haha..ganas jgak u ni..tp tulah, salunya parents tak cakap pe pn..org lain yg kecoh lebih..takpe, u have your own vision kan, wat je yg u rs btol..amboi, nk angkut vios nampak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha berangan je lebih tu. entah boleh angkut ke tidak. last2 pakai kancil je. hewhewhew~

      btw, indah mulya bila nak kawen? :D

      Delete
  13. semua fikir macam tu , je haih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua tak berapa nak berfikir sebenarnya. kalau berfikir takkan jadi macam tu. hehe

      Delete
  14. NA SOKONG NA SOKONG..SAMA LAA DGN NA XABES NAK BEZA KAN NA DGN KWN2 YG LAIN.."KAWN2 SMUA DA KAWEN KAU BILA? KAWAN2 SMUA DA BERANAK KAU BILA? ABES YG KAWAN2 BERCERAI TU XNK PULAK CKP KAWAN2 SMUA DAH JANDA KAU BILA?? GGRRRR KEKADANG SAKIT HATI DGN SOALAN YG DYEORG SNDRI DA TAW JODOH PERTEMUAN TAKDIR SMUA KAT TGN TUHAN..PASTU MULA LAA CKP MEMILIH SGT LAA HAPE LAAA ALAAAA STRESS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboih naaa kemain lg. sume caps lock. haha. terkejut izma bace :P

      btw, keep praying na. mungkin jodoh kita tak dtg bergolek, mungkin sgt susah berbanding org lain, tapi kena ingat. setiap yang berlaku ada ganjarannya. siapa tahu dia yang paling terbaik antara yang terbaik? :)

      Delete
  15. peh semangat na komen . hahaha .
    kalau akak family kemain suruh kawin cepat , kite ni yg nak kawin awal tak kesampainan . padahal kawan sebaya ada yg dah tunang dah . iSedih :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor awatnya? kalau dah ada ehem2 go on je. jgn terlampau fikir sgt, makin banyak masalah jdnye. huhu..

      Delete
  16. agaknya diorg nak calonkan anak diorg tu...hehe

    ReplyDelete
  17. kita tak mampu nak puaskan hati setiap orang..persetankan..

    yang mahu bahagia kita, dan kita juga lah yg tentukan..
    mereka bising2 pon macam laaa boleh buat apa, macam lah boleh buat kita bahagia..

    p/s: kak izma, sampai laaa ni aku masih berangan nak kahwin time belajar ni sebab by the time grad nanti boleh bawak hubby and baby... hihihihi.. cumeyl tak?? hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha comel seh! nanti baby bleh masuk studio shoot sekali ;)

      sekarang dah tak amik kisah dah orang nak cakap pape. let them be. Im happy with my own life ;)

      Delete
  18. hmmm setakat ni mak ayah tak pena lg tanya solan ni. kwn2 je la yg ngada nk tny. sok nak nikah arini sibuk tny ko bilaaaa ko bilaaaa mcm nk lempang je. klu da bthn kawin xpe la hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha biasalah tu. diorang excited nak tahu turn masing-masing. hehe. abaikan je yang mana tak patut :P

      Delete
  19. aku pun pernh kena bila sampai sekarang tak de boyfriend. Mak aku dah sibuk carikan untuk aku walau aku tak habis blajar lagi. Ahahaha. Last3 aku caakp kat mak, yg aku nk kahwin umur 30, apa yg aku dapat hanyalah bebelan seorang ibu.

    Tapi pendapat aku, tak salah kahwin lmbat. Dengan susah nk jumpa lelaki baik zaman skarang,,, aku rasa tu menjadi fktor kenapa perepuan memilih nk khwin lmbat. Eh ap aku merepek ni.. eheheh

    tapi papepom, jodoh tak kemana. Biar jodoh yg datang pada kita dengan sendirinya. Aku pegang pada ini sekarang. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus pegangan kau. good luck!

      tak kisahlah kahwin bila2 pun. asalkan hidup kita dah betul-betul ok. kalau kahwin lewat tp jodoh dan rumahtangga kita bahagia, ok apa? kalau kau kahwin awal tapi pelbagai masalah seperti pasangan curang dan sebagainya, tak ke naya jawabnya. wtv it is, just follow wherever your heart leads you and Allah will guide you :)

      Delete
  20. gaji cikgu interim masuk doh ko??
    saya punye belom masuk lagi..
    dgr kata gaji utk bln 10 rm1300 jah.
    awak interview spp bilo?
    buat kat melaka ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dop masuk pn lg. bln 10 pn blum.
      interview 5/12 ni. dekat ipg kota bharu.
      awak?

      Delete
  21. sama la kite.
    saya pon 5/10 jugop.
    bilik 4 kol 7.30.
    banyak lagi x abes study note spp ni.

    ReplyDelete
  22. i nasihatkan anda beli keta MPV. Nanti da kawin senang nk main dlm kete.
    i ckp betul ni.
    benda ni kdg2 emergency nak.

    bedekah bedekah bedekah

    ReplyDelete