Malique-Mellisa : taken from Google |
Memandangkan tahun ni paling ramai member aku kahwin, jadi aku pun agak bz jugak membantu persiapan kahwin diorang. Dah kawan-kawan rapat kahwin, sape yang tak happy kan? Kira jadual aku sebagai penganggur tetap buat masa sekarang terisi dengan jadual persiapan kahwin orang lain. Haha. But it's okay. Banyak yang aku dapat tahu sepanjang tempoh persiapan tersebut.
Okay, dalam merancang perkahwinan ni perkara pertama yang korang kena buat ialah menyediakan segala list-list untuk persiapan. Ini termasuk list barang-barang hantaran, wedding dress+pelamin, list barang utk jamuan (tapi sekarang ramai pakai catering, just sediakan duit je), photo package dan lain-lain. Seriously memang sepanjang persiapan nanti korang akan penat gila babem, dengan pelbagai masalah yang tak dijangka, dengan masa yang semakin singkat dan dengan macam-macam perkara lagi lah. Jadi physical dan mental korang kena kuat. Masa ni la dugaan-dugaan atau gangguan yang tak sepatutnya akan datang mengacau. Huuuuu~
Berdasarkan pengalaman aku dalam hal ni yang tak seberapa sangat membuatkan aku selalu berfikir. Emm actually dah banyak kali aku sedar pasal hal ni. Culture kita ni (orang Melayu) suka sangat buat wedding yang grand. Tapi tak semua lah. Segelintir sahaja. Sana sini kecoh pasal betapa 'grandnya' wedding yang akan berlangsung nanti. Pelamin sahaja dah dekat 10 ribu. Tu tak termasuk persalinan serta hantaran lagi. Sampaikan total belanja untuk wedding yang berlangsung 2 hari tu je dah lebih 40 ribu. Walaweh~ Ye la aku tau la lain orang lain taraf atau standard kan. Mungkin bagi anak dato or anak menteri setakat 40ribu tu jumlah yang kecil sahaja. So it won't be a problem for them. Cuma aku pelik bila golongan yang hidup sekadar berkemampuan tapi when it comes into wedding diorang pulun habis nak buat grand jugak. Ada angin kus kus barangkali. Even though it's once in a life time, tapi ada baiknya kita sediakan apa yang perlu mengikut kemampuan sahaja. Buat apa la nak membazir. Dalam Islam pun ada mention lebih baik bersederhana dalam apa hal sekalipun. Ye dak?
Haaa ada satu mende ni.yang paling aku tak paham Ada sesetengah pihak punyalah banyak spend money untuk wedding tetapi diorang terlupa satu perkara yang sangat penting. Photo a.k.a pictures. Pada pendapat aku, untuk apa grand wedding tetapi tak dapat diabadikan dalam satu kenangan yang nyata iaitu melalui photo atau lebih upgrade - video. Memang lah bila wedding grand gile babem semua orang akan puji, so impress, tak henti-henti cakap pasal tu. Tetapi lama-lama orang akan lupa. Pelamin, perhiasan semua tu bukannya kekal pun. Lepas abis upacara, confirm kena angkut hantar kat bridal balik. Pastu apa je yang tinggal? Air mata? Sebab takdak pitis kena makan maggi hari-hari. Haha. Haha lagi. (-_-")
Jadi di sini aku nak tegaskan betapa pentingnya detik-detik yang berharga dalam hidup korang tu dirakamkan. Tak kiralah pakai camera biasa ke, upah photographer ke, pakai webcam ke. Janji kena rakam dan candid! Bila dah berumur nanti, benda alah tu je yang tinggal untuk korang tunjuk pada anak cucu dan orang lain. Setakat save dalam brain memory apa lah sangat yang boleh kita ingat kan. Lama-lama hilanglah ia dari ingatan. Cewaahh. Ayat puitis. Haa lagi satu, daripada dok perabis pitis untuk benda yang tak berapa penting tu, lebih baik guna pitis tu utk upah photographer yang professional. (Pitis = $) Sekarang photographer dah berlambak kat Malaysia. Ramai je yang okay. Tipu lah kalau ko cakap tak jumpa yang sesuai. Kalau survey betul-betul, discuss dengan diorang betul-betul, ada ramai je yang boleh kasi harga berpatutan. It's worth at all, trust me. Tak rugi pun spend untuk something yang berharga bagi jangka masa panjang. Gambar/album tu nanti bukan nak simpan sehari dua je, selamanya tau dak. Jadi jgn just tolak ke tepi hal ni. One more thing, janganlah ambil package photo yang mahal gile sampai melebihi kemampuan korang pulak (budget artis lettew). Be wise, choose yang harga okay dan yang penting gambar cun+ make you satisfied! Bab kata Yuna, setiap gambar ada lagu. Bab kata aku, setiap gambar mesti ada aku. Awww~ Okay sila abaikan part itu. *Pengsan mak jemah*
Paling suka wedding pic yang ni. I don't know why, but I can feel it. Hep hep hep ♥ p/s:pic ni aku terjumpa dlm fb. credit to Bakri Hafiz Hisham. |
Oh oh korang jangan salah sangka pulak. Aku bagitau semua ni bukan niat nak promote photographer/videographer atau meng'condemn'kan mana-mana pihak. It's just my sincere opinion. Terserah atas penilaian masing-masing. Any comments, opinion, just write in the comment box below. Peace. ^_^
p/s: Kalau ada di antara korang yang tak kenal or tak jumpa photographer/videographer untuk wedding korang, let me know. Boleh je aku tlg recommendkan mana-mana photographers yang aku kenal yang quite okay. Sekadar nak menolong. XOXO :)
btol2x.. stuju sangat. nak save bajet suh kawan2 yg suka gantung dslr kat tengkuk tu tlg tgkapkan..sure jimat kot. ihik
ReplyDeleteambe terima..ahaha...tp ado ore..kemain grand..nok gmbar puah hati..tp nok byr ciput embea..ehehe
ReplyDeletejiji hebak doh leni amik gambar..mitok tulun die la..foc!! hhaha ko guane ji?:p
ReplyDeletestuju! jange dok bazir, asal selesai jadi yg halal sudaa. hikss...dok sabar weyh =.='
ReplyDeletebetol2..takyah nak grand2 sgt! membazir tau!
ReplyDeletehoh! nak book jiji laa nanti.
aja: haa tu la.. salah satu cara nk save budget mtk tlg kwn2 yg taw shoot jugak. lg sng kan :)
ReplyDeletejiji: haha berap ar gituh. nok gmbo expert gak kno byr lebih la des. klu dop nyaknyo alik photographer plop
yus: ye doh yus. pahni kito pakat booking jiji awal2. dio hebak lonih :D
ReplyDeleteemiey: hamboihhh.. x lama dah tu ;)
cimot: haha book jgn tak book. jiji kena wat booking list dh lepas ni :P
recomend photographer pliz...boleh email x.hihi...neropink87@gmail.com
ReplyDeleteokay! nanti kita email ek :)
Deleteskrg kt kg, line tenet slow.. tunggu abis cuti sek ni kita list out utk awk ^^