Monday, April 28, 2014

Hak


Rasa terpanggil nak menulis malam ni, mengadu pada blog. Sobssss T.T

Last week hari Rabu, ada karnival bahasa peringkat zon. Syukur alhamdullillah murid-murid aku dapat johan dalam pertandingan choral speaking, action song, public speaking dan tempat kedua untuk story telling. Saingan pun agak hebat dari kategori action song dan choral speaking tu. Dapat jugak jadi wakil bertanding peringkat daerah nanti. Hehe. So diorang dapat sijil dan medal, bagi choral speaking and action song dapat sijil dan hamper (2). Masa on the way balik tu, plastik pembalut hamper action song tu terkoyak, habislah segala makanan tu keluar. Dah tak ada rupa hamper dah. Ingat nak bagi-bagi kat murid terus tapi guru besar suruh tunggu perhimpunan hari isnin (hari ni) untuk umumkan pada semua murid dan diorang terima hadiah balik di depan. Kami simpan lah dulu di bilik guru.

Lepas perhimpunan, murid datang tanya lagi,"teacher bila mau buka hamper?". Pagi tadi kelam kabut aku urus borang kena hantar pergi pejabat hari ni juga. Aku maklumkan diorang hamper tu kena bagi sebelum balik sekolah nanti sebab teacher kena pergi ppd dulu. Memandangkan aku tiada kelas lepas rehat, terus aku jalan pergi ppd sekejap dan sampai sekolah sejam sebelum pulang. Masuk je pejabat sekolah (bersambung ngan bilik guru), atas meja depan tu ada air botol (air gas) tinggal suku je lagi, dengan plastik makanan ringan (keropok udang kalau tak silap aku) dah kena buka. Terus aku tanya, "Ni bukan hadiah action song tu ke?" Bila aku pegi chek, memang betullah dari hamper yang terbuka tu. Bising lah aku tadi, terus aku cakap "Siapa bukak ni? Kenapa ambil makanan budak? Kan dah terang-terang hadiah budak. Agak-agak la, macam tak pernah jumpa mende ni. Kesian budak, daripada minggu lepas lagi dok tunggu nak makan. Senang-senang je korang bukak." Lepas tu semua guru diam, buat tak tahu. Tak ada yang mengaku. Then ada sorang guru lelaki pra sekolah ni cakap, "Alah esok aku ganti la, 3 botol lagi aku beli."

Meradang betul aku masa tu. Memang boleh bikin hilang sabar.. Terus aku balas, "Bukan masalah ganti ke apa, masalahnya tu hak budak.HAK BUDAK. Tak tahu hukum ke? Memanglah semua mampu beli setakat air botol tu bape sen sangat. Tapi jgnlah buat macam ni, takkan yang ni pun nak kena ajar. Kita cikgu kan." Dia bawak duit RM10 hulur pada aku, aku pandang dan terus keluar sebelum keadaan jadi keruh. Aku tak amik pun duit tu.

from Google

Ok sekarang tolong explain pada aku. Aku sedar mungkin cara aku tegur agak harsh, dan boleh menyinggung. Tapi aku nak bicarakan tentang hak milik sendiri dan hak orang lain. Mungkin bagi guru lain, dia rasa dia berhak untuk segala hadiah tu sebab tu murid dia. Tapi pada pandangan aku, tu hak murid sepenuhnya. Kenapa? Sebab daripada bulan Januari lagi murid kami berlatih. Setiap hari Isnin, Selasa, Khamis selepas sekolah sampai lewat petang berlatih pung pang pung pang, kena marah hape, sampai hilang suara pun ada, aku bleh cakap satu-satu siapa je yang ada jenguk, siapa je yang tolong. Selama 4 bulan ni 2 oran guru je selain aku yang betul-betul datang latih budak. Yang lain tau komplen je, datang jenguk seminit lepas tu balik. Esok sambung komplen balik. Tak membantu pun. Dah bila menang, ko senang-senang nak wat camtu. Benda memang kecil sangat, setakat makanan ringan camtu je, tak padan nak kecoh. Memang aku tau semua duit berkepuk, lebih dari tu pun sanggup beli. Tapi agak-agak ar, takkan air Mirinda tu pun ko nak terliur?

Hmm..malas nak bising or cakap panjang. Lagipun aku ganti yang lain pada budak nanti. Lepas ni kena berhati-hatilah. Noted.

Tu satu kes kecil. Sebenarnya kalau korang fikir kan, banyak benda yang berlaku dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar yang melibatkan isu 'hak' ni. Contoh dari segi masa. Aku cakap dari segi aspek guru sebab tu profession aku, mungkin ada kaitan dengan profession lain. Jadi guru ni tanggungjawab besar tau, sebab melibatkan ko kerja untuk orang, bukan dengan mesin. Hari-hari tu kira ko dibayar gaji, walaupun ko terima hujung bulan je secara langsai. Andai kata dalam satu hari tu ko tak masuk kelas ke, ko pi lepak-lepak or ko masuk kelas lambat atas urusan peribadi, ko pergi pekan la bayar bil, pergi bank la. Padahal ada kelas kena masuk. Daripada pemahaman aku bila aku tanya ustaz, berdosa tau, sebab ko dibayar untuk tugas tu tapi ko tak buat dan ko lari daripada tu, then duit tu ko ambil untuk kegunaan ko.Ko bagi makan anak-anak, family dengan duit gaji tu. Akhirat sek sok ko nak jawab ape? Ko nak jawab apa kat murid pasal masa diorang yang ko 'curi' tu? Ko berani tanggung? Memanglah diorang budak, apalah yang diorang tahu. Tapi sebagai seorang dewasa, ko fikirlah sendiri hukum dan balasan. Takkan tak tahu. Ni aku menaip explain tentang yang 'curi' masa tu, kalau kes-kes emergency atau yang tak dapat dielakkan tu tak dikira. Jangan salah paham plak.

Kadang-kadang, kalau kita reflek balik, sebab tu ada orang rezeki dia susah nak lekat. Gaji beriban, kalau tengok slip lebih daripada cukup makan. Tapi kenapa tengok dia asyik tak cukup je, asyik 'bocor' je. Walaupun gaji banyak, sekejap kereta rosak lah, kena baiki rumah la, duit hilang la, itu ini nak pakai duit. Tiba-tiba je banyak hal kena pakai duit padahal sebelum ni takde pun. Tulah dikatakan wang asyik bocor, tak lekat. Ada sebab kenapa Allah tak izinkan duit tu ada pada kita, sama ada dari segi keberkatan atau itu salah satu ujian atau duit tu hak orang lain yang kita 'ambil, yang tak layak jadi milik kita. Kalau tu adalah ujian dari Allah untuk uji keimanan kita, bersabarlah. Tapi kalau ko rasa sebab banyak berlaku ketidakjujuran dalam kerja yang ko buat, tidak amanah, tidak jalankan tanggungjawab dengan baik, berubahlah. Kalau tak, ko takkan senang sampai bila-bila. Jangan main-main dengan isu 'hak' ni. Bila-bila masa je Allah boleh tarik. Percayalah.


source : Google


Aku bagi contoh lain pulak. Kisah benar ni, berlaku pada seorang hamba Allah. Sekadar untuk renungan. Dulu ada seorang kawan ayah aku ni, CEO company kargo. Memang banyak giler tender dia ni dapat, dari kementerian pendidikan dan lain-lain. Punyalah kaya, rumah banglo sampai 5-6 biji, bini 2, kereta dia tu kat Malaysia ni ada 3 orang je pakai jenis kereta tu termasuk dia. Dipendekkan cerita, dia ni memang harta berlambak, tapi dia tak jaga kebajikan pekerja dia terutama pekerja bawahan. Gaji pekerja lori yang kena hantar barang-barang orang/syarikat yang pindah, tak dibayar. Kadang-kadang lambat betul nak kena bayar. Sampai berkali-kali driver tu kena datang office minta gaji. Ye lah gaji bukan banyak pun diorang tu, RM600 je pun time tu. Nak bagi makan anak bini lagi, berapalah sangat kalau nak dibandingkan dengan keuntungan yang dia dapat. Sampailah suatu hari tu, masa nak hantar barang pergi kl, driver lori tu berhenti kat masjid sekejap untuk solat. Masa lepas solat, dia berdoa, dia mengadu pada-Nya yang dia rasa teraniaya, tunjuklah kebenaran dan dia tak dapat tahan lagi. Merayu-rayu pada Allah.

Nak tahu apa jadi?

Tak sampai beberapa bulan lepas tu, terus company tu lingkup. Tender kena tarik balik, barang-barang banyak pecah la, kontena masalah la, macam-macam hal berlaku dalam sekelip mata. Sekejap je Allah tarik balik segala kemewahan dia. Sampai sekarang. Rumah pun sewa, kereta pun pakai proton iswara buruk tu je satu, datang jumpa ayah aku minta pinjam duit nak beli susu anak. Sebab tu ayah aku selalu cakap, kita ni kalau hak orang, hak pekerja, jangan sekali kita sentuh atau abaikan walaupun seciput je, even 1 sen pun. Tu titik peluh orang, baik dari segi duit dan masa, kalau kita ambil, kita tolak tepi mende camtu, nescaya kita pun takkan tenang. Ada je masalah nanti. Kalau ko buat salah dengan Allah, ko bertaubat, tapi bila melibatkan salah dengan orang, kalau dia tak maafkan, tak redha, tak halalkan, ko nak bawa sampai mati?

Hurm.. ok lah. I think that's too much for now. Kalau ada yang aku salah, tolong tegur dan betulkan. Aku pun manusia biasa je, tak terlepas dari salah dan silap ni. If there's any comment, write it in the box below. That's all.

Thank you.




*Doakan permohonan pertukaran aku diluluskan... I don't know how long I can survive here.... :'(







Like tanda Sayang

Tuesday, April 15, 2014

Take My Hand To Jannah - DIY Wedding Guestbook and Deco


Salam..dan selamat sejahtera. (ayat cikgu)

Untuk kali ni aku nak share pasal guestbook dan decoration untuk meja guestbook tu nanti. Kebiasaannya orang tempah je guestbook ni kan. Tapi memandangkan penjimatan kos yang sedang aku lakukan beserta kesungguhan aku (kononnya) dalam nak menjayakan DIY wedding guestbook ni, maka aku teruskan juga lah buat sendiri. Biasa kalau tempah dalam harga rm100 ke atas. Kalau buat sendiri ni aku kira-kira kos dia dekat-dekat rm50 lah camtu. Kalau pandai cut budget lagi bagus. Kalau nak cepat better tempah la sebab memang buat benda ni makan masa serta tenaga. Dekat sebulan lebih jugak aku nak siapkan, ye lah waktu free macam weekend je atau malam-malam sebelum tidur je aku sempat buat. Maklumlah warga bekerja kan.

Banyak pulak nak bebel. Okeh straight to the point. Untuk aku punya wedding guestbook, aku beli buku sketchbook yang kulit dia warna hitam tebal tu. Dalam dia kertas kosong, size A4. Harga dia RM 9.90. 

gini la lebih kurang rupa dia. border kat tepi cover tu aku yang lekatkan.
masa beli tu kosong lagi takde pape.

Kemudian bermulalah step untuk menghias.

antara bahan yang aku beli untuk hias nanti

Aku sengaja pilih pembalut luar dia yang flowery, ala-ala english style sebab memang taste aku macam tu. Jadi langkah pertama balut tu kedua-dua kulit buku depan belakang. Lepas balut dengan pembalut hadiah, wrap balik dengan plastik yang melekat tu supaya kalau kena air tak basah dan tak kotor nanti.

dah siap kena balut

Ok tinggalkan dulu cover sekejap. Mari kita menghias di dalamnya dulu. Cover kena sambung buat lepas tu sebab cover ni leceh sket. Yang muka surat pertama aku lekatkan kertas sedia bercorak ni tapi tulisan dan ayat tu aku taip + print sendiri la. Lagi mudah. Nak tulis aku malas. Lepas tu aku print jugak nama aku dan pasangan banyak-banyak dalam kotak (refer picture di bawah) untuk aku lekatkan kat bawah setiap muka surat. Kononnya jadi macam header and footer la tu.

footer dia kat belakang, warna pink dan peach

Then, aku lekatkan kat muka surat pertama supaya nanti guest yang datang akan baca dulu sebelum diorang conteng pape kat dalam buku ni. Pastu aku gunakan button yang ada untuk dijadikan bunga, daun dan beberapa hiasan kecil-kecik yang lain untuk penuhkan ruang.

gini la rupa dia

After that, kat dalam dia iaitu muka surat seterusnya, aku gunting kertas warna-warni untuk dijadikan border dan lekatkan. Aku bahagi setiap muka surat kepada dua bahagian supaya nanti ramai yang dapat tulis kan. Lagipun nampak kemas sikit kalau ada border ni.

kat dalam dia macam ni lah. bawah tu nama aku dan pasangan yang kena tampal tadi tu

Okay siap bahagian dalam. Maju ke bahagian cover pula. Mula-mula aku ingat nak beli bunga lepas tu lekatkan. Then aku tengok contoh diorang suka letak patchwork, so aku cuba-cuba buat bunga (patch) guna kain je. Boleh la jugak, kira menjadi la bagi newbie macam aku ni.Then aku lekatkan kat depan cover tu bersama dengan kad wedding guestbook (nama kami) tu.

yay dah siap!! sorry kena letak misai, saje tutup nama pasangan. hahaha

Itu je yang aku mampu buat. Ringkas, simple tapi puas hati sebab buat sendiri. Mungkin tak lawa macam yang lain tapi pedulik hape aku. Janji ada daripada tak ada. Eheh. Then, aku buat quotes cards untuk diletakkan bersama guestbook nanti. Sambil orang menulis, boleh belek2 baca jugak kan. Bahan-bahan yang diperlukan adalah kalendar kecil (boleh dibeli kat Kaison, harga rm 2.50). Lepas tu aku print je semua quotes yang best-best dan lawa-lawa, berkaitan dengan marriage and love. Then gunting satu-satu lepas tu lekat kat setiap helaian.

yang dalam plastik tu kalendar kecil yang aku maksudkan tadi. siap ada kotak stand dia terus

cenggini la rupa dia bila dah siap.
calendar asal tu dah kena cover dengan quotes ni. hahaha


Kemudian atas meja guestbook ni nanti aku plan nak letakkan blackboard kecil yang tulis 'Write your post here'. Dah jumpa blackboard tu kat Kaison. Harga RM 4.90. Aku nak letakkan kat sebelah blackboard tu quotes cards yang aku buat sendiri jugak. Lepas tu ada juga aku beli bekas untuk letakkan pen, harga dia RM 3.90. Design checkered, wooden made. Ni contoh design yang aku nak buat nanti. 

ala-ala macam ni la nanti aku nak hias ruangan untuk guestbook ni.
nanti tambah la bunga ke, apa-apa la untuk cantikkan lagi ruangan ni.

Okay, setakat tu je perkongsian kali ni. Sekali lagi aku maklumkan, yang aku punya ni sangat simple sebab kekangan masa kan. Tak sempat nak decorate banyak-banyak, kena settle benda lain lagi macam hantaran semua tu. So buat yang mana sempat je la. Korang yang masih ada masa lagi, bolehla cuba-cuba design korang punya guestbook sendiri. I believe you have your own creativity, better than me. Jangan lupa share sekali ye bila korang dah siap, mesti lawa! Hehe.

Till then, good night! =)


Like tanda Sayang