Friday, June 8, 2012

Book Review : Pak Samad Di Mata Kami


Selepas praktikum akhir bulan April lepas, uncle Sani mesej saya meminta alamat rumah. Katanya hendak pos buku. Lebih kurang dua minggu selepas itu, pada suatu petang saya menerima satu bungkusan kecil. Bila dibuka, sebuah buku jatuh ke tangan. Putih warnanya. Simple, tapi kelihatan seperti penuh dengan makna.
kulit depan dan belakang buku
Bila dibelek-belek buku itu sebelum membukanya, saya terfikir. Seingat saya kali terakhir saya membaca buku novel Bahasa Melayu adalah 6 tahun lepas. Itu pun buku Ramlee Awang Mursyid. Kalau novel-novel Melayu masa kini memang saya tak baca. Kebanyakannya hanya menceritakan kisah cinta yang saya sudah jangka pengakhirannya bagaimana. Agak bosan. Secara jujurnya saya hanya membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan study saya dan English novel sahaja. Tetapi novel ini amat menarik perhatian saya. Kali pertama melihatnya pun saya mempunyai persoalan apakah kandungan yang ada di dalamnya? Kenapa uncle Sani susah payah poskan untuk saya? Tentu ada sesuatu di sebalik tulisannya.

Mama antara orang paling excited bila saya tunjukkan buku itu padanya. Sebelum saya sempat membacanya, mama awal-awal lagi dah cop nak baca buku ni. Memandangkan mama guru BM dan Pengajian Am, sudah tentu buku ni 'taste' dia. Jadi saya terpaksa tunggu mama habiskan dulu baru boleh saya menelaahnya.

Okay berbalik kepada buku ini sendiri. Untuk pengetahuan korang, buku ini adalah himpunan/ pengumpulan tulisan 30 para penulis tentang Datuk A. Samad Said termasuk Abdul Ghafar Ibrahim, Ariff Mohamad, A. Wahab Hamzah, Ku Seman Ku Hussain, Marsli N.O., Mohamad Yussop Ishak, Mohamad Saleeh Rahamad, Mohd. Shah Ibrahim, Sani Sudin (Kopratasa), Victor A. Pogadaev, Rebecca Ilham, Mawar Shafei, Nazmi Yaakub, Puzi Hadi, Shamsudin Othman, S.M. Zakir, Marzuki Ali, Mior Hashim Manap, Irwan Abu Bakar, Siti Zainon Ismail, Taheera Rosheena Mohamed, U-Wei Haji Saari, Zakaria Ariffin, Ladin Nuawi, Zaiton Ajamain, Rozninah Abd. Azib, Pyanhabib, Sharol Lail Sujak, Nisah Haji Haron dan Rahimin Zahari. Menerusi buku ini kita dapat merasai pengalaman dan pahit maung perjalanan seorang tokoh persuratan Melayu. Semua tulisan di dalamnya bercerita tentang Pak Samad dari jauh dan dari dekat.
Di antara petikan yang terkandung di dalamnya:

"Bukan semua pengarang layak digelar sasterawan.Bukan semua sasterawan layak digelar Sasterawan Negara. Namun, kekuatan dan inspirasi yang ada akan membawa keupayaan untuk berkarya berterus-terusan." - Ariff Mohamad.


"Mungkin orang pelik melihat dia, seorang Sasterawan Negara masih mundar-mandir di Kuala Lumpur tanpa menghiraukan apa orang lain kata. Pada saya, itulah jiwa dan karyanya." - Sani Sudin (Kopratasa)


"rambut suteramu
tidak pernah bertanya
apa yang tersembunyi di dalam naluriku
kerana
yang sarat terhimpun di matamu
adalah seribu tanda tanya
tentang aku
pasrah dalam pertapaan."
-Shamsudin Othman



"Ia insan biasa yang sering memilih menjadi luar biasa di luar dari kebiasaan." - Zaiton Ajamain


Setiap cerita mendekatkan pembaca dengan sasterawan yang mewakili suara masyarakat ini. "Penerbitan buku ini diharap dapat membuka satu lagi dimensi pandangan masyarakat terhadap tanggungjawab seorang penukil harapan bangsa, yang bukan semata-mata menulis mengikut rasa sedap hati. "(Mohd Khair Ngadiron, 2012). Rasanya kalau saya nak jelaskan satu persatu tentang buku ini mungkin tidak mencukupi hanya dengan satu entry.  To make it short, you have to go and get it, seriously you won't regret! Buku ini boleh didapati di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) atau di kedai buku atau melalui pembelian di e-commerce ITBM. Selamat membaca!



p/s: Selamat Hari Lahir ke-77 Datuk A. Samad Said  ^_^

Like tanda Sayang

10 comments:

  1. satgi org kata blog hang blog pro pembangkang lak.. wakkakakaa

    ReplyDelete
  2. baru je pegang buku tu last week kat kunikoniya...

    tp akak dh dpt dulu...nk after akak laaa..hihihi

    ReplyDelete
  3. sasteranya buku ni... mmg tak kena dgn jiwa sy... tp, ia nmpk menarik....

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/06/journey-to-kuala-pilah.html

    ReplyDelete
  4. pnjg umur a samad said ni kan.... :)

    ReplyDelete
  5. cimot: sile dptkannya before sold out! :)

    faizul: to be honest im not really into sastera too. huhu..tp this book can capture ur attention and u won't regret if u hve to read it! :)

    cik suheela: yup.. masih kuat lg :)

    ReplyDelete
  6. harap2 dalam minggu ni saya dapat beli buku ni :)

    ReplyDelete
  7. salam cik
    saya nak tanya macam mana cik buat title kat link ping busuk.org berbeza dgn title sebenar post ni?

    ReplyDelete
  8. solid planet: wish u best of luck! hee :)

    ReplyDelete
  9. karya pak samad said adalah terbaik..

    :)

    jom singgah:
    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/06/israk-dan-mikraj.html

    ReplyDelete