Hujung minggu yang agak membosankan. Keadaan cuaca tidak begitu baik menyebabkan aku memenuhi masa lapangku dengan menonton tv di rumah. Tiada cerita menarik untuk ditonton. Sedang aku sibuk menukar channel mencari cerita yang best, aku terhenti pada siaran Zee Variasi yang menyiarkan cerita hindi, Taare Zameen Par.
If you don't cry when you watch this movie, you don't have a heart. |
Cerita ini memang patut dapat 10 stars kerana mampu membuat aku tidak berganjak sedikit pun dari sofa. Ia mampu membuat aku tersenyum dan mengalirkan air mata pada masa yang sama. Jalan cerita yang sangat menarik dan penuh makna. Patutlah cerita ni menang award. Pada pendapat aku, cerita ini wajib korang tonton sebab ianya berkisar tentang sesuatu yang sering berlaku di sekeliling kita tetapi kita kerap terlepas pandang mengenainya. Walaupun situasi yang berlaku di kalangan masyarakat kita mungkin berbeza, tetapi selepas menonton cerita ini aku pasti kau akan menyedari betapa kita semua ini unik dan istimewa.
Kenapa?
Kenapa?
Kerana makin hari kita makin lupa nilai-nilai murni yang perlu ada dalam masyarakat kita. Apabila terlalu mengagungkan kuasa dan kedudukan, mementingkan kesempurnaan, maka kita terlepas pandang keistimewaan dan kelebihan. Yang tidak kelihatan pada zahirnya, yang ada tetapi dianggap tiada, yang tidak semua orang memilikinya, mahupun memperolehinya.
Tahukah kau salah satu perkara yang paling bermakna di dalam hidup? Apabila kau menjadi inspirasi kepada orang lain, sehingga mereka menitis air mata, it can't be described by words. Nothing could ever been compared with that feeling.
Awesome!
Kadangkala sistem kita juga mempengaruhi minda masyarakat. Sistem pendidikan agak strict dan terlalu fokus kepada exam menyebabkan masyarakat kita masih berfikiran sempit. Kalau kau cemerlang dalam akademik, maka jaminannya masa depan kau pasti cerah. Kalau kau kecundang dalam akademik, seolah-olah hidup kau sudah tiada cahaya. Kita memandang sinis kepada mereka yang 'resultnya' hanya cukup-cukup makan. Mereka yang tidak berjaya melangkah ke universiti. Mereka yang lemah dalam menghafal teori dan segala macam formula yang menentukan markah peperiksaan. Padahal fokus itu tidak sepatutnya hanya pada akademik. Masih banyak lagi bidang yang boleh mencerahkan masa depan mereka.
Bagi aku, aku kagum dan memandang tinggi pada orang seni termasuk pelukis, pemuzik dan photographer. Pada pendapat aku, mereka mampu meluahkan sesuatu tanpa kata-kata, menceritakan sesuatu melalui lukisan dan irama muzik mereka. Mereka mampu mengadaptasikan fantasi mereka menjadi realiti di dalam setiap karya mereka. Tidak semua orang memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka. Tetapi bukan semua orang mampu menjadi seperti mereka. Ianya semulajadi, sesuatu yang dikurniakan oleh-Nya. Walaupun kau seorang yang berstatus tinggi dalam bidang keperluan masa kini seperti menjadi CEO di sebuah syarikat ternama, belum tentu kau mengerti apa itu kasih sayang yang sebenarnya. Belum tentu kau tahu menghargai apa yang kau ada. Walaupun kau memiliki harta dan jawatan yang menjadi impian setiap manusia, belum tentu ada yang akan mengalirkan air mata untuk kau bila kau sudah tiada.Tahukah kau salah satu perkara yang paling bermakna di dalam hidup? Apabila kau menjadi inspirasi kepada orang lain, sehingga mereka menitis air mata, it can't be described by words. Nothing could ever been compared with that feeling.
Awesome!
Selain itu, sebagai seorang yang anti-pedophilia, perlu aku tekankan bahawa kanak-kanak mempunyai dunia mereka sendiri dan setiap kanak-kanak itu ada seni tersendiri. Kesilapan dan kesalahan adalah sebahagian daripada dunia mereka yang mencorakkannya. Let them learn by their mistakes. Let them enjoy and discover their world. What do you expect from them? Tak perlu sediakan jadual harian mereka yang padat dengan aktiviti yang telah kau tentukan atau mahukan. Mereka bisa belajar sendiri dari dunia sekeliling mereka. Mereka mampu mengetahui berjuta perkara tanpa perlu mengingati setiap bait yang ditulis di atas papan hitam mahupun secebis kertas.
Dah makin melalut la pulak aku membebel sorang-sorang ni. Hehe. Ingin aku kongsi sesuatu. Sewaktu menonton tadi, aku tersenyum teringatkan pengalaman sendiri semasa menjalani praktikum aku yang terakhir sebelum menjadi seorang guru. Dalam kelas itu ada seorang murid yang tersangat nakal. Walaupun selalu kena marah dan dirotan oleh guru lain, pernah beberapa kali dipanggil depan perhimpunan, tetapi tak pernah serik. Sedikit pun tidak menangis tak kira apa jua hukuman yang diterima. Masih dengan perangai nakalnya. Kesabaran aku memang tergugat kerana dia. Tetapi berat hati aku untuk menghukum dia atas kesalahan yang dia lakukan kerana pada minggu pertama aku mengajar, aku menyedari bahawa ada sesuatu yang istimewa tentang dia. Imaginasinya tinggi bagi seorang kanak-kanak biasa. Dia boleh berfikir luar daripada konteks dan mengaitkan sesuatu perkara itu secara logik dan benar. Jadi aku banyak memberi tumpuan terhadapnya dengan menggunakan pendekatan secara psychology. Aku menjadi rapat dengan dia, seperti kakak dengan adik.
Waktu hari terakhir aku di sana, dialah yang paling kuat menangis, sampai teresak-esak kerana mengetahui yang aku takkan bersama mereka lagi. Sebelum aku melangkah keluar dari sekolah itu, dia datang menghulurkan secebis kertas ini:
Kalau kau berada di tempat aku, kau mempunyai dua pilihan;
Pilihan pertama. Sebagai seorang guru English yang berdedikasi, tegas dan penuh etika, kau pasti akan meneliti tulisan pada lukisan itu dan menandakan setiap kesalahan dengan pen merah sebelum kau memulangkan kertas itu dan menyuruhnya membuat pembetulan. Terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan olehnya dari segi grammar. It supposed to be:
I don't have a mother because she had passed away. But now I have one. It is you..
Pilihan kedua. Sebagai seorang insan yang memiliki jiwa, sewaktu pertama kali lukisan ini terjatuh di atas tangan kau, kau pasti menitis air mata dan memeluknya tersebut sambil mengucapkan "Thank you".
Dan tanpa berfikir sesaat pun aku memilih untuk menjadi yang kedua.
...................................
p/s: Perhaps someday when I walk down the street, couldn't find the way to go home as I forget everything happens around me, someone will hold my hands and take me away while others will turn around and ask;
"Who's she?"
"She's the one who consumed herself to light the way for others. Yes, she's my beloved teacher."
:')
Evaaaaa touchingggggg gila entry ni tbe2 na yg sedihh T_T
ReplyDeleteMuridd eva tu sangat sweet!
tp eva seyes apa yg awk jelaskan dlm entry nii smua btul.
Na da lalui smua rasa n pahit nak telan penghinaan org.
Seriouly na bkn dari org yg senang mak ayah da divorce
Sape je org yg xnk blajar jd org pandai..
so na xde sambung blajarq..sbb tak nk susah kan sape2 terutama mk
Tu pun mcm2 organ ckp.bodolaa xkn kemana laa.mase depan na da gelap laaa .hmm mulut org yg da taw mase depan sesorg ni susah nk ramal.
Na.. beratnya dugaan na..
Deleteitulah.. msyrkt kita kalau tak sibuk hal org mmg tak sah..
huhu..
it's ok dear.. wlupun x dpt teruskan blaja, mungkin ada rezeki kamu di bidang lain. masa depan masing2 berbeza. takkan sama kan. biarlah org nak ckp ape pun. buktikan pd mereka suatu hari nanti yang mereka salah.
good luck! :)
terima kasih cikgu. :)
ReplyDeletesama2 sweetheart :)
Deleterealitinya kita mudah lupa.. ya.. manusia mudah alpa...
ReplyDeleteiya.. memang realiti itu menyakitkan
Deletehaa kita dah tengok..kita dah tengok..! hehe
ReplyDeleteizma, kita tacing lah..seriously sebak ngn budak tu.
kalau aku aku pun memilih utk jadi yg ke2. :)
sadd!!
Deletemana ko menghilang weh.
rindu ko tau dak? rindu!
igtkn x mo kwn ngn aku lg dh T.T
kalau saya pun saya akan pilih no2 :')
ReplyDeletesemestinya.. kita perempuan, no 2 itu sinonim sudah :)
Deletebila berlaku perkara seperti itu mesti rasa puas kan menjadi seorang pendidik.kepuasan mendekatkan sesuatu yang jauh menjadi dekat.
ReplyDeleteswit gila gua belek lukisan tu.abaikan grammer.broken-broken pun maksud dia sampai.direct je gua baca.sampai.
terus berusaha untuk menjadi pendidik yang terbaik na izma.
#jangan lupa makan nasik.
yep! can feel the bless :)
Deletelukisan sweet, murid pun sweet, teachernya lg sweet :P
terima kasih pazil!
makan nasik? haha.. tiap hari harus makan bah ;)
miss eva... terharu baca entri ni... yerp... benda tu da makin hilang dlm masyarakat kita. nilai dan kasih sayang ... tp dunia ni cruel. sometime we have to be heartless.. just to survive. yerp ia sungguh kejam.
ReplyDeleteyep. dunia ini kejam. tetapi kanak-kanak harus di didik, supaya generasi mereka tidak akan meneruskan kekejaman itu. kita harus melahirkan penyambung warisan yang penuh kasih sayang, bukan kekejaman :)
Deletebagus lah...ajar budak2..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDeletethanks.. :)
Deletewow..that's deep..kalo sy pn, mau da ngis dah kalo dpt note mcm tuh. children are interesting in their own way.
ReplyDeleteyes they are.. and we can be as interesting as them, if we fall into their world ;)
DeleteBila budak salah, kita tegur...dia akan mendengar, dan dia akan betulkan. Air mata menitik di sebalik maksud perkataan. Tak perlu grammar yg indah...sbb kita tahu, hatinya ada pada kita, kalau lepas2 tu kita tegur pun...insyaAllah, dia akan mendengar kata. Silap hari bulan diingatnya sampai tua.
ReplyDeleteTapi, macam mana kalau...orang tua yg salah grammar. Kita tak menghukum kerana usia. Kita hanya terkilan dgn sedikit reaksi kerana keangkuhan menerima kesalahan sendiri. Kadang hati jauh, sebab terasa seolah2 dulu kini dan selamanya dia tak pernah dekat dengan kita. Lagi pula bila komen itu dibalas dengan sindiran atau ejekan.
Tp ironi kan?
Manusia yg sempurna fizikal dan berada di kelas pertengahan adakalanya lebih kuat sense of belonging terhadap diri sendiri. Mereka selalunya manusia yg kurang toleransi berbanding dgn anak2 kecil yg ada kelemahan (di mata manusia) atau pengemis-pengemis di tepi jalan yg mungkin sanggup bergadai nyawa melihat rompakan :)
Cerita ni, cerita kegemaran Sha dan ibu. Setiap kali keluar, akan menonton bersama2 dgn air mata. Agak janggal sebab kami tak minat cerita Hindi.
Utk pengetahuan, sblm keluar tv lagi, cerita ni dipertontonkan kepada sekumpulan guru yg belajar di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands. Niatnya utk membetulkan tanggapan. Persepsi kepada sesuatu.
Sayangnya...ada juga yg masih tak faham. Baru-baru ni masih lagi membaca tentang guru yg mengatakan sindiran sesuatu yang perlu bila mengajar:)
Mungkin, dia masih pandang kasta manusia:)
Setuju. Dengan erti kata lain, lebih senang mendidik jiwa kecik daripada mereka yang sudah mampu membawa diri kerana at least anak-anak ini masih tahu menghormati kita yang berkongsi ilmu ini.
DeleteOh sudah ditontoh oleh guru2 di sana ya? Beruntung mereka. Izma baru je dapat tengok cerita ini. Padahal dah banyak kali keluar di Astro. Tetapi itulah. Jarang ada masa untuk menonton. Huhu...
Kesian mereka yang menjadi mangsa sindiran itu.. Mungkin kalau guru itu di tempat mereka baru dia akan mengerti betapa hati itu mahu dikasihi.
Semoga kita semua mendapat keberkatan-Nya dalam menimba ilmu :)
terima kasih dtg ke blog mamaema..salam kenalan..nice entry
ReplyDeletesalam perkenalan ema. thanks for reading! ^^
DeleteSalam & Thank you teacher! :D
ReplyDeletewslm.. you are most welcome! :D
DeleteSebak baca surat yang anak murid awak tulis tu. Pengalaman saya jadi cikgu ganti dulu, saya rasa tak semua budak tak pandai tu adalah bermasalah. Mungkin cara mereka berbeza dgn cara org lain.
ReplyDeleteFilem Aamir Khan tu saya penah tgk jugak. Agak melampau ayah budak tu. Langsung tak cuba nak mengenali kelebihan anak sendiri.
kan kan?
Deleteitu lah. budak2 ni kalau diberi peluang mereka tentu boleh.
yang si ayah tu pn.. terlalu typical. nasib baik cikgu dia ada. kalau tak kesian budak tu. sampai ke tua jd psycho cmtu. huhu
sy da touching..:-)
ReplyDeletesensei ;)
DeleteBanyak yang kita dapat belajar daripada entri ni. Ada sebab kenapa seseorang budak itu memberontak dan menjadi nakal. Kita perlu selidiki dan jangan terus menjatuhkan hukuman.
ReplyDeletebetul3.. budak ni tidak mampu meluahkan melalui kata2. hanya perbuatan mereka yang mampu membantu mereka meluahkan perasaan. kan lebih baik kalau dikaji dari A sampai Z sebelum mengenakan apa-apa hukuman/tindakan
Deletecik siti baru ja tengok cerita ni semalam....best sangat2....rasa macam nak tengok lagi dan lagi dan lagi ja
ReplyDeleteyep sgt bestttt kan? izma tgk banyak kali pun tak bosan :)
Deletesuka citer ni sgt2.. xtaw dah bpe kali tgkk..moral value yg sgt tinggi kan
ReplyDeleteyep exactly! :D
Deletewow, i love this post so much, kalau saya di tempat awak pun, saya akan buat pilihan yang kedua. T.T
ReplyDelete