T-SHIRT
front
back
T-shirt ni adalah percubaan pertama saya. Agak weird di situ. Masa tu saya cuba menggunakan benang biasa dan bukan benang embroidery. Embroidery thread lagi lawa!
NAME
specially made as birthday gift for my friend, Nadia ;-) |
HANDBAG
Request dari Qeela untuk letak kat kunci kereta |
LOVE
CUPCAKE
front
back
SOCK
front
back
Kalau korang nak tahu, 'keychain' ni dibuat dengan menggunakan kertas felt (felt paper), benang sulam (embroidery thread) dan kapas (cotton wool). Felt paper ni agak 'costy' sikit berbanding dengan kain atau kertas biasa sebab ianya agak tebal dan lembut. Lagi satu kertas felt ni boleh dibasuh (washable). So kalau kotor ke ape, boleh cuci dengan air, tak jadi masalah. Mudah kan?
percubaan menjahit buat pertama kali. huhu |
Bendanya simple je. Tapi bukan main susah nak 'cut' dan jahit sebab keychain ni semua bersaiz kecil. Semakin kecil semakin susah nak potong dan nak jahit ikut rupa bentuk masing-masing. Kalau jahit mesin kejap je boleh siap. Tapi bila jahitan tangan ni agak amik masa la sket. Lenguh jari wa cakap lu. Haihh. Tapi minat punya pasal kan. Tak kisahlah kalau bersengkang mata pun asalkan hasilnya memuaskan hati saya sendiri. Hee ;-)
guitar ni belum siap dan belum diperkemaskan lagi, still in progress |
"Ehs, ko buat semua ni nak kasi sape wes?"
"Takde kasi sape pun. Saje je buat. Seronok weyh. Ko patut try ah, confirm takleh stop. Haha."
"Why don't you try to sell it? Aku rasa ko bleh wat business kot ngan jual mende ni. Mesti laku punye. Budak-budak pompuan suka ah mende-mende manje camni."
Pergh. Semalaman dok berdiscuss dengan roomate pasal 'jual-jual' benda ni. Bila pikir balik, macam ada betul jugak cadangan roomate saya tu. Sambil-sambil berkongsi minat, why don't I try to sell them online kan? Apa pendapat korang?
Tadi ada jugak survey-survey kat blog yang jual gift. Tapi tak banyak pun yang jual felt keychain macam ni. Kira agak limited jugak, maybe sebab nak produce/making felt keychain ni a bit complicated kot sebab ianya dah kira macam handcraft, totally kena buat dengan tangan. Memang tak guna mesin punya. Diorang jual pun dalam rate harga RM 4.00 to RM 5.00. Harga pasaran. Korang rasa okay tak kalau saya jual dengan rate harga yang sama?
So sekarang saya nak wat survey dulu. Kalau ada sambutan, saya boleh start take order dari korang. Ni kira online selling. Korang boleh decide dan inform saya bentuk atau item ape yang korang nak. Contoh : Boleh refer pada gambar di atas. Nak handbag ke, cupcake ke, terserah. Kalau nak item yang takde dalam gambar kat atas pun boleh as long as I can make it. Jangan mintak yang susah-susah pulak macam robot Transformers ke. Naya ah, memang saya takleh buat tu. Lagi satu, korang boleh pilih combination warna (2-3 warna) mengikut citarasa korang. Kalau nak ada 'words' a.k.a perkataan macam nama korang atas items tu pun boleh. Nanti dah siap saya akan pos terus ke alamat korang. Simple and easy kan kan kan =)
Ehs lagi satu, kalau ada yang berminat nak order 'puppet' ni, sila inform saya jugak. Ni pun fully handmade tau. Untuk sesiapa yang bakal jadi guru ke, yang kerja kat taska ke, yang ada adik-adik or anak sedara, bolehlah guna puppet ni untuk 'mengajar' ataupun bercerita kat diorang. Seperti biasa, korang boleh bagitau pilihan warna yang korang suka dan order kat saya. Okay? *wink*
Sila tinggalkan pendapat, cadangan dan order korang di ruangan komen di bawah ataupun email to : fiona_girl88@yahoo.com.
p/s: Bulan Disember ni saya cuti semester, so kalau sesiapa nak tempah baju kurung biasa atau jahitan manik pada baju, boleh contact saya melalui email. No fon akan diberi melalui email. Kain atau baju kurung (untuk manik) boleh pos direct ke rumah saya terus. Bagi yang tinggal kat Kelantan, nak bagi hand by hand pun boleh. Tapi baju kurung biasa je yang saya amik upah, kalau baju kurung moden or baju kurung pahang, tunggu tahun depan la ye. Haha. Till then, take care people! Love.
waa...x banyak dah sekarang ni perempuan2 yg hobi suka menjahit... nice lah hasil kerja! yg macam puppet tu jual jgk ke? berapa agak2 harga dia?
ReplyDeleteSalam ukhwah...blogwalk, nk tggl jejak mole?...cantik guna felt, sy pn biasa buat..
ReplyDeletehee thanks! yup.. yg puppet tu pn nk jual jgk. harga puppet akan diupdate later :)
ReplyDeletenurani: salam ukhwah. boleh2, silakan :)
ReplyDeletehuu best kn guna felt? =D
nak taw harga puppet..comel:D
ReplyDeletecomel..leh wat duit sambil isi masa lapang ni..:)
ReplyDeletewow..kiut...like sewing 2...tp bru jer blajar sewing nie...
ReplyDeletealexa: okay nanti i bgtaw ek. sbb skrg tgh survey materials utk wat puppet tu, membe cakap ade kedai yang jual barang2 lg murah. so nanti bleh la jual dgn reasonable price :)
ReplyDeletepazil: thanks :)
wow comel nya :) saya pn minat and teringin nk blja bnda2 cmni tp x tau nk beli brg kt mana..
ReplyDeletebetul lah sis. kalau dh start menjahit memang payah nk stop, makan pun selalu tangguh2.hehe. pernah rasa mcmni.... waktu start2 belajar jahit manik kat baju sndiri dulu:)
ReplyDeletenice...!!
ReplyDeleteinteresting la. tp kalau murah lg msti best sbb if da tambah utk posting lg mahal :)
ReplyDeletemaya: temkiu. cute mcm awak :)
ReplyDeletearina: sng je nk cr barang-barang dia. selalunye kat kedai alat2 jahitan byk jual :)
fifiey: haaa. kan kan kan. rase mcm da addicted gile dh kot. hoho. :P
fullbringer: thanks!! ^_^
anon: keychain ni kecik je. dan ringan. psl postage takde masalah sebab klu customer nak sy pos biasa, boleh je. diorang just byr harga setem sbb benda ni boleh letak dalam sampul surat biasa. unless kalau diorg nk order byk, so postage tu bleh kurangkan harga lagi. lgpn klu pos laju pun takde la mahal mcm biasa sbb ianya ringan dan kecik :)
ReplyDeletekreatif! skali pos brapa cas?hehe~
ReplyDeletesgt tekun :)
ReplyDeletesgt tekun kan :)
ReplyDeletecomeeellll! :) lepas ni entry pasal harga2 pulak eh.hihi
ReplyDeletekecohabes: thanks. postage nanti akan diupdate esk ek :)
ReplyDeletefatul: tq! :)
lynn: haa tu laa. kne up entry psl harga plak :)
alooooo kiutnye....
ReplyDeleteassalam,nak tanya...harga untuk setiap 1 handmade keychain brapa ye?
ReplyDelete