Saturday, November 24, 2012

Blogger Emieysandra Dah Kahwin!


24 November 2012. Hari ni menghadirkan diri ke wedding adik kesayangan, Emieysandra a.k.a junior kat maktab a.k.a geng blogger. Walaupun hari ni berpuasa tetapi gagahkan diri juga untuk hadir. Kalau tidak mesti aku akan rasa ralat dan sedih sampai bila-bila. Sebelum ni majlis tunang dia pun aku ada sekali. Takkan wedding tak pergi pulak kan.

15/3/2012 - Sewaktu majlis tunang Mira.
Abaikan orang sebelah yang exited lebih2

Dipendekkan cerita aku sampai sana pun agak lewat jugak kerana traffic jam yang perghhh lama seh. Cramp kaki aku. Tengok jam dah pukul 6 lebih. Sempat kasi hadiah dan bertentang mata sambil snap 2-3 keping pictures. Tetamu pun makin tiada. Tak sampai sejam pun kat sana, aku minta izin nak balik sebab nak kejar berbuka puasa di rumah. Sedih tak sempat borak dan jumpa lama-lama. Sobss... T.T

Dulu masa kat maktab (IPG) Melaka boleh dikatakan tiap kali weekend mesti kitorang akan spend masa together. Biasalah pompuan mesti takde keje lain. Sembang pasal blog la, pasal pakwe la, pasal fashion la. Dahla masa tu kat sana susah nak dapatkan makanan sebab cafe tutup waktu hujung minggu. Jadi kitorang senyap2 masak nasi dan sardin plus maggi dalam bilik. Tengah malam buta pun dok melantak lagi. Kadang-kadang time ada duit lebih mulalah berjalan ke hulu ke hilir keliling Mahkota Parade sama-sama. Rindu zaman belajar dulu. Huuuu. Si Mira ni kalau nak kira muda setahun dari aku (pangkat adik la ni) tapi dia sampai seru awal dulu. Hehe. Dah jodoh kan. Whatever it is, please be the best solehah wife for your husband. Cepat-cepat dapat baby, pastu jangan lupa bawak jumpa aunty Izma, nanti mesti jadi cantik macam aunty jugak. Wahaha~

Ok lah nak upload jugak gambar yang ada walaupun kualiti macam harem tak lawa langsung. Maklumlah kamera cikai je. Eh eh baru perasan kami ni macam berjanji pulak. Waktu majlis tunang hari tu pun dah purple-peach, sekarang pun pilih kaler sama jugak. Padahal takde mention pape pun pasal warna tema. Aiseh~

gaya senior tgh ragging junior betulkan kasut. keh3


ambil berkat ffuhh fuhhhh

close up

cacat

Gambar pengantin lelaki? Hee tunggu tuan empunya yang upload kat blog dia nanti. Tak surprise la kalau aku yang interframe awal-awal kan.

Btw, Selamat Pengantin Baru!!

Like tanda Sayang

12 comments:

  1. hehe.. apa yang cacatnya gambar last itu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada.. cacat tu patut tukar kepada cantik.. ^_^. baru betul. hehe

      Delete
    2. bro lokman ni mesti rabun power 10k. haha

      Delete
  2. baju awk sungguh cantik. beli siap ke tempah..selamat pengantin baru buat kwn awk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yang ni saya beli yg dah siap. tp saya otter sket sbb klu amik size s muat2 ngan saya tp singkat. jd terpaksa amik m dan modified sket. huhu

      Delete
  3. cantikk baju eva...
    selamat pengantin baru utk kawan awk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jna... baju lama dah tu.. tapi kite tak pakai2 pun. huhu

      Delete