Tuesday, June 21, 2011

Feedback to "uia-bakal-jadi-sarang-pelacur"

Bismillah..
Menjawab kepada article ini.

Lebih kurang separuh pelajar UIA yang berlatarbelakangkan sekolah agama dan separuh lagi dari sekolah harian biasa. Itulah maklumat yang saya dapat, namun tidak mendapat kepastian yang sahih. Namun, semuanya kelihatan sama, bahkan tidak menampakkan sedikit pun ciri-ciri seorang pelajar yang mempunyai asas agama.

Ya anta, semuanya mungkin kelihatan sama kerana anta melihat dari segi luaran. Cuba anta lihat dari sudut perspective yang lain. Walaupun mereka dari sekolah harian, mereka belajar dan menimba ilmu agama di sini. Bagi mereka yang datang dari sekolah agama, mereka menambah dan memperluaskan ilmu agama mereka di sini. Perlukah ditunjuk dan diberitahu satu persatu ilmu agama yang mereka ada? Sejauh manakah anta mengenali mereka? Ana pernah berjalan pulang dari kelas waktu malam bersama sahabat ana. Semasa melalui masjid, ana terdengar bacaan al-quran yang sangat merdu, lafaznya mampu menitiskan air mata sesiapa yang mendengarnya. Pintu masjid itu sedang terbuka, bila ana berpaling, ana melihat lebih dari 2 kumpulan muslimin sedang mengalunkan surah-surah di dalam kitab suci itu. Bukan sekali dua, tapi rakan-rakan ana pun pernah mengalami situasi yang sama berulang kali. Siapakah mereka kalau bukan pelajar uia itu sendiri? Adakah mereka ini patut menampakkan ciri seorang pelajar yang mempunyai asas agama di khalayak ramai?

Pelajar UIA tidak seperti disangka. Aktiviti menghisap rokok dalam kalangan pelajar lelaki amat sedih, boleh dikatakan seluruh pelusuk UIA menjadi sarang lepak penagih rokok. Sedikit pun tidak tercampak rasa malu atau takut untuk melepaskan asap masing-masing. Kehidupan mereka bebas untuk berbuat apa sahaja. Saya sangat takut kelamaan ketagihan dadah pula menjadi aktiviti utama dalam UIA. 

Setakat ni ana tak pernah lagi terserempak dengan golongan tersebut. Ana tidak tahu keadaan sebenar di mahallah lelaki, mungkin mereka 'smoking' berleluasa di dalam bilik. Tapi BUKAN seluruh pelusuk uia yang menjadi sarang lepak mereka. Do not judge if you don't have any prove at all.



Pelajar-pelajar perempuan pula seolah-olah lebih teruk berbanding minah-minah rempit. Mereka merupakan golongan terpelajar dan tahu hukum-hakam agama, namun dalam beratus-ratus berpakaian jubah dan tudung labuh masih beribu-ribu lagi yang memakai baju dan seluar ketat serta tidak bertudung. Memang benar! Pemakaian tudung di dalam kampus UIA sudah lagi tidak diutamakan. Pameran rambut boleh dilihat di mana-mana sahaja dalam UIA.

Minah rempit? Astaghfirullah... Ya anta, who are you to judge people? Walaupun ada pelajar yang masih tidak menutup aurat di luar sana, tapi di dalam kampus mereka tidak sama sekali melanggar peraturan. Tidak ada istilah pameran rambut di dalam uia itu sendiri. Anta ingat pelajar lain akan berdiam diri kalau lihat kawan mereka mempamerkan mahkota di depan orang ramai? Of course not! Lagi-lagi waktu kuliyyah. Anta jangan dikecoh benda yang tidak sahih. Malah lecturer sendiri akan mengambil tindakan jikalau hal sebegini berlaku.

Bebasnya UIA, pelajar-pelajar perempuan tidak malu lagi untuk berada di mahallah lelaki walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Tidak percaya? Bolehlah selidiknya setiap malam di kafetaria Mahallah Ali atau tanya sendiri mak cik kafe. Jika perempun begitu, apa lagi lelaki. 

Mengikut analisis, waktu tidur pelajar uia adalah kurang dari pelajar universiti lain. Ini lecturer ana sendiri yang bagi tahu. Mane taknya, university punye subjects pun dah berapa banyak setiap sem, tambah pulak dengan projek dan thesis yang nak kena siapkan. Anta mungkin lihat mereka di cafe pada lewat malam, tapi pernahkah anda selidik mengapa mereka di situ? Apakah yang mereka sedang buat? Anta memandang serong kepada mereka walhal mereka tengah group discussion atau bertungkus lumus menyiapkan kerja group yang perlu dihantar secepat mungkin. Kalau mereka mahu melakukan maksiat, buat apa mereka berjumpa di tempat khalayak ramai, kenapa tidak di tempat yang sunyi?

Mereka ini mungkin tidak sedar bahawa mereka masih belum berdakwah! Mereka hanya syok sendiri. Program-program mereka hanyalah untuk golongan malaikat. Sasaran mereka hanya untuk kaki-kaki masjid, ustazah-ustazah bertudung labuh dan golongan intelektual. Mereka sedang berdakwah tetapi hanya pada nama.

Ya anta, tahukah anta maksud sebenar itu dakwah? Pernahkah anta melihat kekerasan digunakan oleh Rasulullah s.a.w semasa baginda berdakwah? Pernahkan anda mengikuti dakwah-dakwah atau program yang dilakukan oleh 'mereka'? Jangan dituding jari jikalau anda tidak tahu sejauh manakah usaha dan keprihatinan mereka. Golongan malaikat? Setinggi mana pun iman kita takkan sama dengan golongan malaikat. Rata-rata di uia ini anda boleh lihat poster 'islamic event' seperti ceramah-ceramah dan usrah. Dan anta perlu tahu bahawa pelajar yang join event tersebut bukan semua yang bertudung labuh atau kaki masjid. Mereka semua adalah golongan biasa yang berjihad mencari ilmu untuk bekalan, wahai saudara. Jangan dikeji niat dan effort golongan pendakwah di uia. Sepatutnya anta sokong dan bantu mereka, bukan memandang sinis tanpa memikirkan perasaan mereka.



Ya anta, kita ni orang Islam, tidak layak untuk kita menjatuhkan kaum kita sendiri. Jikalau ada seratus orang yang berfikiran seperti anta, ana tidak tahu apa akan jadi pada uia. Sepatutnya anta bangga kerana diberi peluang oleh Allah untuk berada di universiti islamic, antara tempat yang boleh membantu anda mencari erti islam dan iman itu sendiri. Yang boleh mendorong anda melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar makruf nahi munkar). Di mana lafaz syukur itu kalau anta asyik menyalahkan mereka dan berfikiran negatif? Di mana berkatnya ilmu itu sekiranya anda tidak ikhlas untuk berada di tempat itu? Semoga kita semua menjaga nama baik uia dan mengekalkan tradisi uia sampai bila-bila.

Baarakallahufikum fiiamaanillah, Allah Ya Kareem..

Like tanda Sayang

16 comments:

  1. TERBAIK!!!
    Jika dibandingkan dengan universiti tempatan yang lain, ada ke diwajibkan syarat untuk perempuan menutup aurat?
    Sekurang-kurangnya masih dapat menjaga mata waktu dalam UIA ni.

    ReplyDelete
  2. haa tu la. suka ati je kutuk uia kite kan?? grrr

    :)

    ReplyDelete
  3. saya rasa UIA ni masih lagi terjaga dr segi disiplin berbanding U lain (no offense). UIA je lps kul 12 mlm x leh kluar main gate, nak masuk pun payah...pagar mahallah apatah lagi...then dia kata pasal pak guard tu, ade je yg kena saman sbb laki-pompuan duk 1 keta, ad yg kena saman sbb pakai jeans, and kelab maaruf pun penah buat roadblock cek 1-1 kenderaan. byk lagi blh jwb kt hamba Allah ni.

    ReplyDelete
  4. lorhh. ni ape kes die g kutuk uia? eventho sy bukan budak uia. tp sy tahu budaye uia sebab time skola dlu salu g uia. suke2 ati nye die ckap uia macam ni! ade tak puas ati ngan uia ke ape?

    ReplyDelete
  5. dia ni bercakap ikut sedap je
    haih
    exaggerate melampau-lampau =.='
    tang mana nampak ribu-ribu tak pakai tudung nya? kalau yg tak pakai tudung pun non-muslims je kot


    i like your post, sister :)

    ReplyDelete
  6. Kat kolej profesional MARA pun diwajibkan pakai tudung jgk..... :)

    ReplyDelete
  7. dah penat dengar penat dah. Even saya sendiri pernah rasa. Say buat jahat ke kat luar jgnlah babitkan uia. tah pape la diorang ni.

    ReplyDelete
  8. hani : ha'ah. totally agreed!

    lynn: tak taw la ape prob bdk master ni sorang. br putus cinta ngn awek uia kot. haha

    lisa: thanks! hee.. klu non muslim pun kena pakai tudung dlm uia :)

    nurashikin: wahh. good! :D

    chempaka: huhu tu la. kdg2 menyampah je ngn org jnis typical cmni kan

    ReplyDelete
  9. article tu amik kat mana ek? blh tlg bg link tak? sori, bru 1st time bkk blog awak, t'trk dgn tajuk tu.. :)

    sye pn studnt uia gak...mm...ada btul gak, tp mm..agak terlampau dia pye pendapat tu... :)

    -kyna-

    ReplyDelete
  10. dear klik je kt word 'ini'. already link it to the article :)

    ReplyDelete
  11. gua jugak budak uiaJune 24, 2011 at 6:45 AM

    gua x sblah mne2 pon..papepon gua nak ckp kt lu, jgan cpat melatah dgn isu2 cm ni, kalo x, lu x jaoh bzenye dgn Abu Firddaus,Pelajar Master UIA..

    p/s: gua x pndai gne ana n anta..

    ReplyDelete
  12. kadang2 kena terima jugak pandangan org nie.. lu jawab sebab lu takut nk terima kanyataan uia cmnie kan?????

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.
    Ini hanyalah pendapat saya dan ini persepsi dr aspek sy sbg geng seluar pendek dan tudung singkat.
    Saya rasa artikel yg ditulis oleh bro ini tidak bertujuan untuk mencari publisiti mahupun agar semua mata tertumpu padanya. Cuba bersangka baik.. selemah-lemah ukhuwah ialah dgn bersangka baik.

    okey,deal?
    Saya rasa,dari aspek yg lain. Penulis berjaya mencipta sesuatu yg membuatkan kita semua utk duduk berbincang ttg isu ini. Isu ini bukan hanya melibatkan UIA sahaja,tetapi semua IPT di Malaysia. Namun, UIA dijadikan subjek utama kerana penulis sendiri belajar di sana dan UIA sebenarnya memang diletakkan kepercayaan yg tinggi.

    Cuba lihat perbualan di bawah.
    Person A : hang study kat mana?
    person B : UIA.
    Person A : wow,bagusnya!!!

    See, this is how people believe about UIA.
    UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA!
    Tanya saja sesiapa pun, konfirm mereka akan expect UIA adalah pusat pertarbiyahan yg paling baik dan semua ibu bapa nk anak2 mereka belajar di sana. Nak salahkan siapa? Salahkan semua pihak,bukan sebelah pihak sahaja.

    ALL ARE INVITED!
    Pada artikel yg menjawab note di FB ni, memang semua poster2, iklan2 atau wadah2 yg dicanangkan di UIA menjemput semua lapisan pemikiran. Ya, anda menjemput golongan malaikat, sparuh malaikat, sedikit malaikat dan geng seperti sy yakni geng seluar pendek dan tudung singkat.
    Tetapi, geng mcm sy ni dtg ke?
    kalau dtg pun kerana ada jamuan makan,then say what? Berambus.
    Kenapa? Kerana aktiviti yg dianjurkan tak lain dan tak bukan ialah forum, ceramah, kem kerohanian, aktiviti kemasyarakatan, dan pelbagai lagi yg pastinya membuat geng sperti sy hanya lihat dr jauh.
    Kenapa? Kerana pemikiran puak2 yg ada jawatan dlm kelab islami ni tak pernah berfikir di luar kebiasaan . Asyik2 nk buat program2 yg mcm tu. Geng2 mcm kami bukan tak tahu, kami tahu. Cuma kami malas nk buat dan kami malas nk praktikkan.
    Cuba kalau puak2 yg pegang jawatn dlm kelab2 islami ni buat somthing different.
    buat program futsal ke, battle of the band ke, perkemahan ke... dan selitkan unsur2 dakwah dlm progrm2 mcm ni. Jarang dan SANGAT SUSAH nk jumpa aktvti berunsurkan hiburan dan riadah spt ini dianjurkan oleh kelab2 islami

    ReplyDelete
  14. Contoh aktiviti yg dicadangkn ialah,buat program futsal dr pagi hngga maghrib, dan bila tiba waktu solat ajak mereka ke surau dan masa tu,sorg amik peranan utk sampaikan tazkirah ringkas manakala yg lain ambil peranan laksanakan dakwah fardiah. See,senang ja.. Cuma puak2 yg pegang jawatan ni malas nk main peranan.
    Yeap,anda korbankan masa anda dan waktu study anda. Anda nk berkira/mengungkit ttg waktu atau masa yg dah dikorbankan? Habis,kenapa pegang jawatn dlm WUFI dan sebagainya? Bila anda menjejak hati anda untuk memegang jawatn dlm WUFI/ kelab2 islami yg lain, anda telah redha bahawa anda akan kehilangan waktu utk diri sendiri. Kalau nk berkira, lepaskan jawatn tu! Bagi org yg lebih komited dan berwawasan selain dr anda.. !
    Ini pandangan sorg sahbat saya dan terbukti benar..!
    ape yang ana lihat lemahnye pendekatan dakwah. kita perlu masuk dengan cara yang berbeza, dakwah tidak semestinye dengan cara ceramah sahaja, betul juge cakap enta, aktiviti santai ke, cube dekati menjadi kawan pon boleh....kebanyakan mereka ni nak penuhkan porgrm tahunan dorng je...
    Hey,bukalah mata dan terimalah kritikan dan perbezaan pendpat..
    Dari aspek yg lain pula,sy melihat note UIA bakal jadi sarang pelacur ni kurang benar. Sebab UIA kan zone tutup aurat. Jadi ,sy rasa pelik di situ. Berkenaan lelaki masuk kawasan perempuan dan sebagainya. Itu sy tak tahu sbb sy bukan pelajr UIA. Kalau betul pun,wallahualam.
    Hadis yg dikemukakan :
    “Barangsiapa yang melihat kemunkaran, maka ubahlah dengan TANGANnya, jika tidak mampu maka gunakanlah LIDAHnya, dan jika tidak mampu maka gunakanlah HATInya. Maka itu adalah selemah-lemah iman.”
    Penulis ni mengubah dgn lidah sbb dia tak ada kuasa yakni tangan. Jadi,puak2 yg ada jawatan tu. Ubahlah dgn tangan. Harap tak de yg terlebih lurus lak bila baca hadis ni.
    Sekian,kritikan sy dr aspek geng yg dianggap jahat oleh geng malaikat ni.
    Penulis boleh dihubungi melalui laman Pemikiran Seorang Remaja.

    ReplyDelete
  15. Budak uia tk semengah...main cinta ngan laki orang sampai hampir runtuh rumahtangga orang...bila tertangkap konon stress ngn bapak sebab madukan mak dia, marah gila kt bapak n madu mak dia...habis yg ko dok kacau rmhtangga org tu kenapa? Engkau pun sama dengan bapak engkau..madu mak engkau,
    konon..uni islam la sgt..btw saja aku nk tyg nama ko kat sini ATIE, bdk mechatronic...

    ReplyDelete